Sunday, December 4, 2011

a new experienced
Share

Saturday, December 3, 2011

Kiranya aku yang tersalah tafsir


Assalamualaikum, Hi there.. hehe.. sekian lama akhirnya dapat juga buat entry baru hari ni.. baru selesai forensic selama sebulan dan kegiataan orientasi yang berjalan 5 minggu insyaAllah akan berakhir minggu depan.. pasal orientasi ni mungkin aku buat entry lain la ye.. hari ini teringat kisah masa dulu-dulu sebab baru lepas tengok cerita Aaron aziz “ kekasih awal dan akhir”. Walaupun aku bagi rating 50% je untuk arahan beliau sendiri, tapi aku bagi tambahan 5% untuk adegan Julia(fauziah gaus) yang kecewa bila Awal (Aaron aziz) pilih Akhiriah(Siti Saleha). Ini yang terus aku dengar lagu Ibnor Reza (mimpi yang tak sudah). Ada seorang teman masa zaman remaja lagi yang sampai la ke hari ini, aku tak pernah lupa.. Kenapa? sebab kami berkawan baik sampai saat terakhir kami di kolej. Namun tamat semester akhir barulah aku dapat cerita yang rupanya ada dari kalangan kawan-kawan aku yang bawa cerita aku dan dia waktu kami amik final exam.. dan dia pun akhirnya marah dengan cerita-cerita yang dari mana datangnya dan entah betul entahkan tidak.. kami berakhir tanpa satu kata, Cuma sms terakhir dari beliau waktu hari terakhir kami di Universiti tu, “ jaga diri baik-baik, mungkin lepas ni kita tak kan jumpa lagi” betul la kami memang tak berjumpa lagi di reality tapi bayangan dia sentiasa di hati..

Sedih tu memang sedih la.. 3 tahun kawan akhirnya berpisah macam tu je.. nak taw masa awal kami? masa semester pertama dia banyak tolong aku time kuliah fizik. Aku memang bengap sangat ngan subjek ni dan menjadikan aku sangat blurr bila lecturer ajar. Dan kebetulan aku baik dengan En. Hilmi (nama lecture yang ajar tu). Jadi selagi aku tak paham selagi tu la En. Hilmi tu akan ulang.. Dan mungkin antara pelajar yang memang pandai fizik, teman aku ni pun mulalah bosan bila lecturer tu asik ulang benda yang sama, sampai dia tawarkan kat aku assignment dia bila kitorg kene buat assignment. Dan aku apalagi menerima dengan hati terbuka, memang lagi la malas aku nak belajar fizik. Jadi bila lecturer tu Tanya faham ke tidak. Dengan yakin aku jawab,”faham, sir” hehe.. sebab ada cikgu malam kang yang aku hire tak bergaji, bagi aku penerangan melalui SMS..

Tu kisah semester pertama, semester kedua kami tak sama kelas, tapi aku pulak yang tolong dia (hurmm ada la benda yang aku tolong, tapi yang pasti bukan pelajaran la, sebab dia budak pandai). Dek benda yang aku tolong dia tu berlarutan la sampai aku semester akhir.. Tu jugak la yang buatkan hampir tiap hari aku SMS dengan dia. Semester tiga aku sekelas balik dengan dia, dan kami rapat sebagai 1 kumpulan. Ada la beberapa teman-teman aku dan dia dalam kumpulan tu. Basicly ada 3 perempuan dan 2 lelaki. Semester 4, kami sekelas lagi, dan kami dicalonkan jadi exco-exco satu organisasi di university tu( tak boleh mention la.. takut kang ada “kawan2” lama yang baca, mesti kang kuar gossip baru, malaslah nak menjadi gossip gegirl.. hehe). Dan pada malam raya pertama(Aidilfitri 2007) yang membuat aku dan teman itu menjadi rapat.. haha, bukan beraya rumah dia, tapi salah SMS dari dia yang buatkan aku dan teman itu jadi rapat.. SMS dari teman itu tulis “mmmuahhh” dan aku pun reply dengan tanda soal”?” maksudnya: apa? hehe.. dan dia jawab” oopss sorry salah anta.. nak anta kat cousin.. cousin setiap malam kalau nak tido kene bagi kiss dulu” aku pun blurr, cuma reply “owh, it is ok.. no big problem” dan dia pun teruskan dengan ucapan selamat hari raya dan…. (the rest is history).. tapi citer yang dia tak tau.. kaget gak tiba-tiba dapat mesej dari orang alim macam dia.. oopss lupa nk bagi taw, dia agak popular sebab dia ala alim-alim orangnya.. muka pun boleh tahan la.. tapi sekarang tak hensem da.. ohooo..

ok sambung balik citer tadi, bila dia kata dia anta kat cousin dia, aku pun pikir “boleh caye ke ni?” tapi sebab dia orang alim, aku pun caye je la.. ye kot die dengan cousin dia memang rapat.. so aku ia kan je la.. tapi sebab malam aidilfitri tu kami melangkah satu lagi fasa atas nama persahabatan.. semester lima dan enam kami sekelas lagi, Dari situ lah kami mula menjalin rasa, mula menjalin rindu, mula bermain kata tapi tak de kata putus dari dia mahupun aku. nak diberi nama hubungan yang baru tu.. jadi kami meneruskan sehingga ke sebelum final exam semester akhir (yang mana aku citer tadi, aku baru dapat tau after 3 hari selesai semester akhir). kalau Tanya aku cintakan dia ke tak, aku sendiri tak tahu nak jawab apa. tapi kalau Tanya aku ingat dia tak? aku akan jawab sentiasa di hati, sentiasa di memori walau kini aku di seberang laut menyambung pelajaran dan dia di tanahair juga menyambung pelajaran. Oh kursus kami berbeza, aku sebagai medical doctor tapi dia sebagai dentist. Susahnya nak padam nama dia dalam diri ini, sehingga hampir 4 tahun aku tak jumpa dia, yang Berjaya aku lakukan adalah menutup mulut aku dari tersebut nama dia.. orang kata kalau kita sebut nama orang tu kita rindu orang tu… jadi tak nak bagi Nampak sangat aku rindu, aku Berjaya tutup mulut aku dari bercerita pasal dia.

apa kene mengena ngan cerita Aaron aziz tu? memang tak de kene mengena.. tapi waktu si Julia (tolong refer balik awal paragraph) ditolak cinta dia, aku rasa sedikit sedih.. mungkin lelaki tak faham isi hati perempuan, tak cakap suka bukan bermakna benci, dan cakap suka bukan bermakna cinta. Apa yang aku dan teman itu jalani mungkinkah tiada sedikit rasa yang berputik di hati.. mungkin kata sayang dari dia tak bermakna apa-apa.. dan mungkin aku yang tersalah tafsir.. dan bila aku tau ada khabar angin yang menjadikan dia sangat marah dengan aku, sampai akhirnya kami berpisah tanpa sebarang kata, aku jadi kecewa, aku terluka.. aku menangis dalam hati sampai la saat ini. awal kami rapat mulai dari dia, kenapa akhirnya tanpa sebarang kata.

