Wednesday, November 17, 2010

di penghujung pencarian


KEY OF MY HEART




bila tiba masanya kita akan sedar tentang siapa sebenarnya diri kita. kita mula sayang apa yang ada pada kita, dan kita mula menilai kepentingan diri kita untuk orang lain. andai ditakdirkan kita telah mula melalui satu fasa perubahan dalam hidup kita, maka kita telah sempurna setengah hal dalam proses mengenali diri yang dianjurkan dalam islam. tapi, untuk melalui proses ini, mungkin kita akan kecewa dengan kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri sendiri.

terpulang bagaimana kita mengendalikan diri sendiri untuk membawa perubahan atau kekal sebagai diri kita yang lama. mungkin ada ketika kita tidak menyedari proses perubahan ini, dan seringkali kita keliru mengapa kita mula merasa kita perlu menyayangi dan disayangi, kita perlu terima dan memberi, kita perlu belajar segala macam benda yang baru untuk memenuhi keperluan hidup. dan apabila fasa ini telah berlalu dan kita tidak membawa perubahan dalam diri kita, maka fasa yang lain dalam mengenali diri sendiri secara langsungnya tidak akan berlaku.

dalam proses mengenali diri ini, aku banyak mempelajari menghargai diri sendiri. entah kenapa ada ketika aku merasakan aku gagal dalam membentuk identiti sendiri, kadang-kadang aku keliru dalam perhitungan yang aku kira betul dalam setiap tafsiranku. tapi ada ketika aku merasakan bahagia pabila ketemu diri sendiri dalam usaha menjadi wanita solehah dalam membentuk peribadi muslimah sejati. tapi dalam pada itu, aku sedar sendiri masih banyak perubahan yang aku perlu lakukan untuk mencapai separuh dari penentuan pengenalan diri. dan aku telah kehilangan sesuatu paling berharga dalam diri ini iaitu perasaan. dalam mencari aku terlupa untuk menghargai satu perasaan yang dianugerahkan tuhan.
Share

aku menjadi orang yang beda

bertahun berperang dengan hati sendiri.. bertahun aku menyimpan erat dalam lipatan hati.. sesekali ingin keluar melupakan semua kisah, tapi ada sesuatu yang aku pasti x kan sudah..
apa yang aku harapkan? kadang seperti putus harapan, kadang seperti ingin bangkit.. tapi aku memerlukan masa bertahun lamanya utk bangkit... menjadi orang yang beda pada paksi yang sama bukan mudah! lalu aku pupuk semangat hingga tujuh tahun penantian untuk benar-benar akur pada pengharapan yang tidak berkunjung datang.

relakah menunduk pada benda yang aku sendiri tak pasti.. tapi aku punya rancangan sendiri.. melangkah keluar dengan berani, bukan berarti aku melupakan cuma waktu lama yang enggan datang... memaksa aku membuat pilihan... sudah lama sendiri.. dan aku yakin kesudahannya aku sendiri... itu yang terbaik dari aku melawan dunia untuk bersatu dengan orang yang tidak nyata...

dimana semangat ku muncul? mungkin aku perlu nonton pelbagai kisah sehingga aku punya pandangan mentarbiahkan diri sendiri dengan satu kata.. mungkin aku perlu pelbagai lagu untuk menghidupkan hati yang lama beku.. mungkin aku perlu menulis.. supaya aku tenang sedikit.. tenang dari semua yang menyesakkan...

kembali pada paksi awal.. cinta yang abadi adalah cintamu pada Ilahi.. lantas untuk apa aku kembali mencari cinta lain yang aku sendiri tidak pasti...bkn senang untuk menjadi orang yang beda pada paksi yang sama.. aku mengambil 7 tahun utk menilai dan mentafsir... akhirnya aku mengalah pada takdir... mengasingkan aku ke dunia yang kecil... membawa aku ke suatu sudut yang terpencil.. kembali mencipta kegemilangan dan sejarah...

dan saat ini aku akan menjadi orang yang beda
Share

tangisan sedih atau gembira


leave it behind

one word.. everything comes to zero.. i got the answers and thank you, i decide it one day before i saw the words... Alhamdulillah.. dengan perubahan yang aku lakukan.. mujur Tuhan menolong untuk lebih menjelaskan.. tiada lagi tersimpan rasa cuma air mata yang mengalir di hati.. tidak lagi di pipi..


Syukur!.. that the first word yang aku lahirkan... mungkin keadaan hormon tidak seimbang aku sedikit tergugah, namun kembali ke semula pada tekad.. aku menjadi orang yang beda...beda pada hati... yang selama ini kuteguhkan pada sinaran bintang...

aku lemas pada tangisan hati.. telah kudidik.. telah ku pujuk... namun hati tetap hati.. perlu pendirian tersendiri.. telah kutinggalkan hati.. biarkan ia sendiri..

THAT WHY I AM HEARTLESS!!!

sory dear friends.. i wish i could get it back but sometimes it went to other way... so i leave it.. alone.. with no one....

