12 june 2011..
sekali lagi hari lahir tiba.. tapi menginjak usia 25 tahun ini, sepi mengisi ruang di hati.. mana tidaknya, mama dan adik bongsuku menunaikan umrah bermula 8 jun sehingga 18 jun akan datang..
sebelum mama dan adik berangkat.. mereka telah titipkan ucapan selamat sempena hari lahir ku, air mata jatuh juga tatkala nyanyian lagu hari lahir kedengaran di corong telefon.. "terima kasih mama and bby, semoga kalian dipermudahkan ketika menjadi tetamu Allah nanti" balasku separuh terharu.. sebenarnya di hati terselit sedikit kegelisahan memandangkan mereka ke mekkah bersama saudara yang lain.. takut mereka terpaksa berdua pergi menunaikan tawaf dan sa'ei.. ditinggalkan oleh yang lain.. astaghfirullah.. seketika aku bertafakur, berharap agar sepupu ku dapat bersama-sama menjaga mama dan adikku..
memandangkan hari lahir ku jatuh pd hari ahad dan keesokannya kami semua menghadapi final sistem respirasi, aku tidak bercadang untuk keluar bersama-sama teman.. bermula tepat jam 12 malam, alhamdulillah ramai teman-teman di malaysia mahupun indonesia menitipkan ucapan hari lahir.. cukup bermakna dan aku sangat terharu.. mungkin hari lahir ku kali ini, aku bergelumang dengan berbagai past year paper exam question dan nota sepanhjang 2 bulan kuliah respirasi..
Isnin (13 jun 2011),
kami diberitahu exam bermula pada jam 1.. "erm, sempat lagi nak baca".. tepat jam 2 (kebiasaan di indonesia tak pernah on time) kami memulakan peperiksaan. menggigil juga la tangan apabila kertas jawapan mula diedarkan.. dalam hati ku terdetik, walaupun hampir tiap bulan aku mengambil peperiksaan bagi mata kuliah yang berlainan, tapi masih terasa debaran di hati... dilanjutkan dengan membaca soalan.. Alhamdulillah, soalan banyak dari tahun-tahun yang lalu.. sedikit tenang, dan peperiksaan tamat pada jam 3.15 petang. (sebenarnya waktu diperuntukkan adalah 100 soal dalam ms 100 menit.. akan tetapi disingkatkan waktunya)..
selesai ujian, adik ku berencana makan ikan bakar.. erm blh la.. tp rancangan di ubah ke cozy kozy, karebosi atas sebab apa, aku pon kurang pasti.. kami berbelanja sekektika sebelum ke tempat tujuan.. lama jugak la menunggu ( aku sorang je yg tunggu, yg lain sibuk dgn handphone).. rupanya mereka mengadakan kejutan parti hari jadi.. terkejut bila nampak kek dibawa masuk, dan ramai juga lah yg hadir.. teman-teman seperjuangan.. makan dan bercerita dan majlis berakhir jam 7.30 mlm..
teman yang lain bercadang ke MTC, dan aku bersetuju sahaja.. birthday girl kene je la ikut rancangan mereka.. aduh.. dan kami pulang hampir jam 8.30 mlm
rupanya mereka sibuk mencari hadiah untukku di MTC td..
cute bear from kak ida, sweet pink pillow from syasya, sweet pink book from sweet couple;odah and kuchai, sweet pink purse and bracelet from fizah and sweet surprise birthday party from my dear sis;zira.. and last sweet person yg x disangka dtg;awie.
really appreciate it guys.. tiada kata yang dpt diungkapkan.. thanks for the time and memories that we share together.. love u...
0 comments:
Post a Comment