Assalamualaikum WBT..
Bertemu sekali lagi dalam nukilan hati.. Dalam 2 minggu
menyelesaikan proses-proses wisuda, akhirnya berakhir tanpa cacat cela majlis
graduasi pada tanggal 24 Jun 2013.. Penat dan letih tidak terhingga, kerana
jadwal agak padat untuk menyelesaikan beberapa perkara.
Alhamdulillah diucapkan, syukur ke hadrat Ilahi atas rezeki
yang dilimpahkan pada Syaaban tahun ini.. Selain bertambah setahun lagi usia,
dihadiahkan dengan hadiah yang sangat bermakna dalam lipatan sejarah hidup
ini.. Bertambah satu kegembiraan, pastinya terselit sedikit kekecewaan. Didalam
kegirangan yang dikecapi, tersembunyi duka.. Namun badai pasti datang dan
pergi, mengukir memori di lubuk hati.
with my sis, of coz :) |
Sehari selepas yudisium (18/6/2013), panggilan dari nombor
yg sangat dikenali tentera di telefon genggam.. ya, panggilan dari “dia”, suara
lembut seperti selalu menjengah corong telinga, bertanya khabar sebelum membuka
bicara. Kerana terakhir kali mendengar suara tatkala lebaran tahun lalu sewaktu
pulang ke Malaysia beraya.
‘Dia’ memberi khabar gembira, bahawa telah bernikah pada
akhir Mei dan resepsi di rumahnya pada tanggal 1 Jun 2013. Mungkin baru
mempunyai kekuatan bicara, maka agak telat menitipkan berita makanya dia
meminta maaf, tapi aku yang menerima berita pantas mengucapkan syukur dan
bertanya serba sedikit mengenai orang baru dalam hidup dia. Bertunang 2 bulan
katanya lantas mendirikan rumah tangga. Ketika hampir tidak terkeluar suara
dari kerongkong, sempat aku bertanya tentang kerja dia. Dengan nada tenang, dia
menjawab masih di johor bahru sambil mengusik aku yang kononnya dia menunggu,
ditelefon tidak angkat, di SMS tidak berbalas, itulah puncanya dia beralih
hati. Tergelak dengan usikan itu, lantas aku menjawab, ‘bukan jodoh kita,
tunggu lama pun, pasti tidak bersama’. Dan dari corong telefon, terdengar suara
dia menarik nafas tenang. Mungkin kerana aku setenang yang dia harapkan apabila
memberi berita. Alhamdulillah, hati dapat dikawal, suara juga begitu, supaya
tidak ada nada sedih tatkala kami bicara.
Sayu hati usai panggilan berakhir, ya itu mungkin panggilan
terakhir dari dia setelah 9 tahun mengenali, menyelam hati, bertukar rasa,
beradu pendapat, dan memahami diri masing-masing. Jodoh tidak ada, kalau
ditunggu pasti juga tidak bersama. Salah siapa? Haha.. kerana aku terlalu
mempercayai dia, maka aku tak pernah terbayang dia menduakan kasih ketika kami
belum sampai setahun bercinta. Dan kerana terlalu berhati-hati selepas hubungan
dilanjutkan, maka aku tidak terlalu memperhatikan. Di tambah, aku mengenali dia
waktu aku di matrikulasi di tangkak, kemudian aku melanjutkan pelajaran ke
universiti di jengka, Pahang. Masa banyak dihabiskan mencari pelajaran maka
kami jarang bertemu. Dan aku meyambung lagi ke Indonesia. Dalam temph 9 tahun
itu, mungkin Cuma 4 kali kami bertemu,
dan kali terakhir bertemu 5 tahun yang lalu, yang lain hanya di telefon. Sapa
yang tak bosan, ye x? hehe..
Dan ketika lebaran tahun-tahun lalu (lepas aku dtg indo,
hanya bertukar khabar ketika aku pulang ke Malaysia), dia masih menitipkan kata
‘sayang masih dihati abang’ haha.. dan yang pastinya aku menjawab dengan tidak
yakin. Tetapi untuk dia yang selamanya tidak akan tahu. Untuk mendengar ayat
itu, separuh dari hati ini, mengucap syukur dan terima kasih untuk menunggu.
Menunggu sehingga aku menyelesaikan pelajaran. Kerana jurang kami berbeda, maka
aku galakkan dia menaik taraf diri sendiri sehingga saat aku habis belajar
nanti. Bukan aku tak cinta dan bukan aku tak sudi, tapi hidup bukan terdiri
dengan hanya cinta, tapi tiangnya haruslah keuangan yang kukuh. Ekonomi dizaman
ini sangat tinggi sehingga kalau memulakan hidup tanpa perancangan, aku takut
jatuh dilanda badai. Dan untuk menunggu selama 9 tahun, hati ini sebenarnya
ingin mengucapkan kata-kata yang lebih dari hanya terima kasih. Berkenalan pada
usia muda, aku dan dia menghabiskan masa tanpa mencari yang lain.
Tidak bermakna, tidak membalas mesej, bahawa aku sudah ada
yang lain disini, tapi sebab aku masih percayakan kata-katanya bahawa aku yang
terakhir untuk dia, dia tidak akan cari yang lain, malah pernah berjanji tidak
akan kahwin kalau pengantinnya bukan aku. Namun jodoh adalah rahsia Allah,
siapa dia dan siapa aku untuk menidakkannya. Bagaimana mahu dikatakan, tidak
sedih dan tidak marah, jauh sekali aku merasa kecewa Cuma mungkin terkilan? Ya
mungkin terkilan. Kerana kehilangan teman yang pertama bertakhta di hati.
turn to 27 but my mom said, mcm kepala otak budak agi.. no la ma... im adult now.. yehaa!!! |
“ Untuk dia yang menunggu selama
9 tahun, aku kirimkan ucapan terima kasih. “
“ Untuk dia yang tidak jemu, aku
ucapkan terima kasih”
“ Untuk dia yang berani propose
aku 9 tahun yang lalu, aku ucapkan terima kasih”
“ Untuk dia yang selalu mengambil
berat, aku ucapkan terima kasih”
“ Untuk dia yang pernah bertakhta
dihati, aku sampaikan di angin lalu, semoga berbahgia hendaknya”
Nangis? Tidaklah, an iron girl needs an iron man. Hehe.
Tabah seperti selalu, moga sentiasa tabah dimasa depan. Amin. Tapi rahsia hati,
siapa yang tahu? Moga Allah temukan dengan orang yang benar kali ini. Kita akan
dipertemukan dengan orang yang salah sebelum ditemukan dengan orang yang benar
untuk kita.
Melalui hari dengan tenang. Tanggal 21 juni, penyumpahan
dokter dan diikuti tanggal 24 Juni ,
wisuda aku. Nak sedih macam mana di hari bahagia ye tak?
“hidup itu umpama roda, berputar terus, tapi aku memilih
masa depan, maka tidak harus ditangisi masa lalu”
Wassalam J