Friday, March 25, 2011

BiNtAnG lAuT aT pOrTuNdO



hi there,

Last week, after 6 weeks kitorang diazabkan dengan UROGENITAL, kitorang amek kesempatan untuk bercuti di PORTUNDO... pantai yang berdekatan dengan universiti aku ni..=) Sesungguhnya blok UROGENITAL nie dikira sangat mengejutkan dan sangat penat (walaupun jadual die ade gak la lubang-lubang, tp free time die tak suit la coz after free ade class balik. dan class sangat la padat 2 minggu pertama dan 4 minggu terakhir dipenuhi dengan CSL and PBL, tak lupa juga untuk PRACTICUM).

nak dijadikan cerita, S/U blok nie sangat la particular dengan kehadiran dan entah dimana silapnya pelajar MALAYSIA ada tak dapat nak amik final exam sebab kehadiran tak cukup 80 % (kata diorang la, kalau ikut kata teman-teman diorang cukup syarat je nak duk exam). apa-apa pun perkara tu masih dalam perbincangan (untuk mengikuti Ujian Akhir Semester pada hujung sem 4 nie. INSYAALLAH di permudahkan.. amin...).
So, berbalik pada tajuk BINTANG LAUT ni, aku diajak oleh teman-teman untuk ke tepi pantai tersebut. Walaupun agak keberatan kerana Indonesia di gegarkan dengan berita gempa bumi dan tsunami 2 minggu sebelum final URO bermula, tapi cuaca pada 2 minggu terakhir tu kembali tenang menyebabkan aku memberi persetujuan untuk menyertai mereka...

Rentetan peristiwa adalah seperti berikut:

0600: bertolak ke PORTUNDO (mengambil masa 2 jam je.. tak jauh pun.. hehe) menaiki Kijang Innova yang disewa..

0820: sampai di destinasi.. lewat 20 minit sbb jalan tak begitu rata..

0845: mendaftar dan diberi sedikit penerangan tentang tempat percutian ini.. PORTUNDO ni sebenarnya tempat peliharaan alam sekitar, so benda kat sini semuanya natural (akan diceritakan lebih lanjut lagi)

0900: sementara tunggu pihak berkenaan menyediakan kamar menginap, kami pun menjelajahi kawasan sekitar ni.. amik gambar laa... apa lagi ye tak.. haha..

1000: kamar telah tersedia, tp dpt asrama je first2 tu sbb kebetulan cuti hujung minggu dan kami tak booked awal2, so dpt tu pun kire ok lah..

1005: simpan barang dan bersedia untuk snorkeling.. aktiviti yang disediakan pihak PORTUNDO. (ni sebab kitorang amek pakej ecosystem laut, so depa bwk la kite tgk laut..=)

1100: naik bot untuk ke tengah laut.. OTW tu takut2 la gak. tp yg best nyer pantai ni xde ombak.. tenang je.. so hilang la rs takut tu sikit2.. and pantai nie x dlm sgt pon..

1115: tiba kat tengah laut. beberapa pekerja untuk membawa kami snorkeling bg la sedikit penerangan tentang kehidupan kat sini dan cara2 nk snorkeling..so antara 7 orang geng aku, cuma 5 org je yg participate this activity, 2 org lagi tlg amik gmbr.. haha

1130: aku dan teman2 lain snorkeling dan menikmati pemandangan batu karang yang blh tahan cantik. eh... ade star fish laa.. tp kt makassar ni dorg panggil BINTANG LAUT.. haa.. da terjawab la kan persoalan ape tu bintang laut.. tapak sulaiman nama proper die.. but then, kat tengah laut nie star fish die wrna biru.. WAH cantiknyer..=)

1230: lama gak laa kitorang bergilir amik port tengok batu karang.. then kene balik sebab time makan da tiba.. oh ye.. lupa nk bg taw td, pakej tu include dengan makan.. so tak risau ar berlapar..=)

1245: 1 lagi aktiviti depa, wajib bagi pengunjung utk menanam pokok apabila dtg ke sini.. ini slh satu dr cara mereka untuk wujudkan kesedaran betapa tanaman itu penting.. dan kami memilih utk menanam pokok bakau.. So, diorang bwk la gi site tanam bakau.. opps bau tanah kat cni x best.. sbb nya pokok bakau kan tanam kat paya.. so bau nyer mcm bau tanah basah laa..=)

