Sunday, October 16, 2011

CINTA itukan ANUGERAH

versi: Calon suami/pilihan hati

Hi there.. harap semua sihat selalu..kembali update entry setelah agak lama menyepi.. kesibukan melanda diri dan juga idea untuk menulis bercampur baur…

Tajuk hari ni calon suami atau pilihan hati.. sebenarnya sama je, calon suami pastilah pilihan hati kita.. Tapi macam mana pula dengan yang marriage arrangement.. zaman lapuk? eh… masih ada lagi sekarang, tapi sekarang tak paksa.. orang tua bertugas memperkenalkan pasangan kemudian terserah pasangan itu sendiri nak teruskan atau pon tak..

opss.. bukan nak membebel soal mendirikan masjid ni.. Cuma kebelakangan ini, boleh ke kalau aku kata aku sepi.. sunyi menyelubungi diri.. disebalik jadual yang sangat padat, hati kubiarkan sepi, kutinggalkan tanpa menjawab sebarang soalan.. seperti entry aku sebelum ni, Finaly he left me, aku biarkan hatiku tidak berjawab.. aku biarkan hatiku menerima, aku biarkan hati aku memahami, aku biarkan hati aku sendiri..

Tapi, disebalik jadual yang padat, tambah-tambah lagi aku jadi ketua kelas.. yang terpaksa bertanggungjawab di atas 152 orang pelajar, agak letih sebenarnya.. bukan kerana tugas tapi remeh temeh doctor yang mengajar dan teman-teman yang request jadual berubah, atau request group mane nak masuk dulu bila time CSL (clinical skill lab) dan Practicum..

Dan untuk blok special sense, awal lagi mendapat berita dari Malaysia, ayah ku kemalangan. patah kaki dan bahu kanan, tulang rusuk retak, dan ketika aku menulis entry ni sudah 3 minggu sejak kemalangan ayah.. dan Alhamdulillah ayah semakin pulih walau belum sembuh sepenuhnya. Ketika itu juga, adik bongsu disahkan tonsillitis selepas dia mengadu tekak beliau sakit ketika menelan dan mama bawa ke klinik untuk rawatan lanjut.. itu pun Alhamdulillah, adik sekarang da ok.. dan masa ayah aku masih dirawat di hospital, rumah kami didatangai pencuri, tapi mujur tidak masuk ke dalam rumah, tapi habis la segala periuk belanga, kuali, dan baju-baju yang mama sidai di beranda.. bulan unluck kami ke? mungkin juga.. opps lupa, adik yg ketiga pula tidak sihat.. memandangkan sekarang beliau sedang practical nursing di hospital. Department dia sekarang adalah di bahagian ICU (penyakit kronik) dan dikabarkan setiap hari hampir 3 – 4 orang pesakit yang meninggal.. mungkin dia belum biasa menghadap dan menguruskan jenazah menyebabkan dia terperanjat dan penat.. Tapi, InsyaAllah apa yang berlaku ini menjadi pengajaran bagi kami sekeluarga juga InsyaAllah ada keberkatanNya..

ok berbalik pada inti entry ini, soal pilihan hidup, aku masih lagi mencari walau pun ada masa aku rasa aku taknak kawin. Tapi kadang-kadang, bila fikir balik, CINTA itu kan ANUGERAH.. satu rasa yang diciptakan untuk semua benda hidup.. mana mungkin aku sangkal kehadiran rasa cinta dalam dunia tambah-tambah lagi untuk manusia. Cinta kepada yang Maha Esa, Cinta kepada ibu bapa dan sebagainya… tapi cinta apa yang aku inginkan.. pada awalnya aku suka lelaki yang ego tinggi, lelaki yang susah nak dapat la senang kata..tapi berlainan pula dengan sekarang, setelah banyak perkara yang berlaku dalam hidup aku tahun ni, aku mulai suka lelaki yang senang mempamerkan dia suka ke tak pada aku..

Bukan langsung cakap “ I LOVE U” tapi, dari cara dia tatap wajah aku, dari cara dia cakap dengan aku, dari cara dia jaga aku, dengan cara dia ambil berat dengan aku.. walaupun umur mungkin 25 tahun, dan kerjaya sebagi doctor menuntut aku menjadi orang yang serius, tapi ada masa aku perlukan teman untuk bermain, walaupun kerjaya menuntut aku alert dengan keadaan manusia, tapi ada ketika aku mahu orang lain alert dengan keadaan aku, tahu mood aku, bila aku marah, bila aku merajuk, bila aku suka.. tak payah nak cakap kat dia aku merajuk, dari nada suara aku, aku nak dia tahu aku merajuk atau pun aku tengah sedih…walaupun terikat dengan etika kedokteran, yang aku harus rapi dalam segala benda, aku nak dia tahu, aku juga boleh jadi ceroboh bila-bila masa.. aku nak dia tengok aku sekali sekala memakai T-shirt spongebob atau doraeman, atau pun dengan selipar tandas sekali pun..walaupun dalam kerjaya aku menuntut menjadi orang yang sabar melayan karenah pesakit, aku nak tunjukkan perasaan aku bila aku marah atau bila aku tak suka dengan apa yang dia buat..