Share

HaTi..HeArT oR lIvEr


seindah suria pagi...

kembali menulis blog ini selepas kecewa seketika hasil nukilan hilang tiba-tiba... senyap sebentar untuk mengumpul semula semangat mengarang dalam diri..

Hati.. heart or liver?

heart is the beat of life.. it beat by itself.. no one can ask it to stop until the times comes..
it remain there, closed by several tissue, bones, nerves and bones..
how God protect the heart..
so..
it does not matter if you are hurt, heart will feel too much pain, because it were to special.

liver? as i know, liver or hepar too plays important role in our body. without hepar
your red blood cells did not have a home after they 'retired' from their work...
liver store the unused red blood cells when it dead.

so, in the terms of malay words... hati means heart.. but in medical words hati means liver..

which one more matches? heart or liver?

whatever it is, both of the organ plays an important role in our body.
but...
heart is too special.. when you hug it, you will fell the love. for those who received the heart, you are so lucky and for those who gives the heart, you are so special...

but those who are unfortunate to receive the heart it means you heart in perfect condition.
not need to operation (gives and takes).. haha.. (just joking)
.....
it doesn't means that your heart is not valuable, but it means that God try to fill your
heart with something special.. something that you did not expected..
something precious that make you feel to cry...
something that a better than love when you realize...
.....

so you can proudly said.. my heart too has valuable and precious thing...
but, the God do not want to revealed it soon...
so i must wait for that day..
heart..
please don't stop beating...
i need you to beat, so i will know the God keep the valuable thing..
until i am ready....




Share

Saturday, November 13, 2010

masa terus berputar


waktu dinner 2009/2010


salam perantau.. hurmm aidil adha hampir tiba, dengar khabar di tanah air meriah seperti biasa. cuma kami yang di negeri seberang ni masih mencari mood untuk study... final da menjelma!!!!!!!! cardiovascular semakin cepat meninggalkan kita...
masa terus berputar.. cepatnye.. rase baru semalam belajar anatomy dan hari ni da nk final.. tapi bila ditimbang balik.. x la cepat mane.. msk gak la dgn segala lab, csl dan pbl.. sebelum di asapkan lagi dgn test practicum dan csl. dan bakal di akhiri dgn ujian theory.. sebelum remedial pd jumaat minggu dpn... 7 weeks for cardio... and aku da x sabar nk enjoy weekend minggu dpn sebelum di azabkan dgn neuropsychiatry.. penat dan penat... tp untuk belajar ttg manusia mmg tu lah kne korbankan.. life... hari ini, aku terkenang zaman dulu-dulu.. ade masa pergi jalan2 bl weekend.. pegy dating bl x weekend.. hehe.. wlu aku x la termasuk part yg dating tu.. cuma aku menghabiskan masa dgn kwn2.. pegi mandi air terjun dgn classmate include lecturer.. g crk berbagai tempat untuk siapkan etr.. atau g handle event untuk persatuan aku.. aku antara exco persatuan.. busy la kiranya.. ade je weekend aku dipenuhi dgn aktiviti.. atau pon weekdays aku dgn meeting... tp hidup aku berubah kat cni.. hari-hari penuh dgn class.. wlu kdg2 dosen x masuk pon class.. penat menunggu or klu class terlampau full.. penat dgr kuliah.. ptg bru blik.. dan makassar lak cepat gelap.. pkl 6 da gelap.. blik class kol 5.. msk dinner pastu makan.. tgk2 hari da gelap.. dan malam aku online spnjg masa.. bkn fb atau ym.. tapi game2 online yg kire berjaya memancing minat aku untuk menghabiskan waktu malam.. study? ade la jugak bila semua game da siap or da naik 1 level...haha.. tp hidup kt cni mmg bosan.. x terasa hidup mcm hari2 indah aku kat UiTM dulu... bila duk cni, 1 persatu berita dr teman-teman sekolah mengakhiri zaman bujang atau pon da ade 3 anak!!!!!!! terkejut x? but aku masih disini.. setia ditemani buku dr ditemani suami.. chewaah.. berpujangga la pulak.. cuma kdg2 bila sorg2 menghantar walimah lewat email atau pon fb.. aku merenung lama dlm diri.. mengimbas balik peristiwa dan masa depan.. sampai bila aku nk hidup mcm ni... terkilan juga la.. tp mungkin suratan takdir aku belum bertemu jodoh.. tapi bagus jugak.. aku skrg pon x cukup masa nk hidup sengsorg apatah lagi nk hidup reramai.. cuma aku rindu pd msa dulu.. rindu pd si dia yg menemani hari-hari aku.. terkenang si dia yg melihat aku diam2.. dan akhirnya si dia menghilang.. menghilang mencari kejayaan masing2 bila aku dah tercampak ke negeri seberang.. dan dia meneruskan di malaysia.. dan aku membawa seribu satu kenangan yang aku tau x mungkin akan dpt balik... dan kenangan 2 menghilang mengikut detik yg berlalu meninggalkan aku..masa terus berputar.. dan aku sendiri semakin dewasa meninggalkan memori lama... masa terus berputar.. arghhhhhhhhhh!!!!!!!!! aku terkilan tapi aku teruskan masa depan.. sesekali menoleh juga pd zaman2 indah.. sesekali rindu juga pd zaman2 itu.. cuma aku x mengikut hati.. aku rindu dia.. aku rindu dia... dia memori aku.. dia menemani aku. dia mengekori aku.. langkah demi langkah.. menghantar aku pd lorong indah.. dan bila dia tiada disini. bersama-sama mengecapi kejayaan, sama2 melahirkan rasa mcm wktu dulu.. aku taw aku rindu dia..cuma mungkin dia bkn milikku... masa terus berputar dan aku menghargai setiap detik yg hadir.. kepada memori yg indah.. when u read this you will know it's you... I MISS YOU!
Share

