Persiapan tahun baru? erm, TIDAK ADA.. haha.. hanya mendengar pesta kembang api yang tidak surut iramanya dari jam 6.00 pm tadi.. bagaimana aku meraikannya? menghabiskan cerita jepun yg baru saja dibeli petang kemarin.. apapun, cukup bahagia kerana bersederhana dalam penyambutan tahun baru ini.
<2011>
Satu perjalanan yang aku kira agak melelahkan.. satu peristiwa yang mungkin baru kutempuh, satu pengalaman yang tidak mungkin didapatkan.. Alhamdulillah. satu kata yang wajar diucapkan, apabila beberapa perkara dpt diselesaikan antaranya masalah orientasi (aku da janji nk buat entry pasal ni, tp masih belum berkesempatan lagi, insyaAllah bakal menyusul). Selain dari itu, pengalaman menjadi class representative utk blok Special sense juga banyak memberi pengalaman yang mungkin berharga di kemudian hari. Berakhir juga tugas sebagai exco Hubungan Luar dan Komunikasi walau pun mungkin banyak perkara yang tidak semudah disangka.. Tetapi mungkin yang masih belum berakhir adalah masalah hati.. hehe.. ini memang sulit nk diselesaikan.. dan mungkin peak 2011 bg aku adalah perpisahan secara rasmi dengan sidia menjelang syawal. namun tetap gembira melewati syawal di Malaysia.. SAYANORA 2011
<2012>
Persimpangan yang masih diawangan. Masih kabur bagaimana pengakhirannya. Masih menanti dengan hati yang berdebar-debar.. Perjalanan yang belum tahu liku nya. satu lagi perjalanan yang panjang dari 1 januari 2012 sehingga 31 disember 2012.. melangkah usia 26 tahun, kukira cukup matang dalam usia 20-an ini, tetapi masih ada beberapa perkara yang memerlukan bantuan dan nasihat dari keluarga tercinta..
Tidak banyak ku pohon sempena tahun baru ini..
hapuslah kenanganku pada memori duka,
terangi perjalananku dengan segenap cahaya,
usirlah awan mendung yang mengekori,
tenangkan lah hati yang satu ini,
bantulah dikala diri tidak berdaya,
dampinglah ketika aku menyendiri,
tingkatkan ketakwaan dlm diri..
Moga 2012 yang bermula, akan lebih baik dari yang sebelumnya.. Pergilah sedih, datanglah gembira. Pergilah kegagalan, datangkan kejayaan.. Pergilahlah duka, datangkan bahagia.. semoga tidak ada air mata yang tumpah lagi kerana hal yang tak sepatutnya..
Welcome 2012, Sayonara 2011..
1 Januari 2012 (12.07a.m)
0 comments:
Post a Comment