1300: HURRAY!!!!! ade bungalow kosong. so kami berpindah tempat menginap ke bungalow tersebut, nama je bungalow tp terbina dari kayu putih dan beratap rumbia.. hehe.. tapi kukuh, jgn risau.. kan cek da habaq td kt cni mementingkan natural feel.. hehe.. letak beg segala bagai dan jengah ler ke toilet.. gulp!!! tandas terbuka!!! biar benar.... haha.. mmg betul, tandas kat cni sengaja dibiarkan terbuka supaya bau2 yg kurang enak menyerap ke sekeliling.. tp ade la dinding yg mmg tinggi utk menghadang pandangan org luar.. tp... KAMI X BIASA LA PAK MANDI X DE TUTP NIE.. hehe..

1400: turun makan tengahari.. sbnrnye mkn kol 1300. tp kami memilih utk solot zuhur dulu dan mandi sebelum makan.. 7 org bergilir utk mandi, mmg la agak lame sedikit.. bese r tu...=p.. hidangan die agak best.. ketam!!!!! wow... sedap jugak la.. mybe sbb lapar kot.. hihi

1530: selepas mkn, teman2 ajak gi berendam.. OK JOM!!!! haha... 5 org je gi kat tepi panati lagi 2 org lepak kat bungalow.. panas lagi kata mereka.. so, aku termasuk dlm golongan yg gi tepi pantau laa of course.. ish2.. nama je umur msuk 25 thun tp mengalahkan adik aku yg 11 tahun bila jumpa laut ni.. LAUT.... LAUT.... hehe

1730: teman yg lagi 2 org tu dtg utk join kami.. makin meriah laa.. tp kaki seorang teman injured ketika cuba pijak diatas batu yg agak licin.. so berehat la kami di tepi pantai.. tp, bkn duk saje2 tau.. kitorg amik bintang laut yg dlm air tu bwk ke darat.. haha.. kejam x kejam nyer.. mcm2 la posisi bintang laut tu kami bergambar.. dijadikan brooch di tudung dan buat simbol 09.. erm blh tgk gmbr kat FB.. ade di upload beberapa gambar ( x dpt upload semua, uploader FB lambat!)

1800: nk tgk SUNSET.. so kami memilih batu yg menjalar ke tengah laut.. smbil duduk2 dan bergambar yg pastinye, aku bg idea yg bernas.. jerit nama si dia yg kita rindu.. haha..so, dak2 ni pon ikut laa ckp kakak yg sorg nie ( opps, lupa lg nk ckp aku yg pling tua dlm group nie..hehe).. bkn ape, belajar medic nie kira tough ape, so time2 gnie je blh la wat mcm2.. so aku amek kesempatan utk menolong mereka hilangkan rindu.. haha.. sorang2 jerit kuat2 nama jejaka dihati.. (oppss time ni pantai xde org so leh la wat keje giler..)

HAHA.. BARU KU TAHU SEMUA ADIK2 TERSAYANG NI ADE JEJAKA PILIHAN MASING2,
DAN APA YG AKU RISAUKAN KESEMUA JEJAKA PILIHAN TU X TAW PON DIORANG BERTAKHTA DI HATI PUTERI2 NIE.. MS SORANG2 JERIT NAMA TU AKU YG PASTINYA BERADA PALING TEPI SEKALI TERSENYUM DLM TANGISAN.. KESIAN ADIK2 AKU NI.. PENDAM CINTA YG BERBUNGA, X DISAMPAIKAN PD ORG YG SEPATUTNYA..
BELAJAR PALING UTAMA..
chewaah...
haha..=)

1830: bergerak balik ke bungalow.. LEGA!! slh seorang bg komen.. mujarab x idea akk? haha.. release ape sikit sebnyk perasaan tu.. =p.. seperti biasa bergilir mandi utk solat asar, maghrib dan utk g makan.. aku dpt giliran last.. haila.. da gatal2 la bdn nie.. tp x pe lah, demi adik2..