Friday, July 2, 2010

relevankah dia di hati ku

sebentar aku mahu melupakan kisah lalu.. cuba membawa kekesalan pergi.. tapi sekali lagi hati ini punah, kerana dia tidak pernah mengerti...
lantas kesalahan di bahu aku? cuba melupakan namun akhirnya aku tersadai dalam dilema yang lalu. lantas aku buat kesimpulan. dia tidak relevan untukku...
mungkin aku terlalu berfikir positif, dia sudah melupakan namun yang nyata dia masih mengingati cuma mungkin marah masih bertakhta maka pengakhiran kami terpisah antara dua benua. yang tak menjanjikan sebarang pertemuan, yang tidak mengharapkan sebarang pengenalan ketika bersua. mungkin aku tak kenal atau dia yang berpaling.
relevankah dia di hatiku? aku mendapat jawapan yang pasti. kerna ku tahu dulu bukan aku seoarang yang mengerti, pasti kau jua merasai. cuma aku kini dipenuhi banyak cinta duniawi dan hakiki sehingga kau tak layak di hati =)
Share

Saturday, June 26, 2010

Masih Adakah Sinar Untukku...

pada pagi yang indah ni.. tiba2 teringat kisah dulu-dulu, sebelum aku menjejakkan kaki ke faculti perubatan... banyak benda yang berlaku. banyak juga yang aku tempuh.. namun bila semua berakhir dengan satu kejayaan, aku bertafakur.. menilai betapa ketabahan yang Allah beri pada ku ibarat merentas tujuh lautan..
bukan semua indah dalam perjalanan hidup aku.. beberapa kali aku tersungkur dan takut untuk maju.. namun semangat apa yang berada di dalam diri menjadikan aku sampai ke hari ini masih tegar menjalani kehidupan. aku bersyukur namun ada ketika aku mengalah...
aku gembira namun banyak waktu aku gubakan untuk berfikir.. mencari betapa maklangnya nasib diri.. boleh aku katakan apa yang aku capai sehingga ke hari ini banayk rintangan namun Allah mungkin melihat kesungguhan ku maka diperkenankan satu persatu doaku..
walau agak lamabt, walau agak terlewat namun aku berjaya mengharungi dengan izinNya.kadang aku lelah.. kadang juga rasa kalah.. namun dalam kamus hidup diri bernama FARHANA.. akhirnya aku pasrah.. bukan rela tapi dengan segunung pengorbanan yang menyertai beberapa lautan air mata.. tidak mudah.. itu yang boleh aku simpulkan.. namnun aku dikurniakan tabah untuk bersabar dan tabah untuk meneruskan perjalanan.. semoga diberkati Tuhan...
Share

Friday, June 18, 2010

dimana silapnya....

terpanggil untuk berkongsi kisah ketika pembahagian tugas di kuliah pagi tadi.. ada teman ni yang dulunya dirasakan antara lelaki yang baik dan rajin. tak pernak kata tidak untuk setiap kerja yang perlu disiapkan. akan tetapi agak mengecewakan apabila beliau dengan tiba-tiba menawarkan diri untuk tak buat kerja! hurmm apa dah jadik? sebagai teman kuliah, aku tegur jugak la kenapa tiba-tiba malas.. alasan die sibuk.. buat apa itu aku tak tahu... selidik la sedikit dengan housemate dia.. kenapa die berubah? jawab kawan dia memang dia makin malas sekarang... sume kerja dok copy an d[aste bulat-bulat dari kawan2.. aik apa da jadik ni? dimana silapnya... kawan2 yang tahu tolong la selidik2.. kot2 masih sempat membawa dia kembali seperti dulu.. insyaallah...
Share

Wednesday, June 16, 2010

salam perkenalan

assalamualaikum..
berbesar hati akhirnya mempunyai kelapangan untuk membuat sebuah blog untuk berkongsi pelbagai idea dan kisah sepaanjang kehidupan manusia di bumi Allah ini...di harap kita dapat bertukar pendapat selain berkongsi ragam manusiawi. mengingat untuk yang lupa dan mendekatkan bagi yang jauh... semoga success selalu

salam perkenalan,

zaara
Share
 
Copyright 2009 pinkyellow. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
This template is brought to you by :AllBlogTools.com All Blog Tools.com
Blogger Showcase