Ibnor reza: Mimpi yang tak sudah

apa maknanya impian,

datang dan pergi.

membawa hati menyusuri kembali

jalan-jalan sepi

kau kah disitu,

yang menantiku,

atau jelmaan itu kenangan,

yang bernama pengalaman,

siapakah diantara kita,

dengan rela menjadi pendusta,

siapakah dulu membina harapan,

dan siapa yang memusnahkan impian,

tanpa sebab dan alasan,

kau mainkan perasaan,

bagai taufan tiba-tiba datang

dan menghilang,

kau bayang-bayang masa nan silam,

ada ketika terbawa-bawa,

oleh resah mimpi yang tak sudah.

Betul, segalanya dia yang memulakan.. SMS itu, panggilan itu, kisah itu, semua dari dia.. Yela ikut logic, orang alim macam dia kalau bukan tudung labuh tak yah la cuba nak mengurat. Tapi aku bukan golongan tudung labuh tu, aku biasa je, tudung segi tiga.. dan kalau orang biasa ni tak yah harap dia mereply mesej, mesti harus orang yang berkepentingan. Tapi aku pun bukan termasuk dalam orang yang berkepentingan, jadi tak mungkin lah aku yang nak mulakan semua tu.. Dia yang bagi harapan, kemudian pergi.. Dia yang ucap sayang, dan kalau tak aku pun tak berani. Dia yang mula bicara soal hati, kalau tak aku pun tak kan mula berkongsi.. dan bila ada cerita tak sedap yang keluar, kenapa harus aku seorang yang terbeban, sedangkan yang mula semua tu bukan aku..

Dan berita terakhir, dia da bertunang.. Alhamdulillah.. satu kata yang aku terus ucapkan bila mendengar berita tu dari teman serumah.. junior kami waktu dulu.. Andai la suatu hari nanti kami bertemu, aku akan setenang dulu, tenang macam dia belum kenal aku, tenang macam bila aku tau dia tinggalkan aku.. Tiada rungutan, tiada pandangan yang pilu, tiada juga senyuman manis macam aku bagi dulu-dulu.. bila aku akan berhenti lupakan dia? itu aku sendiri tak de jawapan.. but I guess, he will vanished from my memory same as he easily forget me..

p/s: Insyaallah ketemu di lain entry…

Share

Sunday, October 16, 2011

CINTA itukan ANUGERAH

versi: Calon suami/pilihan hati

Hi there.. harap semua sihat selalu..kembali update entry setelah agak lama menyepi.. kesibukan melanda diri dan juga idea untuk menulis bercampur baur…

Tajuk hari ni calon suami atau pilihan hati.. sebenarnya sama je, calon suami pastilah pilihan hati kita.. Tapi macam mana pula dengan yang marriage arrangement.. zaman lapuk? eh… masih ada lagi sekarang, tapi sekarang tak paksa.. orang tua bertugas memperkenalkan pasangan kemudian terserah pasangan itu sendiri nak teruskan atau pon tak..

opss.. bukan nak membebel soal mendirikan masjid ni.. Cuma kebelakangan ini, boleh ke kalau aku kata aku sepi.. sunyi menyelubungi diri.. disebalik jadual yang sangat padat, hati kubiarkan sepi, kutinggalkan tanpa menjawab sebarang soalan.. seperti entry aku sebelum ni, Finaly he left me, aku biarkan hatiku tidak berjawab.. aku biarkan hatiku menerima, aku biarkan hati aku memahami, aku biarkan hati aku sendiri..

Tapi, disebalik jadual yang padat, tambah-tambah lagi aku jadi ketua kelas.. yang terpaksa bertanggungjawab di atas 152 orang pelajar, agak letih sebenarnya.. bukan kerana tugas tapi remeh temeh doctor yang mengajar dan teman-teman yang request jadual berubah, atau request group mane nak masuk dulu bila time CSL (clinical skill lab) dan Practicum..

Dan untuk blok special sense, awal lagi mendapat berita dari Malaysia, ayah ku kemalangan. patah kaki dan bahu kanan, tulang rusuk retak, dan ketika aku menulis entry ni sudah 3 minggu sejak kemalangan ayah.. dan Alhamdulillah ayah semakin pulih walau belum sembuh sepenuhnya. Ketika itu juga, adik bongsu disahkan tonsillitis selepas dia mengadu tekak beliau sakit ketika menelan dan mama bawa ke klinik untuk rawatan lanjut.. itu pun Alhamdulillah, adik sekarang da ok.. dan masa ayah aku masih dirawat di hospital, rumah kami didatangai pencuri, tapi mujur tidak masuk ke dalam rumah, tapi habis la segala periuk belanga, kuali, dan baju-baju yang mama sidai di beranda.. bulan unluck kami ke? mungkin juga.. opps lupa, adik yg ketiga pula tidak sihat.. memandangkan sekarang beliau sedang practical nursing di hospital. Department dia sekarang adalah di bahagian ICU (penyakit kronik) dan dikabarkan setiap hari hampir 3 – 4 orang pesakit yang meninggal.. mungkin dia belum biasa menghadap dan menguruskan jenazah menyebabkan dia terperanjat dan penat.. Tapi, InsyaAllah apa yang berlaku ini menjadi pengajaran bagi kami sekeluarga juga InsyaAllah ada keberkatanNya..

ok berbalik pada inti entry ini, soal pilihan hidup, aku masih lagi mencari walau pun ada masa aku rasa aku taknak kawin. Tapi kadang-kadang, bila fikir balik, CINTA itu kan ANUGERAH.. satu rasa yang diciptakan untuk semua benda hidup.. mana mungkin aku sangkal kehadiran rasa cinta dalam dunia tambah-tambah lagi untuk manusia. Cinta kepada yang Maha Esa, Cinta kepada ibu bapa dan sebagainya… tapi cinta apa yang aku inginkan.. pada awalnya aku suka lelaki yang ego tinggi, lelaki yang susah nak dapat la senang kata..tapi berlainan pula dengan sekarang, setelah banyak perkara yang berlaku dalam hidup aku tahun ni, aku mulai suka lelaki yang senang mempamerkan dia suka ke tak pada aku..