Memang sebelum ni aku ajar hati dan diri aku, andai dia ada orang lain di hati, akan aku lepaskan tanpa rasa sangsi.. kerana, cinta dia sudah tidak ada pada aku, untuk apa lagi pertahankan bunga yang gugur.. Tapi disebalik aku senyum bila dia usulkan agar kami berpisah, aku nak tunjukkan perasaan aku yang kecewa, aku nak tunjukkan yang aku masih perlukan dia disisi.. tapi kerjaya sekali lagi menuntut agar doctor harus melatih diri tidak sedih dengan pemergian seseorang, tabah bila pesakit kita dijemput Ilahi.. kerana masih ada keluarga simati disisi kita.. yang memerlukan sokongan dari kita, yang perlu mendengar kata-kata semangat dari kita.. Aku nak dia dengar luahan aku kenapa perpisahan terjadi.. aku nak dia juga cakap kenapa memilih untuk mengundurkan diri.. tapi apa yang kau lakukan, hanyalah senyum dan melepaskan dia pergi..

JIWANG? lelaki yang romantic… aku suka lelaki yang gaya seperti lelaki.. macam mana nak terangkan ya.. yang bila aku sedih, dia pinjamkan bahu, yang bila aku menangis terus memeluk dan usap perlahan belakang aku, yang bila aku gembira, dia akan bawa aku untuk meraikan kegembiraan bersama, tidak perlu kek atau hadiah, Cuma ke suatu tempat yang tenang, dan mendengar celoteh aku. yang bila aku diam, dia menatap aku dengan mata dia yang berkaca-kaca(opps aku suka lelaki yang mata jernih), meneliti aku tanpa kata dan aku nak dia Tanya” kenapa ni, diam je”.. hehe… yang bila pergi makan luar, dia iniasiatif bayar bil makan (bukan aku tak boleh bayar, tapi aku suka lelaki dengan gaya lelaki).. yang bila pergi shopping, dia akan beri pendapat baju tu sesuai tak dengan aku, warna die ok ke x, aku nak pendapat dia (aku agak sukar membuat pilihan time shopping). Dan bila pergi mana-mana, walaupun aku ada lesen dan mampu membawa kereta dengan baik, aku nak dia yang drive..baru macho.. and no smoking please… aku tak suka lelaki yang merokok.. merokok bukan macho.. tu silent killer.. so pokoknya lelaki yang seperti lelaki..

yang menjadi persoalan ni sekarang, kat mana nak cari lelaki seperti ciri-ciri di atas? ada ke yang macam tu kat Malaysia. hehe.. was-was sekejap.. ditenung-tenung, dipikir-pikir, mungkin lelaki di Malaysia tak ada yang masuk standard piawaian aku.. ada yang akan kata, ni standard hero kat TV la.. mana ada yang macam ni kat dunia..betul, ni standard piawai yang aku kumpul ketika tonton drama korea.. hehe.. aku da putuskan lelaki idaman aku macam diorang.. perlu ke aku ke korea untuk pencarian CINTA ni? yang aku bagi kat atas tu sempurna sangat kan.. tapi aku juga nak sekali sekala kami argue tentang satu perkara, aku nak kami berbincang jika ada masalah, yang akan tunjukkan dia marah bila aku buat salah, yang akan kongsi dengan aku kalau dia ada masalah, yang akan cerita dengan aku bila dia sedih,.. tapi harus dicari dulu calon suami atau pilihan hati ini.. kat mana dikau berada? isk isk isk

kat mana pun dia berada, aku harap dia sihat sejahtera.. yang penting bila berjumpa, first impression dia sangat penting, pandangan mata dia yang pertama, yang bisa buat hati aku sentap kejap.. dan aku nak sangat change bow dengan dia.. bila aku anggukkan kepala, dia pun akan anggukkan kepala sambil senyum segaris.. dan bila kami da jadi kawan, aku nak bila aku makan, dia duduk sebelah sambil tenung muka aku, tenungan yang aku tahu dia tengah pikir soal hati dia.. “jatuh hatikah aku pada dia?” hehe.. aku nak lelaki yang bukan mudah ucap I LOVE U.. tapi yang akan kata I CAN’T FORGET YOUR LOVE.. tiap hari aku nak dia rasa cinta aku semakin mekar untuknya.. dan aku nak dia ucap 3 kata tu, bila dia buat keputusan untuk hidup dengan aku selama-lamanya.. no turning back.. huhu garangnya..

