Masih mencari jawapan, selepas beberapa ketika aku lelah , terbayang kembali ketika hari terakhir aku di kolej. Idham, teman aku mengajak aku keluar bersama.
“malaslah, aku tak pack barang lagi ni. esok pagi mama aku nak datang dah” balasku ketika dia memberitahu usai kami selesai mengikuti final terakhir hari itu.
“jomlah, hari ni last. esok lusa tak tahu dapat jumpa ke tak” gumamnya sedikit mendesak. Selepas berdebat sedikit dengannya seperti biasa aku akan mengalah,
“ OK. lepas Asar la ye. Aku nak mandi and kemas sikit-sikit” jawabku dan dia seperti biasa tersenyum kemenangan.
Dia memilih untuk makan di kedai seafood tepi pantai.
“Macam la kat KL tu tak de kedai seafood” usikku apabila dia mengeluarkan ideanya.
Walhal aku tahu itu kegemarannya. Lantas aku mengikut sahaja. Teman aku yang satu ini jarang mahu beralah. Sambil makan kami mengimbas kembali 3 tahun saat pertama kali kami berjumpa. Aku dan Idham satu kelas, dan setelah hampir tamat satu semester barulah aku tahu namanya. Itu pun disebabkan teman aku itu mahir dalam subjek Fizik dan aku antara yang paling lambat dalam kelas Fizik menyebabkan aku memandang dia macam nak telan apabila pensyarah aku tanya sama ada kami faham atau tidak. Dan dia dengan senang hati mengangguk sedangkan aku menunjukkan muka blurr.
“Biar betul mamat ni.” aku mendengus setiap kali pensyarah bertanya. “macam mana dia faham sedangkan lecturer tu cakap suruh bayangkan? aku tak dapat bayang apa-apa pun.” kataku pada Diana.
Diana merupakan roommate aku di sini. Diana memang tahu aku tidak begitu gemar subjek Fizik lagi-lagi subjek ‘motion’ ni. Suara aku yang sedikit kuat tu menarik perhatian seisi kelas. Dia pun memandang sama lantas senyuman bersalah aku lemparkan pada semua.
“Sorry” tuturku perlahan dan seperti biasa aku dipanggil oleh pensyarah aku untuk mengikuti kelas tambahan di office-nya. “kamu datang ke bilik saya petang nanti” ujarnya sebelum kami keluar untuk mengikuti subjek yang lain.
“kau memang tak pernah suka fizik.” ujarnya tiba-tiba. Lantas kami tersenyum. mungkin masing-masing teringat masa pertama kali aku bercakap dengannya. Aku bukan jenis yang suka menegur semua orang lagi-lagi dengan lelaki. Tapi, assignment yang diberikan oleh lecturer Fizik aku pagi itu memang betul-betul buat aku hampir menjerit. Dia menoleh seperti biasa bila aku merungut tentang soalan yang berjela-jela. Dan untuk menghilangkan tekanan aku mengajak teman sebilik untuk keluar ke pasar malam yang berhampiran dengan university aku. Sewaktu aku beratur untuk menaiki bas yang memang disediakan pihak university, aku ternampak dia didalam bas.
“Penuhlah, terpaksa diri” kata temanku. Aku naik dan kebetulan dia juga berdiri sama kerana memberi beberapa orang pelajar perempuan untuk duduk.
“Dah siap soalan fizik?” tanya dia tiba-tiba. Aku memandang dengan muka tak percaya dan pada masa yang sama aku separuh menjerit “ Jangan cakap kau da siap?!”. Seperti biasa dia tersenyum dan mengangguk. Aku menggeleng perlahan.
“Biar betul la dia ni. Aku buka pun tidak soalan tu tadi”bisikku di dalam hati. “Pinjam boleh?” ujarku perlahan padanya. “Malam nanti aku bagi boleh?” soalnya ramah. Aku mengangguk laju dan hilang semua tekanan dalam jiwa. “terima kasih” ujarku sebelum kami turun dari bas.
Bermula dari saat itu kami mula rapat. Tapi hanya dalam kelas Fizik sahaja. Apabila difikir kembali jahat betul aku. Menggunakan teman untuk melepaskan beban. Tapi aku tidak pernah mendengar dia merungut dan dia sentiasa meminjamkan jawapannya apabila kami diberi assignment tanpa aku memintanya. Enam semester aku berkawan dengannya dan sehingga hari terakhir ini dia masih setia menjadi teman baik ku.
Prang!! . Bunyi kaca pecah menyedarkan aku. Lamanya aku berangan apabila mata menoleh jam didinding. “Assignment banyak lagi tak siap” keluh aku didalam hati seraya melangkah kaki ke dapur untuk menolong teman serumah aku membersihkan pinggan yang pecah. “sorry” ujar fara kepada kami. “no hal la beb” kami menjawab serentak. Fara, Ana, Nor, dan Hana merupakan teman perjuangan aku di rantau orang ini. Teman berkongsi kejayaaan dan kesedihan. Aku menyambung Ijazah perubatan di luar Negara selepas tamat diploma dulu. Kini, sudah hampir 2 tahun aku ditemani teman-teman yang baru. Melewati hari-hari sukar di sini.
Usai solat Isyak berjemaah, aku duduk lagi dihadapan ‘laptop’ untuk meneruskan kerja yang terbengkalai. Ingatan kembali lagi kepada si dia. Aduh! teman ku yang satu itu. “kenapa hari ni asyik ingat dia je” tuturku sendiri. Mungkin sudah 2 tahun aku tidak tahu khabarnya lantas aku mula merindui zaman dulu. “tidak” jerit hatiku. “Sebab hari ini kau harus menyiapkan assignment fizik yang diberi oleh Doktor dikuliah pagi tadi. “ protes hatiku. Aku tersenyum hambar pagi tadi apabila mendapat tahu subjek Biomedic merangkum sub-subjek Biology, Fizik dan Kimia. Aduhai, malangnya nasib aku.
0 comments:
Post a Comment