Bukan langsung cakap “ I LOVE U” tapi, dari cara dia tatap wajah aku, dari cara dia cakap dengan aku, dari cara dia jaga aku, dengan cara dia ambil berat dengan aku.. walaupun umur mungkin 25 tahun, dan kerjaya sebagi doctor menuntut aku menjadi orang yang serius, tapi ada masa aku perlukan teman untuk bermain, walaupun kerjaya menuntut aku alert dengan keadaan manusia, tapi ada ketika aku mahu orang lain alert dengan keadaan aku, tahu mood aku, bila aku marah, bila aku merajuk, bila aku suka.. tak payah nak cakap kat dia aku merajuk, dari nada suara aku, aku nak dia tahu aku merajuk atau pun aku tengah sedih…walaupun terikat dengan etika kedokteran, yang aku harus rapi dalam segala benda, aku nak dia tahu, aku juga boleh jadi ceroboh bila-bila masa.. aku nak dia tengok aku sekali sekala memakai T-shirt spongebob atau doraeman, atau pun dengan selipar tandas sekali pun..walaupun dalam kerjaya aku menuntut menjadi orang yang sabar melayan karenah pesakit, aku nak tunjukkan perasaan aku bila aku marah atau bila aku tak suka dengan apa yang dia buat..

Memang sebelum ni aku ajar hati dan diri aku, andai dia ada orang lain di hati, akan aku lepaskan tanpa rasa sangsi.. kerana, cinta dia sudah tidak ada pada aku, untuk apa lagi pertahankan bunga yang gugur.. Tapi disebalik aku senyum bila dia usulkan agar kami berpisah, aku nak tunjukkan perasaan aku yang kecewa, aku nak tunjukkan yang aku masih perlukan dia disisi.. tapi kerjaya sekali lagi menuntut agar doctor harus melatih diri tidak sedih dengan pemergian seseorang, tabah bila pesakit kita dijemput Ilahi.. kerana masih ada keluarga simati disisi kita.. yang memerlukan sokongan dari kita, yang perlu mendengar kata-kata semangat dari kita.. Aku nak dia dengar luahan aku kenapa perpisahan terjadi.. aku nak dia juga cakap kenapa memilih untuk mengundurkan diri.. tapi apa yang kau lakukan, hanyalah senyum dan melepaskan dia pergi..

JIWANG? lelaki yang romantic… aku suka lelaki yang gaya seperti lelaki.. macam mana nak terangkan ya.. yang bila aku sedih, dia pinjamkan bahu, yang bila aku menangis terus memeluk dan usap perlahan belakang aku, yang bila aku gembira, dia akan bawa aku untuk meraikan kegembiraan bersama, tidak perlu kek atau hadiah, Cuma ke suatu tempat yang tenang, dan mendengar celoteh aku. yang bila aku diam, dia menatap aku dengan mata dia yang berkaca-kaca(opps aku suka lelaki yang mata jernih), meneliti aku tanpa kata dan aku nak dia Tanya” kenapa ni, diam je”.. hehe… yang bila pergi makan luar, dia iniasiatif bayar bil makan (bukan aku tak boleh bayar, tapi aku suka lelaki dengan gaya lelaki).. yang bila pergi shopping, dia akan beri pendapat baju tu sesuai tak dengan aku, warna die ok ke x, aku nak pendapat dia (aku agak sukar membuat pilihan time shopping). Dan bila pergi mana-mana, walaupun aku ada lesen dan mampu membawa kereta dengan baik, aku nak dia yang drive..baru macho.. and no smoking please… aku tak suka lelaki yang merokok.. merokok bukan macho.. tu silent killer.. so pokoknya lelaki yang seperti lelaki..

yang menjadi persoalan ni sekarang, kat mana nak cari lelaki seperti ciri-ciri di atas? ada ke yang macam tu kat Malaysia. hehe.. was-was sekejap.. ditenung-tenung, dipikir-pikir, mungkin lelaki di Malaysia tak ada yang masuk standard piawaian aku.. ada yang akan kata, ni standard hero kat TV la.. mana ada yang macam ni kat dunia..betul, ni standard piawai yang aku kumpul ketika tonton drama korea.. hehe.. aku da putuskan lelaki idaman aku macam diorang.. perlu ke aku ke korea untuk pencarian CINTA ni? yang aku bagi kat atas tu sempurna sangat kan.. tapi aku juga nak sekali sekala kami argue tentang satu perkara, aku nak kami berbincang jika ada masalah, yang akan tunjukkan dia marah bila aku buat salah, yang akan kongsi dengan aku kalau dia ada masalah, yang akan cerita dengan aku bila dia sedih,.. tapi harus dicari dulu calon suami atau pilihan hati ini.. kat mana dikau berada? isk isk isk

kat mana pun dia berada, aku harap dia sihat sejahtera.. yang penting bila berjumpa, first impression dia sangat penting, pandangan mata dia yang pertama, yang bisa buat hati aku sentap kejap.. dan aku nak sangat change bow dengan dia.. bila aku anggukkan kepala, dia pun akan anggukkan kepala sambil senyum segaris.. dan bila kami da jadi kawan, aku nak bila aku makan, dia duduk sebelah sambil tenung muka aku, tenungan yang aku tahu dia tengah pikir soal hati dia.. “jatuh hatikah aku pada dia?” hehe.. aku nak lelaki yang bukan mudah ucap I LOVE U.. tapi yang akan kata I CAN’T FORGET YOUR LOVE.. tiap hari aku nak dia rasa cinta aku semakin mekar untuknya.. dan aku nak dia ucap 3 kata tu, bila dia buat keputusan untuk hidup dengan aku selama-lamanya.. no turning back.. huhu garangnya..

