Wednesday, November 17, 2010

di penghujung pencarian


KEY OF MY HEART




bila tiba masanya kita akan sedar tentang siapa sebenarnya diri kita. kita mula sayang apa yang ada pada kita, dan kita mula menilai kepentingan diri kita untuk orang lain. andai ditakdirkan kita telah mula melalui satu fasa perubahan dalam hidup kita, maka kita telah sempurna setengah hal dalam proses mengenali diri yang dianjurkan dalam islam. tapi, untuk melalui proses ini, mungkin kita akan kecewa dengan kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri sendiri.

terpulang bagaimana kita mengendalikan diri sendiri untuk membawa perubahan atau kekal sebagai diri kita yang lama. mungkin ada ketika kita tidak menyedari proses perubahan ini, dan seringkali kita keliru mengapa kita mula merasa kita perlu menyayangi dan disayangi, kita perlu terima dan memberi, kita perlu belajar segala macam benda yang baru untuk memenuhi keperluan hidup. dan apabila fasa ini telah berlalu dan kita tidak membawa perubahan dalam diri kita, maka fasa yang lain dalam mengenali diri sendiri secara langsungnya tidak akan berlaku.

dalam proses mengenali diri ini, aku banyak mempelajari menghargai diri sendiri. entah kenapa ada ketika aku merasakan aku gagal dalam membentuk identiti sendiri, kadang-kadang aku keliru dalam perhitungan yang aku kira betul dalam setiap tafsiranku. tapi ada ketika aku merasakan bahagia pabila ketemu diri sendiri dalam usaha menjadi wanita solehah dalam membentuk peribadi muslimah sejati. tapi dalam pada itu, aku sedar sendiri masih banyak perubahan yang aku perlu lakukan untuk mencapai separuh dari penentuan pengenalan diri. dan aku telah kehilangan sesuatu paling berharga dalam diri ini iaitu perasaan. dalam mencari aku terlupa untuk menghargai satu perasaan yang dianugerahkan tuhan.
Share

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2009 pinkyellow. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
This template is brought to you by :AllBlogTools.com All Blog Tools.com
Blogger Showcase