2000: kitorg g mkn.. lauk sotong lak mlm nie.. erm sdpnyer.. tp mata da berat.. ADUH penatnyer.. hehe..

2100: pulang ke bungalow.. x sempat citer bnyk, terus tido, nyamuk mmg bnyk tp sorry la pak mosquitoes, kitorg x larat da nk halau kamu.. ade kelambu disediakan dan kami pon bwk lingkaran letrik utk menghalau nyamuk... lena gak la tido smpi kol 0500 pagi esk..

200311:

0500: bergilir mandi and solat subuh.. bapak kat office tu da jnji nk gi bwk tgk sunrise and tgk bintang laut warna oren lak.. so cepat2...

0530: berjalan menyusuri pantai.. damai.. nelayan baru turun ke laut.. kami pon sama turun ke laut.. bapak tu ajak jalan smpi tgh laut.. biar benar?.. rupanya waktu pg air surut.. so, tgh laut tu parat betis aku je.. haha... terkejut tp peluang dtg sekali.. jalan tgh laut mcm jln kt darat je rs.. mesti korg x percaya kan.. tp pasir die lembik, sbb pnuh ngan bintang laut.. adoii susah nyer nk angkat kaki... berjaya gak smpi ke tgh laut.. tgk bintang laut yg lagi besar and warna oren.. wah taksub sebentar.. apa lagi amik gmbr lagi.. kesian bintang laut kene kejut pagi2.. haha

0615: sunrise.. SUBHANALLAH.. mmg cntik... amik port ats batu lagi.. tgk sunrise lagi.. menikmati pagi yg indah.. sejuk.. rs mcm mahu kembali ke tempat ini..

0700: bergerak ke restoran utk sarapan.. nasi goreng.. alhamdulillah kenyang..

0800: pulang ke bungalow utk berkemas dan bersiap.. kami pulang jam 1000 pagi.. percutian yg bermakna utk menghilangkan tekanan di dada dan di minda... refresh la sket.. insyaallah.

1000: check out..

1100: naik kereta utk pulang ke BTP.. selamat tinggal BINTANG LAUT ku.. selamat datang REPRODUCTIVE SYSTEM... semoga semua yang terbaik utk ku.. amin
Share

Wednesday, March 16, 2011

What if - part 1


Masih mencari jawapan, selepas beberapa ketika aku lelah , terbayang kembali ketika hari terakhir aku di kolej. Idham, teman aku mengajak aku keluar bersama.

“malaslah, aku tak pack barang lagi ni. esok pagi mama aku nak datang dah” balasku ketika dia memberitahu usai kami selesai mengikuti final terakhir hari itu.

“jomlah, hari ni last. esok lusa tak tahu dapat jumpa ke tak” gumamnya sedikit mendesak. Selepas berdebat sedikit dengannya seperti biasa aku akan mengalah,

“ OK. lepas Asar la ye. Aku nak mandi and kemas sikit-sikit” jawabku dan dia seperti biasa tersenyum kemenangan.

Dia memilih untuk makan di kedai seafood tepi pantai.

“Macam la kat KL tu tak de kedai seafood” usikku apabila dia mengeluarkan ideanya.

Walhal aku tahu itu kegemarannya. Lantas aku mengikut sahaja. Teman aku yang satu ini jarang mahu beralah. Sambil makan kami mengimbas kembali 3 tahun saat pertama kali kami berjumpa. Aku dan Idham satu kelas, dan setelah hampir tamat satu semester barulah aku tahu namanya. Itu pun disebabkan teman aku itu mahir dalam subjek Fizik dan aku antara yang paling lambat dalam kelas Fizik menyebabkan aku memandang dia macam nak telan apabila pensyarah aku tanya sama ada kami faham atau tidak. Dan dia dengan senang hati mengangguk sedangkan aku menunjukkan muka blurr.

“Biar betul mamat ni.” aku mendengus setiap kali pensyarah bertanya. “macam mana dia faham sedangkan lecturer tu cakap suruh bayangkan? aku tak dapat bayang apa-apa pun.” kataku pada Diana.