erm banyak lagi sebenarnya ciri-ciri yang aku nak, tapi masa untuk menulis semakin suntuk.. aku perlu belajar sedikit sebelum tidur.. tapi ciri-ciri apa yang aku ada untuk si dia.. dengan ketinggian 158 cm, aku tak layak jadi model (sebab tu tukar bidang, dulu nk jadi pramugari, x lepas baru amik medic), hehe.. kulit kuning langsat, jadi sangat susah nak cari warna yang membuat aku tampak comel.. hehe.. pilihan kuning, gold, coklat, dan hitam, sesuai buat aku.. walaupun aku pakai warna hijau atau biru, mesti diselit sikit dengan gold dan hitam, untuk naikkan seri aku sebagai wanita yang bakal bergelar doctor.. InsyaAllah.. aku senang berkaca mata, dengan -5.25 dan silau yang tinggi.. tapi aku pakai je contact lens kalau majlis formal..oh ya, sekarang aku selesa berkasut kerana kerjaya juga yang menuntut untuk meggunakan kasut dari sandal. sekarang agak berisi, tapi berat ideal aku 49 kg.. kene usaha sikitla untuk turunkan.. puasa 2 bulan ke.. hehe.. aku jenis yang kemas dan well mannered (etika kot), makan di majlis rasmi, cara duduk, cara berjalan, cara makan, cara berpakaian, I am educated well about those formalities… ada subject khusus untuk itu.. hehe..dan aku bukan yang jenis banyak cakap dengan orang yang aku tak biasa, tapi aku suka buat lawak bila dengan family.. sebab tu aku nak rapat dulu sebagai kawan, supaya aku tak tunjuk perangai serius aku.. aku tak garang, tapi agak tegas terutama dalam soal keewangan, education, dan aku marah sikit bila rumah bersepah, sebab aku suka tengok rumah bersih setiap masa, bila aku da kemas jangan menyepah ye.. hehe.. aku tak suka masak, tapi aku pandai memasak.. lauk kampong ke, western ke, boleh je aku buat.. Cuma aku kurang sikit part buat kek dan kuih muih.. boleh je buat Cuma masa takde.. hurm style aku? modern kontemporari.. aku suka hiasan konsep tu. tak jemu mata memandang.. aku sebenarnya romantic juga kalau kene cara la.. dengan menjadi anak sulung daripada 4 beradik, aku dilatih untuk menjadi ketua.. jadi kalau tengok certificate aku dari zaman sekolah dulu, penuhlah dengan ketua class ke, presiden club ke.. sampai la ke university aku jadi presiden untuk acara ke ape ke.. banyak la yang penting.. background education agak kukuh, dan kalau tengok jawatan, maknanya aku boleh bertanggungjawab dan mampu memikul beban. mampu melalui saat sukar dan dengan menjadi ketua dan doctor, aku mampu memberi cadangan, aku mampu buat keputusan, aku mampu mendengar, aku boleh diajak berbincang.. aku boleh menjadi teman untuk menangis (doctor kan kene dengar luahan orang).. mata agak coklat, dan rambut pon dengan warna yang sama.. agak ikal sikit rambut aku.. tap aku bertudung ye.. untuk Islamic education lak, aku tamat sekolah darjah khas (kat jb je ade) disekolah agama aku dengan pangkat 1.. khatam al-quran masa sekolah rendah lagi, boleh berzanji tapi tak la pandai sangat.ok family background lak, ayah engineer (specialist bahagian enjin kapal laut) dan mama dulu hampir jadi cikgu tapi sebab kahwin dia tarik diri.. hehe.. aku (anak sulung) masih menuntut di bidang perubatan.. sama macam adik no 2, medical doctor gak.. adik no 3, menuntut sebagai nurse di SEGI college.. yang bongsu, baru darjah 5.. bongsu je lelaki, yang lain perempuan..soal hubungan lak, aku tak banyak permintaan.. (hehe ye ke x banyak), maksudnya aku bukan jenis yang meminta, nak hadiah ke nak apa ke.. tapi biasa la perempuan, kalau ada tu pasti aku lebih gembira…

mungkin banyak lagi benda yang lain, tapi itu harus diexplore sendiri dengan pengalaman.. begin the journey with me.. hehe..apa pun diri aku dan kamu, yang penting ada satu rasa iaitu CINTA. akhir kalam cinta itu anugerah, tapi aku nak anugerah kali ini akan lebih terjaga adabnya, walaupun ada benda aku minta kat atas tu tak layak di buat untuk unmarried person.. tapi aku nk begin the journey bila atas ijab dan Kabul, aku sah sebagai isteri dia, aku nak tunjukkan my true character.. dan bila dia jatuh cinta pada aku, dan bila dia pikir untuk habiskan masa-masa tua bersama then only he can say I LOVE U.. semoga dapat ketemu dalam coretan yang mendatang.. salam ukhwah..

Share

Wednesday, September 28, 2011

Finally he left me

Hi there!! Already finish examination after all those tiring days. New entry I guess after several months I have stopped write a new entry on my blog. Guess what? My ex-Boyfriend (after this I used ex-B), called me one day before lebaran. OMG!!


Haha, no hurt feeling guys. He just want to wish happy hari raya, besides he said he want to further his study. Saying that he will go far for 7 years maybe, and we will not meet again after this. After 7 years finally he let me go free. As he stated via SMS, he hoped me get a new life, and he prayed for me for my success and happiness.


Sad? hurmm maybe just a little feeling surround me for several minutes but then, I feel nothing after that. Happy? of course laa.. LEBARAN coming and I are in MALAYSIA for this lebaran.
As for lebaran, mom prepared much than usual. All those biscuits are hand made 100 %. And for me, myself, I don’t prepare any single cloth for lebaran. So it is hard to buy BAJU KURUNG even there are many choices out there. I jadi rambang mata tau.


So this lebaran give me another perception in my life. For some reason I feel alone this lebaran. My heart feels empty just like the other lebaran. But my holidays end well. We able to balik kampung on third day of lebaran. I thing my weight also increase since I ate everything during that time. I also got the opportunity to attend the open house one day before back to Makassar.
So, this week will be the end of Syawal.

Maybe it is too late, but still I want to wish, “SELAMAT HARI RAYA AND MAAF ZAHIR DAN BATIN”

Share

Sunday, August 7, 2011

i think i love you


I miss him more than he knew me,

I remembered him beyond his imagination,

I hope for the shine that impossible to bright,

I wait for the chance that will not appear,

We knew each other since the first time,

We be a friends since the time goes by,

We became best friends since we spent the day together,

And we separated since you heard the stranger wind,

telling that I LOVE YOU,

Maybe you believe the lie,

But I know, you know it well too,

Only we know what exactly happened,

And it is only you refuses the “feel” that came by,

Maybe you shy, or maybe you fear,

You want to keep it forever,

But for me,

That is not the true feeling,

Since you left me without words,

Or maybe it is just me feel that,

But as for you, it is just a games that never ends,

We share the story when it is night,

We became one when the moon show its light,

When the sun bright,

We came out as two different people,

But only smiles and heart knew that we present for each other,

You worried about me but couldn’t tell,

And I miss you much when you are far apart,

Now I am millions far apart,

Left the “feel” that can’t be described,

Somehow, I take me years to realize,

The “feel” that bothered us from the beginning,

And I am sue you know it well too,

Since now you in the beautiful relationship,

With someone you vowed to live together,

One last word,

I THINK I LOVE YOU

Share

Tuesday, June 21, 2011

JoDoH mEnGhAmPiRi..=)

Hi there… hope u all doing fine… hehe.. dalam cuti yang agak panjang sebelum diazabkan dengan penilaian OSCE dan UAS.. (alahai reproduction dalam tangan.. semoga tak de masalah.. InsyaAllah)..



Rasanya semua dah aware umur aku telah menjadi 25 tahun beberapa minggu yang lalu..tapi kenapa kebelakangan ni, rasa macam jodoh menghampiri diri.. dan aku tiba-tiba terbayang wajah orang yang tak pernah pun aku kenali.. hurmm.. agak musykil.. sebab setahu aku, bila dah ada seseorang dalam hati kita yang menyebabkan kita bersedia untuk mengakhiri dunia bujang.. dan aku?? siapa yang ada.. aigoo… =P


-aku dan teman-teman-

setelah berfikir sendirian sepanjang cuti ni, aku masih tak dapat jawapan.. ye la.. mane nak cari jodoh kat Makassar ni.. *haih* mengeluh lagi.. apa nak jadi dengan aku ni.. dan orang kat Malaysia, pastinya dah meninggalkan aku.. setelah hampir setahun tiada khabar berita, tiada juga ucapan hari lahir.. Bukan mengharap, Cuma teman itu…

teman itu, teman yang aku kenal hampir 7 tahun..
memang diantara 7 tahun tu, ada masa kami kehilangan satu sama lain,
dan bukan salah dia kalau pun dia yang menjauhkan diri,
sebab aku yang melarikan hati..
puncanya??
tentulah dari teman itu yang berpaling disaat kami bersama..
dan waktu itu hanya aku yang setia disisi..

dan kini semua tinggal kenangan, dan aku masih bersyukur..
kerana dia teman pertama yang bertakhta di hati..
eceh.. kenangan lalu kadang-kadang datang juga.. tapi dia hanya sekadar teman.. dan sekarang aku pun tak tahu khabarnya.. sebab aku sendiri tak amik iniasiatif nak SMS atau Call dia dulu.. dan pastinya dia akan rasa bosan sebab hanya dia je yang akan mesej dan sebagainya.. dan kalau aku busy jangan harap la balasan mesej apa lagi nak angkat call dari teman itu..


