Kejayaan datang dari Kegagalan
Assalamualaikum.. aku kembali lagi setelah beberapa waktu
menyepi.. punya idea untuk menulis tapi tidak punya kekuatan untuk melahirkan
rasa buat tatapan diri sendiri..
Sebentar saja kekuatan datang setelah sepi tiba-tiba menjengah hati.
Kejayaan datang dari Kegagalan.. pasti ramai yang
membenarkan petikan kata ini.. Setelah kecewa beberapa kali kerana tidak dapat
bersama-sama teman-teman yang lain mengikuti Yudisium (sumpah dokter) dan Wisuda (graduation),
akibat tertunda 2 mata kuliah, immunology system yang Berjaya diselesaikan
menjelang kuliah pendek November lepas dan Musculoskeletal yang tertunda sekali
lagi dan sekarang masih mengikuti kuliah bagi mata pelajaran ini, yang
berlangsung hampir 5 minggu bermula 11 march yang lalu dan Insyaallah berakhir
pada 12 April akan datang..
Dalam tempoh hampir 8 bulan aku bolak balik menguruskan mata
kuliah tertunda, batch pertama yang wisuda pada September tahun lepas hampir
menyelesaikan tingkat pertama siklus co-ass.. Kerana 1 markah, aku tertunda
hampir setahun lamanya dari teman-teman yang lain. Dan besok, 18 March 2013,
bakal menjadi batch ketiga yang yudisium meninggalkan 4 orang student Malaysia
termasuk aku.. Tetapi, 3 lagi teman senasib bukanlah kerana gagal, tetapi atas
sebab yang sempurna melewatkan kuliah satu semester dan mereka mengulang atas
sebab yang sempurna manakala aku berdiri sendiri atas sebab 1 markah untuk
lulus.
Penat mendidik hati supaya redha atas segalanya, tetapi
mungkin masih tertinggal saki baki air mata yang mendap bersama perasaan yang
hancur waktu lalu, menyebabkan aku sedih ketika teman datang berkunjung
mengumumkan penantian mereka telah berakhir.. Seperti biasa, dengan senyuman
aku mengucapkan tahniah, lalu selesai tamu pulang, aku menitipkan ucapan
melalui facebook dan sms pada teman seangkatan yang sudah Berjaya melangkau
pada satu fasa baru.. Alhamdulillah, sinar mengunjungi mereka terlebih dahulu,
melewatkan aku yang masih tergapai-gapai..
Bibir mengukir senyuman, air mata bertubir, hati yang dalam
mengucap syukur atas rezeki Allah pada mereka, tetapi hati yang atas terkilan
kerana aku terlewat lagi.. terlewat untuk mengharungi fasa berikutnya
bersama-sama.. Tetapi apakan daya, kuliah aku merupakan blok kedua pada
semester ini, manakala kuliah mereka bermula sejak februari lagi.. Dan mereka
berjuang dengan segenap usaha dan akhirnya diberikan rezeki oleh Allah pada
bulan ini..
Kejayaan datang dari Kegagalan.. setelah mengharungi onak
ranjau dan ragam khalayak di fakulti, mereka Berjaya menempatkan diri dalam
sesi wisuda bulan march ini.. kalau nak dicerita bagaimana nasib teman2 ini,
boleh buat kita terduduk sejenak memikirkan betapa putaran nasib itu
kadang-kadang tidak sama..membuat kita bertafakur tentang hebatnya percaturan
Ilahi terhadap manusia.. Boleh menjadikan aku kagum dengan ketabahan hati teman-teman
yang lain..
Dari semalam mengait kelapa,
Kelapa dikait hingga ke pagi,
Saya yang jauh jangan dilupa,
Ada rezeki bersama lagi
Sarung sutera hasil tenunan,
Sutera dipakai cantik bergaya,
Masih lama meniti perjalanan,
Moga usaha akan Berjaya
Dihantar ke kota dengan perahu,
Niat dihati mahu bersama,
Kuasa Allah siapa yang tahu
Semoga bertemu di lain kalam, Alhamdulillah, Hati mula tabah
kembali seiring berakhirnya luahan rasa.. rasa ini untuk anda kongsi, untuk
anda fahami, untuk anda mengerti… bukan senang untuk menjadi luar biasa kerana
yang Berjaya itu ramai tapi yang kekal itu bukan semua.. mereka yang kekal Berjaya
adalah mereka yang pernah gagal dan mampu berdiri kembali.. kerana dia tahu
erti kegagalan dan mengecapi manisnya kejayaan.. jadi walau sedikit
keberhasilan, dia masih mampu mengorak senyum dan meneruskan perjalanan..
kerana bagi dia Kejayaan Datang dari Kegagalan.. wassalam..
0 comments:
Post a Comment