Monday, July 1, 2013

Rahsia Allah siapa yang tahu..


Assalamualaikum WBT..

Bertemu sekali lagi dalam nukilan hati.. Dalam 2 minggu menyelesaikan proses-proses wisuda, akhirnya berakhir tanpa cacat cela majlis graduasi pada tanggal 24 Jun 2013.. Penat dan letih tidak terhingga, kerana jadwal agak padat untuk menyelesaikan beberapa perkara.
with my sis, of coz :)
Alhamdulillah diucapkan, syukur ke hadrat Ilahi atas rezeki yang dilimpahkan pada Syaaban tahun ini.. Selain bertambah setahun lagi usia, dihadiahkan dengan hadiah yang sangat bermakna dalam lipatan sejarah hidup ini.. Bertambah satu kegembiraan, pastinya terselit sedikit kekecewaan. Didalam kegirangan yang dikecapi, tersembunyi duka.. Namun badai pasti datang dan pergi, mengukir memori di lubuk hati.

purple nyer... :)

Sehari selepas yudisium (18/6/2013), panggilan dari nombor yg sangat dikenali tentera di telefon genggam.. ya, panggilan dari “dia”, suara lembut seperti selalu menjengah corong telinga, bertanya khabar sebelum membuka bicara. Kerana terakhir kali mendengar suara tatkala lebaran tahun lalu sewaktu pulang ke Malaysia beraya.

‘Dia’ memberi khabar gembira, bahawa telah bernikah pada akhir Mei dan resepsi di rumahnya pada tanggal 1 Jun 2013. Mungkin baru mempunyai kekuatan bicara, maka agak telat menitipkan berita makanya dia meminta maaf, tapi aku yang menerima berita pantas mengucapkan syukur dan bertanya serba sedikit mengenai orang baru dalam hidup dia. Bertunang 2 bulan katanya lantas mendirikan rumah tangga. Ketika hampir tidak terkeluar suara dari kerongkong, sempat aku bertanya tentang kerja dia. Dengan nada tenang, dia menjawab masih di johor bahru sambil mengusik aku yang kononnya dia menunggu, ditelefon tidak angkat, di SMS tidak berbalas, itulah puncanya dia beralih hati. Tergelak dengan usikan itu, lantas aku menjawab, ‘bukan jodoh kita, tunggu lama pun, pasti tidak bersama’. Dan dari corong telefon, terdengar suara dia menarik nafas tenang. Mungkin kerana aku setenang yang dia harapkan apabila memberi berita. Alhamdulillah, hati dapat dikawal, suara juga begitu, supaya tidak ada nada sedih tatkala kami bicara.

Sayu hati usai panggilan berakhir, ya itu mungkin panggilan terakhir dari dia setelah 9 tahun mengenali, menyelam hati, bertukar rasa, beradu pendapat, dan memahami diri masing-masing. Jodoh tidak ada, kalau ditunggu pasti juga tidak bersama. Salah siapa? Haha.. kerana aku terlalu mempercayai dia, maka aku tak pernah terbayang dia menduakan kasih ketika kami belum sampai setahun bercinta. Dan kerana terlalu berhati-hati selepas hubungan dilanjutkan, maka aku tidak terlalu memperhatikan. Di tambah, aku mengenali dia waktu aku di matrikulasi di tangkak, kemudian aku melanjutkan pelajaran ke universiti di jengka, Pahang. Masa banyak dihabiskan mencari pelajaran maka kami jarang bertemu. Dan aku meyambung lagi ke Indonesia. Dalam temph 9 tahun itu, mungkin Cuma  4 kali kami bertemu, dan kali terakhir bertemu 5 tahun yang lalu, yang lain hanya di telefon. Sapa yang tak bosan, ye x? hehe..

Dan ketika lebaran tahun-tahun lalu (lepas aku dtg indo, hanya bertukar khabar ketika aku pulang ke Malaysia), dia masih menitipkan kata ‘sayang masih dihati abang’ haha.. dan yang pastinya aku menjawab dengan tidak yakin. Tetapi untuk dia yang selamanya tidak akan tahu. Untuk mendengar ayat itu, separuh dari hati ini, mengucap syukur dan terima kasih untuk menunggu. Menunggu sehingga aku menyelesaikan pelajaran. Kerana jurang kami berbeda, maka aku galakkan dia menaik taraf diri sendiri sehingga saat aku habis belajar nanti. Bukan aku tak cinta dan bukan aku tak sudi, tapi hidup bukan terdiri dengan hanya cinta, tapi tiangnya haruslah keuangan yang kukuh. Ekonomi dizaman ini sangat tinggi sehingga kalau memulakan hidup tanpa perancangan, aku takut jatuh dilanda badai. Dan untuk menunggu selama 9 tahun, hati ini sebenarnya ingin mengucapkan kata-kata yang lebih dari hanya terima kasih. Berkenalan pada usia muda, aku dan dia menghabiskan masa tanpa mencari yang lain.
turn to 27 but my mom said, mcm kepala otak budak agi.. no la ma... im adult now.. yehaa!!!
Tidak bermakna, tidak membalas mesej, bahawa aku sudah ada yang lain disini, tapi sebab aku masih percayakan kata-katanya bahawa aku yang terakhir untuk dia, dia tidak akan cari yang lain, malah pernah berjanji tidak akan kahwin kalau pengantinnya bukan aku. Namun jodoh adalah rahsia Allah, siapa dia dan siapa aku untuk menidakkannya. Bagaimana mahu dikatakan, tidak sedih dan tidak marah, jauh sekali aku merasa kecewa Cuma mungkin terkilan? Ya mungkin terkilan. Kerana kehilangan teman yang pertama bertakhta di hati.

“ Untuk dia yang menunggu selama 9 tahun, aku kirimkan ucapan terima kasih. “

“ Untuk dia yang tidak jemu, aku ucapkan terima kasih”

“ Untuk dia yang berani propose aku 9 tahun yang lalu, aku ucapkan terima kasih”

“ Untuk dia yang selalu mengambil berat, aku ucapkan terima kasih”

“ Untuk dia yang pernah bertakhta dihati, aku sampaikan di angin lalu, semoga berbahgia hendaknya”

 

Nangis? Tidaklah, an iron girl needs an iron man. Hehe. Tabah seperti selalu, moga sentiasa tabah dimasa depan. Amin. Tapi rahsia hati, siapa yang tahu? Moga Allah temukan dengan orang yang benar kali ini. Kita akan dipertemukan dengan orang yang salah sebelum ditemukan dengan orang yang benar untuk kita.

Melalui hari dengan tenang. Tanggal 21 juni, penyumpahan dokter dan diikuti  tanggal 24 Juni , wisuda aku. Nak sedih macam mana di hari bahagia ye tak?

“hidup itu umpama roda, berputar terus, tapi aku memilih masa depan, maka tidak harus ditangisi masa lalu”

Wassalam J


during my penyumpahan day :)
 

 

 


Share
 
Copyright 2009 pinkyellow. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
This template is brought to you by :AllBlogTools.com All Blog Tools.com
Blogger Showcase