-reveal 1st time insan itu.. ngee-

Berbalik pada persoalan di atas, mungkin juga itu petunjuk dari Yang Maha Esa.. siapa tahu, jodoh ku sudah menunggu ketika aku pulang bercuti nanti.. haha.. Cuma hati ini tidak setenang selalu, gelisah barangkali.. dengan OSCE dan UAS menghampiri.. tapi masih ada suatu rasa yang terselit di sanubari, Adakah itu sahutan cintamu? atau hanya aku yang bermain rasa..=)

Ada aku baca dalam satu buku ini (hadiah dari teman) , jika seseorang itu memendam cinta sehingga di hari diambil nyawa dari jasadnya, maka dia tergolong dalam orang yang mati syahid.. kenapa tiba-tiba aku bangkitkan hal ni? hehe.. sebab sehingga kini masih ada seorang insan yang bertakhta di hati.. tapi insan itu terlalu jauh untuk aku gapai dan terlalu dingin untuk aku harapkan.. memang dari dulu, dia sekadar dalam impian. Seperti angin lalu, dia mungkin sudah melupakan aku.. kerana kami hanya sekelas Cuma dalam setahun dan sekarang hampir 7 tahun, mana bisa dia tahu kalau aku masih menanti..

Dan aku tidak sesuai dengannya.. Dengan memegang jawatan yang agak besar dan boleh dikategorikan sebagai “anak orang kaya” mana setanding dengan aku yang masih belajar dalam perubatan ni.. dengan wajah ala-ala korea,mana setanding wajah aku yang kacuk india+baba nyonya(belah mama) dan bugis+baba nyonya(belah ayah).. dan satu lagi, dia punya teman yang pakai skirt dan blouse tanpa lengan, mana setanding aku yang bertudung..jadi, bila dihitung-hitung, memang jauh la aku dari dia.. hehe.. no wonder la, sehingga hari ini, walau ada jugak kadang-kadang aku berdoa semoga dia merasai kehadiran aku, tapi tak de pun signal-signal yang aku harapkan:

“Berdoalah pada Allah siapa pun jua pilihan-mu, sesungguhnya Allah itu
maha mendengar lagi maha mengetahui”

“dan jika doa mu tidak dimakbulkan maka ketahuilah Allah itu telah
menyediakan sesuatu yang lebih baik untuk hambanya. Sesungguhnya Allah itu
maha mengetahui”

dan berdasarkan patukan 2 ayat diatas, aku makin yakin bukan dia yang diciptakan untukku.. mungkin ada yang lebih baik yang Allah pilihkan untuk diri ini.. cukup lah 7 tahun aku menunggu, dan aku amik keputusan berhenti.. berhenti dari mengingati, berhenti dari mencintai, dan berhenti dari jadi stalker dalam diam.. haha…

masih menunggu insan yang akan berkongsi hidup dengan ku.. telah aku sediakan hati aku sepenuhnya untuk insan itu, telah aku jelajah dunia ini hampir setengah dari hidup aku dengan sepi dan telah aku didk hati supaya menanti hari bahgia itu..



p/s: for my future husband:
I’ll travel the world if u gives me the hand,
I’ll be ur support if u promise to love me forever,
I’ll be by ur side if u vowed to protect me,
I’ll pray to be with u forever, either when u sick or healthy, either u rich or poor, once u keep the trust in my heart..
one word that I haven’t say to anyone, I will say it when u take me as ur wife which is
“ I LOVE YOU” (*-~)
Share

Wednesday, June 15, 2011

I fAiL tO lOvE

hi there,
2 entry dalam 1 hari.. wow.. hehe.. actually baru lepas exam jadi ana punya banyak masa untuk menulis entry...
I FAIL TO LOVE...
bukan satu ungkapan baru yang aku jumpa.. dah lama sebenarnya kata-kata ini terngiang dalam benak akal, tapi belum jumpa masa yang sesuai untuk diluahkan.. berbalik pada entry sebelum ini, aku dah pon menginjak usia 25 tahun.. Alhamdulillah.. dikurniaan badan yang sihat, dipermudahkan seribu macam urusan, ditenangkan sedikit hati yang gelisah dan banyak lagi rezeki kurniaan Ilahi yang melingkari diri.. amin..

tapi, satu hal yang bermain di sanubari, bila agaknya dipertemukan jodoh.. disamping ucapan klise dari teman-teman, ramai juga yang mendoakan agar dipercepatkan jodoh.. AMIN.. tetapi jodoh bukanlah suatu benda yang boleh dicari, yang nyata supaya boleh dilihat, JODOH tersirat dalam pelbagai cara dan situasi..
melangkah usia 25 tahun ini sekali lagi membuatkan aku berfikir, alangkah baiknya jika ada yang menemani, disamping keluarga tercinta.. yang setia berdiri disisi, yang tidak letih melayani dan yang menghargai diri ini..

jujurnya, aku letih menanti. Letih menunggu insan itu memahami. Walau berkali diingatkan hati ini, jika lelaki itu tidak akan mengetahui yang cinta untuknya sudah berada bersama ku sejak 7 tahun yang lalu..I FAIL TO LOVE...
Satu nama yang mungkin kekal dihati, yang mungkin tiada pengganti.. dapatkah aku melupai? i wonder who will be my soulmate? dikala usia 25 tahun ini, masih adakah segenap CINTA untuk ku gapai? Masih adakah yang setia menanti? masih adakah ruang untukku bertakhta di hati?
Share

Tuesday, June 14, 2011

HaPpY bIrThDaY tO mE

12 june 2011..

sekali lagi hari lahir tiba.. tapi menginjak usia 25 tahun ini, sepi mengisi ruang di hati.. mana tidaknya, mama dan adik bongsuku menunaikan umrah bermula 8 jun sehingga 18 jun akan datang..
sebelum mama dan adik berangkat.. mereka telah titipkan ucapan selamat sempena hari lahir ku, air mata jatuh juga tatkala nyanyian lagu hari lahir kedengaran di corong telefon.. "terima kasih mama and bby, semoga kalian dipermudahkan ketika menjadi tetamu Allah nanti" balasku separuh terharu.. sebenarnya di hati terselit sedikit kegelisahan memandangkan mereka ke mekkah bersama saudara yang lain.. takut mereka terpaksa berdua pergi menunaikan tawaf dan sa'ei.. ditinggalkan oleh yang lain.. astaghfirullah.. seketika aku bertafakur, berharap agar sepupu ku dapat bersama-sama menjaga mama dan adikku..

memandangkan hari lahir ku jatuh pd hari ahad dan keesokannya kami semua menghadapi final sistem respirasi, aku tidak bercadang untuk keluar bersama-sama teman.. bermula tepat jam 12 malam, alhamdulillah ramai teman-teman di malaysia mahupun indonesia menitipkan ucapan hari lahir.. cukup bermakna dan aku sangat terharu.. mungkin hari lahir ku kali ini, aku bergelumang dengan berbagai past year paper exam question dan nota sepanhjang 2 bulan kuliah respirasi..

