Sunday, March 17, 2013

Kejayaan datang dari kegagalan


Kejayaan datang dari Kegagalan

Assalamualaikum.. aku kembali lagi setelah beberapa waktu menyepi.. punya idea untuk menulis tapi tidak punya kekuatan untuk melahirkan rasa buat tatapan diri sendiri..  Sebentar saja kekuatan datang setelah sepi tiba-tiba menjengah hati.

Kejayaan datang dari Kegagalan.. pasti ramai yang membenarkan petikan kata ini.. Setelah kecewa beberapa kali kerana tidak dapat bersama-sama teman-teman yang lain mengikuti  Yudisium (sumpah dokter) dan Wisuda (graduation), akibat tertunda 2 mata kuliah, immunology system yang Berjaya diselesaikan menjelang kuliah pendek November lepas dan Musculoskeletal yang tertunda sekali lagi dan sekarang masih mengikuti kuliah bagi mata pelajaran ini, yang berlangsung hampir 5 minggu bermula 11 march yang lalu dan Insyaallah berakhir pada 12 April akan datang..

Dalam tempoh hampir 8 bulan aku bolak balik menguruskan mata kuliah tertunda, batch pertama yang wisuda pada September tahun lepas hampir menyelesaikan tingkat pertama siklus co-ass.. Kerana 1 markah, aku tertunda hampir setahun lamanya dari teman-teman yang lain. Dan besok, 18 March 2013, bakal menjadi batch ketiga yang yudisium meninggalkan 4 orang student Malaysia termasuk aku.. Tetapi, 3 lagi teman senasib bukanlah kerana gagal, tetapi atas sebab yang sempurna melewatkan kuliah satu semester dan mereka mengulang atas sebab yang sempurna manakala aku berdiri sendiri atas sebab 1 markah untuk lulus.

Penat mendidik hati supaya redha atas segalanya, tetapi mungkin masih tertinggal saki baki air mata yang mendap bersama perasaan yang hancur waktu lalu, menyebabkan aku sedih ketika teman datang berkunjung mengumumkan penantian mereka telah berakhir.. Seperti biasa, dengan senyuman aku mengucapkan tahniah, lalu selesai tamu pulang, aku menitipkan ucapan melalui facebook dan sms pada teman seangkatan yang sudah Berjaya melangkau pada satu fasa baru.. Alhamdulillah, sinar mengunjungi mereka terlebih dahulu, melewatkan aku yang masih tergapai-gapai..

Bibir mengukir senyuman, air mata bertubir, hati yang dalam mengucap syukur atas rezeki Allah pada mereka, tetapi hati yang atas terkilan kerana aku terlewat lagi.. terlewat untuk mengharungi fasa berikutnya bersama-sama.. Tetapi apakan daya, kuliah aku merupakan blok kedua pada semester ini, manakala kuliah mereka bermula sejak februari lagi.. Dan mereka berjuang dengan segenap usaha dan akhirnya diberikan rezeki oleh Allah pada bulan ini..

Kejayaan datang dari Kegagalan.. setelah mengharungi onak ranjau dan ragam khalayak di fakulti, mereka Berjaya menempatkan diri dalam sesi wisuda bulan march ini.. kalau nak dicerita bagaimana nasib teman2 ini, boleh buat kita terduduk sejenak memikirkan betapa putaran nasib itu kadang-kadang tidak sama..membuat kita bertafakur tentang hebatnya percaturan Ilahi terhadap manusia.. Boleh menjadikan aku kagum dengan ketabahan hati teman-teman yang lain..

Dari semalam mengait kelapa,

Kelapa dikait hingga ke pagi,

Saya yang jauh jangan dilupa,

Ada rezeki bersama lagi

 
Sarung sutera hasil tenunan,

Sutera dipakai cantik bergaya,

Masih lama meniti perjalanan,

Moga usaha akan Berjaya

 
Kain sarung kain lama,

Dihantar ke kota dengan perahu,

Niat dihati mahu bersama,

Kuasa Allah siapa yang tahu

 
Saya meneruskan perjalanan dan mereka juga berlumba menghabiskan.. Moga ada manfaatnya walau masih lama lagi meniti perjalanan.. segulung tahniah buat mereka “teman-teman yang tidak jemu menemani” “buat mereka juga yang tidak jemu menitipkan semangat” “buat mereka yang melihat tanpa suara” “buat mereka yang sudah lupa” “dan buat mereka yang masih berjuang”

Semoga bertemu di lain kalam, Alhamdulillah, Hati mula tabah kembali seiring berakhirnya luahan rasa.. rasa ini untuk anda kongsi, untuk anda fahami, untuk anda mengerti… bukan senang untuk menjadi luar biasa kerana yang Berjaya itu ramai tapi yang kekal itu bukan semua.. mereka yang kekal Berjaya adalah mereka yang pernah gagal dan mampu berdiri kembali.. kerana dia tahu erti kegagalan dan mengecapi manisnya kejayaan.. jadi walau sedikit keberhasilan, dia masih mampu mengorak senyum dan meneruskan perjalanan.. kerana bagi dia Kejayaan Datang dari Kegagalan.. wassalam..
Share
 
Copyright 2009 pinkyellow. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
This template is brought to you by :AllBlogTools.com All Blog Tools.com
Blogger Showcase