pada pagi yang indah ni.. tiba2 teringat kisah dulu-dulu, sebelum aku menjejakkan kaki ke faculti perubatan... banyak benda yang berlaku. banyak juga yang aku tempuh.. namun bila semua berakhir dengan satu kejayaan, aku bertafakur.. menilai betapa ketabahan yang Allah beri pada ku ibarat merentas tujuh lautan..
bukan semua indah dalam perjalanan hidup aku.. beberapa kali aku tersungkur dan takut untuk maju.. namun semangat apa yang berada di dalam diri menjadikan aku sampai ke hari ini masih tegar menjalani kehidupan. aku bersyukur namun ada ketika aku mengalah...
aku gembira namun banyak waktu aku gubakan untuk berfikir.. mencari betapa maklangnya nasib diri.. boleh aku katakan apa yang aku capai sehingga ke hari ini banayk rintangan namun Allah mungkin melihat kesungguhan ku maka diperkenankan satu persatu doaku..
walau agak lamabt, walau agak terlewat namun aku berjaya mengharungi dengan izinNya.kadang aku lelah.. kadang juga rasa kalah.. namun dalam kamus hidup diri bernama FARHANA.. akhirnya aku pasrah.. bukan rela tapi dengan segunung pengorbanan yang menyertai beberapa lautan air mata.. tidak mudah.. itu yang boleh aku simpulkan.. namnun aku dikurniakan tabah untuk bersabar dan tabah untuk meneruskan perjalanan.. semoga diberkati Tuhan...
Saturday, June 26, 2010
Friday, June 18, 2010
dimana silapnya....
terpanggil untuk berkongsi kisah ketika pembahagian tugas di kuliah pagi tadi.. ada teman ni yang dulunya dirasakan antara lelaki yang baik dan rajin. tak pernak kata tidak untuk setiap kerja yang perlu disiapkan. akan tetapi agak mengecewakan apabila beliau dengan tiba-tiba menawarkan diri untuk tak buat kerja! hurmm apa dah jadik? sebagai teman kuliah, aku tegur jugak la kenapa tiba-tiba malas.. alasan die sibuk.. buat apa itu aku tak tahu... selidik la sedikit dengan housemate dia.. kenapa die berubah? jawab kawan dia memang dia makin malas sekarang... sume kerja dok copy an d[aste bulat-bulat dari kawan2.. aik apa da jadik ni? dimana silapnya... kawan2 yang tahu tolong la selidik2.. kot2 masih sempat membawa dia kembali seperti dulu.. insyaallah...
Wednesday, June 16, 2010
salam perkenalan
assalamualaikum..
berbesar hati akhirnya mempunyai kelapangan untuk membuat sebuah blog untuk berkongsi pelbagai idea dan kisah sepaanjang kehidupan manusia di bumi Allah ini...di harap kita dapat bertukar pendapat selain berkongsi ragam manusiawi. mengingat untuk yang lupa dan mendekatkan bagi yang jauh... semoga success selalu
salam perkenalan,
zaara
berbesar hati akhirnya mempunyai kelapangan untuk membuat sebuah blog untuk berkongsi pelbagai idea dan kisah sepaanjang kehidupan manusia di bumi Allah ini...di harap kita dapat bertukar pendapat selain berkongsi ragam manusiawi. mengingat untuk yang lupa dan mendekatkan bagi yang jauh... semoga success selalu
salam perkenalan,
zaara