Diana merupakan roommate aku di sini. Diana memang tahu aku tidak begitu gemar subjek Fizik lagi-lagi subjek ‘motion’ ni. Suara aku yang sedikit kuat tu menarik perhatian seisi kelas. Dia pun memandang sama lantas senyuman bersalah aku lemparkan pada semua.

“Sorry” tuturku perlahan dan seperti biasa aku dipanggil oleh pensyarah aku untuk mengikuti kelas tambahan di office-nya. “kamu datang ke bilik saya petang nanti” ujarnya sebelum kami keluar untuk mengikuti subjek yang lain.

“kau memang tak pernah suka fizik.” ujarnya tiba-tiba. Lantas kami tersenyum. mungkin masing-masing teringat masa pertama kali aku bercakap dengannya. Aku bukan jenis yang suka menegur semua orang lagi-lagi dengan lelaki. Tapi, assignment yang diberikan oleh lecturer Fizik aku pagi itu memang betul-betul buat aku hampir menjerit. Dia menoleh seperti biasa bila aku merungut tentang soalan yang berjela-jela. Dan untuk menghilangkan tekanan aku mengajak teman sebilik untuk keluar ke pasar malam yang berhampiran dengan university aku. Sewaktu aku beratur untuk menaiki bas yang memang disediakan pihak university, aku ternampak dia didalam bas.

“Penuhlah, terpaksa diri” kata temanku. Aku naik dan kebetulan dia juga berdiri sama kerana memberi beberapa orang pelajar perempuan untuk duduk.

“Dah siap soalan fizik?” tanya dia tiba-tiba. Aku memandang dengan muka tak percaya dan pada masa yang sama aku separuh menjerit “ Jangan cakap kau da siap?!”. Seperti biasa dia tersenyum dan mengangguk. Aku menggeleng perlahan.

“Biar betul la dia ni. Aku buka pun tidak soalan tu tadi”bisikku di dalam hati. “Pinjam boleh?” ujarku perlahan padanya. “Malam nanti aku bagi boleh?” soalnya ramah. Aku mengangguk laju dan hilang semua tekanan dalam jiwa. “terima kasih” ujarku sebelum kami turun dari bas.

Bermula dari saat itu kami mula rapat. Tapi hanya dalam kelas Fizik sahaja. Apabila difikir kembali jahat betul aku. Menggunakan teman untuk melepaskan beban. Tapi aku tidak pernah mendengar dia merungut dan dia sentiasa meminjamkan jawapannya apabila kami diberi assignment tanpa aku memintanya. Enam semester aku berkawan dengannya dan sehingga hari terakhir ini dia masih setia menjadi teman baik ku.

Prang!! . Bunyi kaca pecah menyedarkan aku. Lamanya aku berangan apabila mata menoleh jam didinding. “Assignment banyak lagi tak siap” keluh aku didalam hati seraya melangkah kaki ke dapur untuk menolong teman serumah aku membersihkan pinggan yang pecah. “sorry” ujar fara kepada kami. “no hal la beb” kami menjawab serentak. Fara, Ana, Nor, dan Hana merupakan teman perjuangan aku di rantau orang ini. Teman berkongsi kejayaaan dan kesedihan. Aku menyambung Ijazah perubatan di luar Negara selepas tamat diploma dulu. Kini, sudah hampir 2 tahun aku ditemani teman-teman yang baru. Melewati hari-hari sukar di sini.

Usai solat Isyak berjemaah, aku duduk lagi dihadapan ‘laptop’ untuk meneruskan kerja yang terbengkalai. Ingatan kembali lagi kepada si dia. Aduh! teman ku yang satu itu. “kenapa hari ni asyik ingat dia je” tuturku sendiri. Mungkin sudah 2 tahun aku tidak tahu khabarnya lantas aku mula merindui zaman dulu. “tidak” jerit hatiku. “Sebab hari ini kau harus menyiapkan assignment fizik yang diberi oleh Doktor dikuliah pagi tadi. “ protes hatiku. Aku tersenyum hambar pagi tadi apabila mendapat tahu subjek Biomedic merangkum sub-subjek Biology, Fizik dan Kimia. Aduhai, malangnya nasib aku.

Share
 
Copyright 2009 pinkyellow. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
This template is brought to you by :AllBlogTools.com All Blog Tools.com
Blogger Showcase