Wednesday, June 12, 2013

Rezeki di bulan Jun



Assalamualaikum WBT,

Lama menyepi dari blog.. erm, hati kembali tenang untuk menulis.. berkongsi rasa, berkongsi cerita.. Apa khabar diri mu disana? J

JUN datang lagi pada 2013 ini.. Alhamdulillah.. hadiah hari lahir dari universitas, akhirnya dapat juga melangkah ke satu fasa yang baru. Lama menanti dan akhirnya membuahkan hasil. Cuma rasa syukur mampu diluahkan tatkala menerima no pin untuk pendaftaran graduasi.. Alhamdulillah, rezeki bulan JUN 2013..
new look :)
 
27 tahun.. Pada usia begini mungkin teman-teman sudah hidup berkeluarga, mungkin sudah di puncak kerjaya. Menikmati ranumnya hasil dari segala usaha. Alhamdulillah.. dan untuk aku? Masih berlari mencari masa hadapan, masih bertukus lumus mengejar impian, masih belum berani mencipta mimpi dan masih disini menanti.
hadiah dr teman.. tq kak ida and fizah :)
 
2 tahun melewati usia Jubli perak, bukanlah suatu perkara yang mudah. Kadang tersungkur dalam keghairahan manusia, bangkit lagi mencari identity diri, tersungkur lagi dalam pergelutan duniawi, merangkak mencari redha Ilahi, menyusur hari-hari yang tidak berubah polanya, kurang menarik dari sudut pandangan mata yang hampir mencecah usia 30 an ini.

Mungkin terlalu penat melewati siang dan malam, tidak ghairah sewaktu usia muda dulu, mampu tersenyum saat teman berseloka. Menikmati hidup sekadarnya. Alangkah rugi bila mengenang masa ini berlalu tanpa jejak, tanpa memori, tanpa kenangan. Tetapi apakan daya, tidak semua kenangan bisa dilukis pada kertas kanvas. Tidak semua cerita dapat ditutur ibarat menyanyi. Tidak semua rahsia dapat diolah menjadi ceritera. Kadang, memori yang dipendam di suatu sudut hati perlu di hapus selamanya.

Merasa memerlukan dan diperlukan, perlu berkongsi hati, berkongsi rasa, bohong kalau tidak pernah terdetik, tetapi takdir menentukan sebaliknya. Siapa diri ini untuk mendustakan qada’ dan qadarNya. Tidak terlalu buruk bersendiri pada usia ini, dikala teman memimpin tangan anak kecil, melayani karenah si manja, aku menjamu mata sambil tangan memegang kantong belanja, di kala teman mendengar tangisan bayi, aku disisir lembut lagu-lagu kegemaran dari corong headphone, dikala teman berhambat meyediakan santapan keluarga, aku goyang kaki sambil menunggu delivery.. hehe..

Tetapi, pada sudut pandangan teman, mungkin aku dikalangan yang rugi. Ketika teman sibuk membesarkan anak, membesarkan keluarga, mungkin di mata mereka, aku masih suka berpoya, masih gadis biasa, belum punya harta, tidak juga punya rasa. Dan selepas ini, melewati usia sendiri mungkin tidak sukar buat aku..

Aku belum punya kekuatan memegang tugas isteri, belum mempunyai bayangan memikul tanggung jawab ibu, Cuma rasa untuk mencintai dan dicintai, tetapi bukan 24 jam di depan mata.. Cuma tiba saat hati terasa sepi, merasakan perlunya seseorang disisi, memerlukan seseorang untuk berkongsi.. Dan dikala ini, Cuma terbayang seseorang di mata, DIA.. yang tidak mampu kuucapkan namanya..

Menjelang pertengahan 2014, genap sedekad aku mencintai dia, genap sedekad aku menunggu dia,genap sedekad dia berada dalam memori. Begitu lama dia di hati, sedar tidak sedar, rupanya aku juga mampu mencintai selama itu, sedang di bibir, selalu aku canang, aku ini orang nya mudah bosan.. tetapi hakikat kadang tidak sama dengan reality.. 

Dan untuk tahun ini, aku berdoa semoga perjalanan menuntut ilmu berjalan lancar, berharap semoga diberi kesihatan akal,hati dan badan, berdoa agar keluarga dibawah lindung rahmatnya, dan berharap dipertemukan pemilik hati ini. Bukan untuk cepat dijodohkan, tetapi utk saat ini, dekat sebagai teman,di cinta sebagai isteri, di manja sebagai kekasih. Hadiah hari lahir buat diri sendiri:

“mula jelas dengan permintaan sang hati, dan tahniah kerana bergelar dr. muda Nor Farhana bt Omar, S.Ked”

HAPPY BIRTHDAY TO ME (12 JUNE 2013)

Wassalam. Ketemu dilain entry.

from my sis :) love u..
Share

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2009 pinkyellow. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
This template is brought to you by :AllBlogTools.com All Blog Tools.com
Blogger Showcase