Isnin (13 jun 2011),
kami diberitahu exam bermula pada jam 1.. "erm, sempat lagi nak baca".. tepat jam 2 (kebiasaan di indonesia tak pernah on time) kami memulakan peperiksaan. menggigil juga la tangan apabila kertas jawapan mula diedarkan.. dalam hati ku terdetik, walaupun hampir tiap bulan aku mengambil peperiksaan bagi mata kuliah yang berlainan, tapi masih terasa debaran di hati... dilanjutkan dengan membaca soalan.. Alhamdulillah, soalan banyak dari tahun-tahun yang lalu.. sedikit tenang, dan peperiksaan tamat pada jam 3.15 petang. (sebenarnya waktu diperuntukkan adalah 100 soal dalam ms 100 menit.. akan tetapi disingkatkan waktunya)..
selesai ujian, adik ku berencana makan ikan bakar.. erm blh la.. tp rancangan di ubah ke cozy kozy, karebosi atas sebab apa, aku pon kurang pasti.. kami berbelanja sekektika sebelum ke tempat tujuan.. lama jugak la menunggu ( aku sorang je yg tunggu, yg lain sibuk dgn handphone).. rupanya mereka mengadakan kejutan parti hari jadi.. terkejut bila nampak kek dibawa masuk, dan ramai juga lah yg hadir.. teman-teman seperjuangan.. makan dan bercerita dan majlis berakhir jam 7.30 mlm..
teman yang lain bercadang ke MTC, dan aku bersetuju sahaja.. birthday girl kene je la ikut rancangan mereka.. aduh.. dan kami pulang hampir jam 8.30 mlm
rupanya mereka sibuk mencari hadiah untukku di MTC td..

cute bear from kak ida, sweet pink pillow from syasya, sweet pink book from sweet couple;odah and kuchai, sweet pink purse and bracelet from fizah and sweet surprise birthday party from my dear sis;zira.. and last sweet person yg x disangka dtg;awie.
really appreciate it guys.. tiada kata yang dpt diungkapkan.. thanks for the time and memories that we share together.. love u...
Share

Saturday, April 2, 2011

It's Time to Move On by Marcel (Singapore)



Funny how it seemed, I never wished it was you

As years passed by, I grew up to realize that we were impossible

You put me through so many emotions, so many tests

I kept saying "what if" or "what could have been"



It's been years since the first time I felt it calling

And life has been a roller coaster ever since

It's not that you didn't know, or you didn't care

But there was nothing else you could do to make it better



Many times, I prayed you could just disappear into this thin air

I wished you could have walked away forever and never come back

You sounded so concerned about me being even more hurt

And you chose to sacrifice our friendship to save my life



But it was just another empty promise

You said it, you convinced me, and you made me believe

And today you pull me in to the same picture like ever

Trying to get my life to live in a replay



From time to time, I just wished I could put "hate" into my mouth

Or just gather some hatred to erase you from this heart

Could you have been gone since that time

Things would have changed and I would not be writing this now



Leave me once and for all, would you?

Stay away from my life and never called me again

The lost of our friendship would not make much impact on your life

Trust me, losing each other is the best for both of us



Because I hope and I want to wake up one day

Not thinking or even knowing about your existence in this very life
Share

Friday, March 25, 2011

BiNtAnG lAuT aT pOrTuNdO



hi there,

Last week, after 6 weeks kitorang diazabkan dengan UROGENITAL, kitorang amek kesempatan untuk bercuti di PORTUNDO... pantai yang berdekatan dengan universiti aku ni..=) Sesungguhnya blok UROGENITAL nie dikira sangat mengejutkan dan sangat penat (walaupun jadual die ade gak la lubang-lubang, tp free time die tak suit la coz after free ade class balik. dan class sangat la padat 2 minggu pertama dan 4 minggu terakhir dipenuhi dengan CSL and PBL, tak lupa juga untuk PRACTICUM).

nak dijadikan cerita, S/U blok nie sangat la particular dengan kehadiran dan entah dimana silapnya pelajar MALAYSIA ada tak dapat nak amik final exam sebab kehadiran tak cukup 80 % (kata diorang la, kalau ikut kata teman-teman diorang cukup syarat je nak duk exam). apa-apa pun perkara tu masih dalam perbincangan (untuk mengikuti Ujian Akhir Semester pada hujung sem 4 nie. INSYAALLAH di permudahkan.. amin...).
So, berbalik pada tajuk BINTANG LAUT ni, aku diajak oleh teman-teman untuk ke tepi pantai tersebut. Walaupun agak keberatan kerana Indonesia di gegarkan dengan berita gempa bumi dan tsunami 2 minggu sebelum final URO bermula, tapi cuaca pada 2 minggu terakhir tu kembali tenang menyebabkan aku memberi persetujuan untuk menyertai mereka...

Rentetan peristiwa adalah seperti berikut:

0600: bertolak ke PORTUNDO (mengambil masa 2 jam je.. tak jauh pun.. hehe) menaiki Kijang Innova yang disewa..

0820: sampai di destinasi.. lewat 20 minit sbb jalan tak begitu rata..

0845: mendaftar dan diberi sedikit penerangan tentang tempat percutian ini.. PORTUNDO ni sebenarnya tempat peliharaan alam sekitar, so benda kat sini semuanya natural (akan diceritakan lebih lanjut lagi)

0900: sementara tunggu pihak berkenaan menyediakan kamar menginap, kami pun menjelajahi kawasan sekitar ni.. amik gambar laa... apa lagi ye tak.. haha..

1000: kamar telah tersedia, tp dpt asrama je first2 tu sbb kebetulan cuti hujung minggu dan kami tak booked awal2, so dpt tu pun kire ok lah..