erm banyak lagi sebenarnya ciri-ciri yang aku nak, tapi masa untuk menulis semakin suntuk.. aku perlu belajar sedikit sebelum tidur.. tapi ciri-ciri apa yang aku ada untuk si dia.. dengan ketinggian 158 cm, aku tak layak jadi model (sebab tu tukar bidang, dulu nk jadi pramugari, x lepas baru amik medic), hehe.. kulit kuning langsat, jadi sangat susah nak cari warna yang membuat aku tampak comel.. hehe.. pilihan kuning, gold, coklat, dan hitam, sesuai buat aku.. walaupun aku pakai warna hijau atau biru, mesti diselit sikit dengan gold dan hitam, untuk naikkan seri aku sebagai wanita yang bakal bergelar doctor.. InsyaAllah.. aku senang berkaca mata, dengan -5.25 dan silau yang tinggi.. tapi aku pakai je contact lens kalau majlis formal..oh ya, sekarang aku selesa berkasut kerana kerjaya juga yang menuntut untuk meggunakan kasut dari sandal. sekarang agak berisi, tapi berat ideal aku 49 kg.. kene usaha sikitla untuk turunkan.. puasa 2 bulan ke.. hehe.. aku jenis yang kemas dan well mannered (etika kot), makan di majlis rasmi, cara duduk, cara berjalan, cara makan, cara berpakaian, I am educated well about those formalities… ada subject khusus untuk itu.. hehe..dan aku bukan yang jenis banyak cakap dengan orang yang aku tak biasa, tapi aku suka buat lawak bila dengan family.. sebab tu aku nak rapat dulu sebagai kawan, supaya aku tak tunjuk perangai serius aku.. aku tak garang, tapi agak tegas terutama dalam soal keewangan, education, dan aku marah sikit bila rumah bersepah, sebab aku suka tengok rumah bersih setiap masa, bila aku da kemas jangan menyepah ye.. hehe.. aku tak suka masak, tapi aku pandai memasak.. lauk kampong ke, western ke, boleh je aku buat.. Cuma aku kurang sikit part buat kek dan kuih muih.. boleh je buat Cuma masa takde.. hurm style aku? modern kontemporari.. aku suka hiasan konsep tu. tak jemu mata memandang.. aku sebenarnya romantic juga kalau kene cara la.. dengan menjadi anak sulung daripada 4 beradik, aku dilatih untuk menjadi ketua.. jadi kalau tengok certificate aku dari zaman sekolah dulu, penuhlah dengan ketua class ke, presiden club ke.. sampai la ke university aku jadi presiden untuk acara ke ape ke.. banyak la yang penting.. background education agak kukuh, dan kalau tengok jawatan, maknanya aku boleh bertanggungjawab dan mampu memikul beban. mampu melalui saat sukar dan dengan menjadi ketua dan doctor, aku mampu memberi cadangan, aku mampu buat keputusan, aku mampu mendengar, aku boleh diajak berbincang.. aku boleh menjadi teman untuk menangis (doctor kan kene dengar luahan orang).. mata agak coklat, dan rambut pon dengan warna yang sama.. agak ikal sikit rambut aku.. tap aku bertudung ye.. untuk Islamic education lak, aku tamat sekolah darjah khas (kat jb je ade) disekolah agama aku dengan pangkat 1.. khatam al-quran masa sekolah rendah lagi, boleh berzanji tapi tak la pandai sangat.ok family background lak, ayah engineer (specialist bahagian enjin kapal laut) dan mama dulu hampir jadi cikgu tapi sebab kahwin dia tarik diri.. hehe.. aku (anak sulung) masih menuntut di bidang perubatan.. sama macam adik no 2, medical doctor gak.. adik no 3, menuntut sebagai nurse di SEGI college.. yang bongsu, baru darjah 5.. bongsu je lelaki, yang lain perempuan..soal hubungan lak, aku tak banyak permintaan.. (hehe ye ke x banyak), maksudnya aku bukan jenis yang meminta, nak hadiah ke nak apa ke.. tapi biasa la perempuan, kalau ada tu pasti aku lebih gembira…

mungkin banyak lagi benda yang lain, tapi itu harus diexplore sendiri dengan pengalaman.. begin the journey with me.. hehe..apa pun diri aku dan kamu, yang penting ada satu rasa iaitu CINTA. akhir kalam cinta itu anugerah, tapi aku nak anugerah kali ini akan lebih terjaga adabnya, walaupun ada benda aku minta kat atas tu tak layak di buat untuk unmarried person.. tapi aku nk begin the journey bila atas ijab dan Kabul, aku sah sebagai isteri dia, aku nak tunjukkan my true character.. dan bila dia jatuh cinta pada aku, dan bila dia pikir untuk habiskan masa-masa tua bersama then only he can say I LOVE U.. semoga dapat ketemu dalam coretan yang mendatang.. salam ukhwah..

Share
 
Copyright 2009 pinkyellow. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
This template is brought to you by :AllBlogTools.com All Blog Tools.com
Blogger Showcase