1005: simpan barang dan bersedia untuk snorkeling.. aktiviti yang disediakan pihak PORTUNDO. (ni sebab kitorang amek pakej ecosystem laut, so depa bwk la kite tgk laut..=)

1100: naik bot untuk ke tengah laut.. OTW tu takut2 la gak. tp yg best nyer pantai ni xde ombak.. tenang je.. so hilang la rs takut tu sikit2.. and pantai nie x dlm sgt pon..

1115: tiba kat tengah laut. beberapa pekerja untuk membawa kami snorkeling bg la sedikit penerangan tentang kehidupan kat sini dan cara2 nk snorkeling..so antara 7 orang geng aku, cuma 5 org je yg participate this activity, 2 org lagi tlg amik gmbr.. haha

1130: aku dan teman2 lain snorkeling dan menikmati pemandangan batu karang yang blh tahan cantik. eh... ade star fish laa.. tp kt makassar ni dorg panggil BINTANG LAUT.. haa.. da terjawab la kan persoalan ape tu bintang laut.. tapak sulaiman nama proper die.. but then, kat tengah laut nie star fish die wrna biru.. WAH cantiknyer..=)

1230: lama gak laa kitorang bergilir amik port tengok batu karang.. then kene balik sebab time makan da tiba.. oh ye.. lupa nk bg taw td, pakej tu include dengan makan.. so tak risau ar berlapar..=)

1245: 1 lagi aktiviti depa, wajib bagi pengunjung utk menanam pokok apabila dtg ke sini.. ini slh satu dr cara mereka untuk wujudkan kesedaran betapa tanaman itu penting.. dan kami memilih utk menanam pokok bakau.. So, diorang bwk la gi site tanam bakau.. opps bau tanah kat cni x best.. sbb nya pokok bakau kan tanam kat paya.. so bau nyer mcm bau tanah basah laa..=)

1300: HURRAY!!!!! ade bungalow kosong. so kami berpindah tempat menginap ke bungalow tersebut, nama je bungalow tp terbina dari kayu putih dan beratap rumbia.. hehe.. tapi kukuh, jgn risau.. kan cek da habaq td kt cni mementingkan natural feel.. hehe.. letak beg segala bagai dan jengah ler ke toilet.. gulp!!! tandas terbuka!!! biar benar.... haha.. mmg betul, tandas kat cni sengaja dibiarkan terbuka supaya bau2 yg kurang enak menyerap ke sekeliling.. tp ade la dinding yg mmg tinggi utk menghadang pandangan org luar.. tp... KAMI X BIASA LA PAK MANDI X DE TUTP NIE.. hehe..

1400: turun makan tengahari.. sbnrnye mkn kol 1300. tp kami memilih utk solot zuhur dulu dan mandi sebelum makan.. 7 org bergilir utk mandi, mmg la agak lame sedikit.. bese r tu...=p.. hidangan die agak best.. ketam!!!!! wow... sedap jugak la.. mybe sbb lapar kot.. hihi

1530: selepas mkn, teman2 ajak gi berendam.. OK JOM!!!! haha... 5 org je gi kat tepi panati lagi 2 org lepak kat bungalow.. panas lagi kata mereka.. so, aku termasuk dlm golongan yg gi tepi pantau laa of course.. ish2.. nama je umur msuk 25 thun tp mengalahkan adik aku yg 11 tahun bila jumpa laut ni.. LAUT.... LAUT.... hehe

1730: teman yg lagi 2 org tu dtg utk join kami.. makin meriah laa.. tp kaki seorang teman injured ketika cuba pijak diatas batu yg agak licin.. so berehat la kami di tepi pantai.. tp, bkn duk saje2 tau.. kitorg amik bintang laut yg dlm air tu bwk ke darat.. haha.. kejam x kejam nyer.. mcm2 la posisi bintang laut tu kami bergambar.. dijadikan brooch di tudung dan buat simbol 09.. erm blh tgk gmbr kat FB.. ade di upload beberapa gambar ( x dpt upload semua, uploader FB lambat!)

1800: nk tgk SUNSET.. so kami memilih batu yg menjalar ke tengah laut.. smbil duduk2 dan bergambar yg pastinye, aku bg idea yg bernas.. jerit nama si dia yg kita rindu.. haha..so, dak2 ni pon ikut laa ckp kakak yg sorg nie ( opps, lupa lg nk ckp aku yg pling tua dlm group nie..hehe).. bkn ape, belajar medic nie kira tough ape, so time2 gnie je blh la wat mcm2.. so aku amek kesempatan utk menolong mereka hilangkan rindu.. haha.. sorang2 jerit kuat2 nama jejaka dihati.. (oppss time ni pantai xde org so leh la wat keje giler..)

HAHA.. BARU KU TAHU SEMUA ADIK2 TERSAYANG NI ADE JEJAKA PILIHAN MASING2,
DAN APA YG AKU RISAUKAN KESEMUA JEJAKA PILIHAN TU X TAW PON DIORANG BERTAKHTA DI HATI PUTERI2 NIE.. MS SORANG2 JERIT NAMA TU AKU YG PASTINYA BERADA PALING TEPI SEKALI TERSENYUM DLM TANGISAN.. KESIAN ADIK2 AKU NI.. PENDAM CINTA YG BERBUNGA, X DISAMPAIKAN PD ORG YG SEPATUTNYA..
BELAJAR PALING UTAMA..
chewaah...
haha..=)

1830: bergerak balik ke bungalow.. LEGA!! slh seorang bg komen.. mujarab x idea akk? haha.. release ape sikit sebnyk perasaan tu.. =p.. seperti biasa bergilir mandi utk solat asar, maghrib dan utk g makan.. aku dpt giliran last.. haila.. da gatal2 la bdn nie.. tp x pe lah, demi adik2..

2000: kitorg g mkn.. lauk sotong lak mlm nie.. erm sdpnyer.. tp mata da berat.. ADUH penatnyer.. hehe..

2100: pulang ke bungalow.. x sempat citer bnyk, terus tido, nyamuk mmg bnyk tp sorry la pak mosquitoes, kitorg x larat da nk halau kamu.. ade kelambu disediakan dan kami pon bwk lingkaran letrik utk menghalau nyamuk... lena gak la tido smpi kol 0500 pagi esk..

200311:

0500: bergilir mandi and solat subuh.. bapak kat office tu da jnji nk gi bwk tgk sunrise and tgk bintang laut warna oren lak.. so cepat2...

0530: berjalan menyusuri pantai.. damai.. nelayan baru turun ke laut.. kami pon sama turun ke laut.. bapak tu ajak jalan smpi tgh laut.. biar benar?.. rupanya waktu pg air surut.. so, tgh laut tu parat betis aku je.. haha... terkejut tp peluang dtg sekali.. jalan tgh laut mcm jln kt darat je rs.. mesti korg x percaya kan.. tp pasir die lembik, sbb pnuh ngan bintang laut.. adoii susah nyer nk angkat kaki... berjaya gak smpi ke tgh laut.. tgk bintang laut yg lagi besar and warna oren.. wah taksub sebentar.. apa lagi amik gmbr lagi.. kesian bintang laut kene kejut pagi2.. haha

0615: sunrise.. SUBHANALLAH.. mmg cntik... amik port ats batu lagi.. tgk sunrise lagi.. menikmati pagi yg indah.. sejuk.. rs mcm mahu kembali ke tempat ini..

0700: bergerak ke restoran utk sarapan.. nasi goreng.. alhamdulillah kenyang..

0800: pulang ke bungalow utk berkemas dan bersiap.. kami pulang jam 1000 pagi.. percutian yg bermakna utk menghilangkan tekanan di dada dan di minda... refresh la sket.. insyaallah.

1000: check out..

1100: naik kereta utk pulang ke BTP.. selamat tinggal BINTANG LAUT ku.. selamat datang REPRODUCTIVE SYSTEM... semoga semua yang terbaik utk ku.. amin
Share

Wednesday, March 16, 2011

What if - part 1


Masih mencari jawapan, selepas beberapa ketika aku lelah , terbayang kembali ketika hari terakhir aku di kolej. Idham, teman aku mengajak aku keluar bersama.

“malaslah, aku tak pack barang lagi ni. esok pagi mama aku nak datang dah” balasku ketika dia memberitahu usai kami selesai mengikuti final terakhir hari itu.

“jomlah, hari ni last. esok lusa tak tahu dapat jumpa ke tak” gumamnya sedikit mendesak. Selepas berdebat sedikit dengannya seperti biasa aku akan mengalah,

“ OK. lepas Asar la ye. Aku nak mandi and kemas sikit-sikit” jawabku dan dia seperti biasa tersenyum kemenangan.

Dia memilih untuk makan di kedai seafood tepi pantai.

“Macam la kat KL tu tak de kedai seafood” usikku apabila dia mengeluarkan ideanya.

Walhal aku tahu itu kegemarannya. Lantas aku mengikut sahaja. Teman aku yang satu ini jarang mahu beralah. Sambil makan kami mengimbas kembali 3 tahun saat pertama kali kami berjumpa. Aku dan Idham satu kelas, dan setelah hampir tamat satu semester barulah aku tahu namanya. Itu pun disebabkan teman aku itu mahir dalam subjek Fizik dan aku antara yang paling lambat dalam kelas Fizik menyebabkan aku memandang dia macam nak telan apabila pensyarah aku tanya sama ada kami faham atau tidak. Dan dia dengan senang hati mengangguk sedangkan aku menunjukkan muka blurr.

“Biar betul mamat ni.” aku mendengus setiap kali pensyarah bertanya. “macam mana dia faham sedangkan lecturer tu cakap suruh bayangkan? aku tak dapat bayang apa-apa pun.” kataku pada Diana.

Diana merupakan roommate aku di sini. Diana memang tahu aku tidak begitu gemar subjek Fizik lagi-lagi subjek ‘motion’ ni. Suara aku yang sedikit kuat tu menarik perhatian seisi kelas. Dia pun memandang sama lantas senyuman bersalah aku lemparkan pada semua.

“Sorry” tuturku perlahan dan seperti biasa aku dipanggil oleh pensyarah aku untuk mengikuti kelas tambahan di office-nya. “kamu datang ke bilik saya petang nanti” ujarnya sebelum kami keluar untuk mengikuti subjek yang lain.

“kau memang tak pernah suka fizik.” ujarnya tiba-tiba. Lantas kami tersenyum. mungkin masing-masing teringat masa pertama kali aku bercakap dengannya. Aku bukan jenis yang suka menegur semua orang lagi-lagi dengan lelaki. Tapi, assignment yang diberikan oleh lecturer Fizik aku pagi itu memang betul-betul buat aku hampir menjerit. Dia menoleh seperti biasa bila aku merungut tentang soalan yang berjela-jela. Dan untuk menghilangkan tekanan aku mengajak teman sebilik untuk keluar ke pasar malam yang berhampiran dengan university aku. Sewaktu aku beratur untuk menaiki bas yang memang disediakan pihak university, aku ternampak dia didalam bas.

“Penuhlah, terpaksa diri” kata temanku. Aku naik dan kebetulan dia juga berdiri sama kerana memberi beberapa orang pelajar perempuan untuk duduk.

“Dah siap soalan fizik?” tanya dia tiba-tiba. Aku memandang dengan muka tak percaya dan pada masa yang sama aku separuh menjerit “ Jangan cakap kau da siap?!”. Seperti biasa dia tersenyum dan mengangguk. Aku menggeleng perlahan.

“Biar betul la dia ni. Aku buka pun tidak soalan tu tadi”bisikku di dalam hati. “Pinjam boleh?” ujarku perlahan padanya. “Malam nanti aku bagi boleh?” soalnya ramah. Aku mengangguk laju dan hilang semua tekanan dalam jiwa. “terima kasih” ujarku sebelum kami turun dari bas.

Bermula dari saat itu kami mula rapat. Tapi hanya dalam kelas Fizik sahaja. Apabila difikir kembali jahat betul aku. Menggunakan teman untuk melepaskan beban. Tapi aku tidak pernah mendengar dia merungut dan dia sentiasa meminjamkan jawapannya apabila kami diberi assignment tanpa aku memintanya. Enam semester aku berkawan dengannya dan sehingga hari terakhir ini dia masih setia menjadi teman baik ku.

Prang!! . Bunyi kaca pecah menyedarkan aku. Lamanya aku berangan apabila mata menoleh jam didinding. “Assignment banyak lagi tak siap” keluh aku didalam hati seraya melangkah kaki ke dapur untuk menolong teman serumah aku membersihkan pinggan yang pecah. “sorry” ujar fara kepada kami. “no hal la beb” kami menjawab serentak. Fara, Ana, Nor, dan Hana merupakan teman perjuangan aku di rantau orang ini. Teman berkongsi kejayaaan dan kesedihan. Aku menyambung Ijazah perubatan di luar Negara selepas tamat diploma dulu. Kini, sudah hampir 2 tahun aku ditemani teman-teman yang baru. Melewati hari-hari sukar di sini.

Usai solat Isyak berjemaah, aku duduk lagi dihadapan ‘laptop’ untuk meneruskan kerja yang terbengkalai. Ingatan kembali lagi kepada si dia. Aduh! teman ku yang satu itu. “kenapa hari ni asyik ingat dia je” tuturku sendiri. Mungkin sudah 2 tahun aku tidak tahu khabarnya lantas aku mula merindui zaman dulu. “tidak” jerit hatiku. “Sebab hari ini kau harus menyiapkan assignment fizik yang diberi oleh Doktor dikuliah pagi tadi. “ protes hatiku. Aku tersenyum hambar pagi tadi apabila mendapat tahu subjek Biomedic merangkum sub-subjek Biology, Fizik dan Kimia. Aduhai, malangnya nasib aku.

Share
 
Copyright 2009 pinkyellow. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
This template is brought to you by :AllBlogTools.com All Blog Tools.com
Blogger Showcase