Monday, July 1, 2013

Rahsia Allah siapa yang tahu..


Assalamualaikum WBT..

Bertemu sekali lagi dalam nukilan hati.. Dalam 2 minggu menyelesaikan proses-proses wisuda, akhirnya berakhir tanpa cacat cela majlis graduasi pada tanggal 24 Jun 2013.. Penat dan letih tidak terhingga, kerana jadwal agak padat untuk menyelesaikan beberapa perkara.
with my sis, of coz :)
Alhamdulillah diucapkan, syukur ke hadrat Ilahi atas rezeki yang dilimpahkan pada Syaaban tahun ini.. Selain bertambah setahun lagi usia, dihadiahkan dengan hadiah yang sangat bermakna dalam lipatan sejarah hidup ini.. Bertambah satu kegembiraan, pastinya terselit sedikit kekecewaan. Didalam kegirangan yang dikecapi, tersembunyi duka.. Namun badai pasti datang dan pergi, mengukir memori di lubuk hati.

purple nyer... :)

Sehari selepas yudisium (18/6/2013), panggilan dari nombor yg sangat dikenali tentera di telefon genggam.. ya, panggilan dari “dia”, suara lembut seperti selalu menjengah corong telinga, bertanya khabar sebelum membuka bicara. Kerana terakhir kali mendengar suara tatkala lebaran tahun lalu sewaktu pulang ke Malaysia beraya.

‘Dia’ memberi khabar gembira, bahawa telah bernikah pada akhir Mei dan resepsi di rumahnya pada tanggal 1 Jun 2013. Mungkin baru mempunyai kekuatan bicara, maka agak telat menitipkan berita makanya dia meminta maaf, tapi aku yang menerima berita pantas mengucapkan syukur dan bertanya serba sedikit mengenai orang baru dalam hidup dia. Bertunang 2 bulan katanya lantas mendirikan rumah tangga. Ketika hampir tidak terkeluar suara dari kerongkong, sempat aku bertanya tentang kerja dia. Dengan nada tenang, dia menjawab masih di johor bahru sambil mengusik aku yang kononnya dia menunggu, ditelefon tidak angkat, di SMS tidak berbalas, itulah puncanya dia beralih hati. Tergelak dengan usikan itu, lantas aku menjawab, ‘bukan jodoh kita, tunggu lama pun, pasti tidak bersama’. Dan dari corong telefon, terdengar suara dia menarik nafas tenang. Mungkin kerana aku setenang yang dia harapkan apabila memberi berita. Alhamdulillah, hati dapat dikawal, suara juga begitu, supaya tidak ada nada sedih tatkala kami bicara.

Sayu hati usai panggilan berakhir, ya itu mungkin panggilan terakhir dari dia setelah 9 tahun mengenali, menyelam hati, bertukar rasa, beradu pendapat, dan memahami diri masing-masing. Jodoh tidak ada, kalau ditunggu pasti juga tidak bersama. Salah siapa? Haha.. kerana aku terlalu mempercayai dia, maka aku tak pernah terbayang dia menduakan kasih ketika kami belum sampai setahun bercinta. Dan kerana terlalu berhati-hati selepas hubungan dilanjutkan, maka aku tidak terlalu memperhatikan. Di tambah, aku mengenali dia waktu aku di matrikulasi di tangkak, kemudian aku melanjutkan pelajaran ke universiti di jengka, Pahang. Masa banyak dihabiskan mencari pelajaran maka kami jarang bertemu. Dan aku meyambung lagi ke Indonesia. Dalam temph 9 tahun itu, mungkin Cuma  4 kali kami bertemu, dan kali terakhir bertemu 5 tahun yang lalu, yang lain hanya di telefon. Sapa yang tak bosan, ye x? hehe..

Dan ketika lebaran tahun-tahun lalu (lepas aku dtg indo, hanya bertukar khabar ketika aku pulang ke Malaysia), dia masih menitipkan kata ‘sayang masih dihati abang’ haha.. dan yang pastinya aku menjawab dengan tidak yakin. Tetapi untuk dia yang selamanya tidak akan tahu. Untuk mendengar ayat itu, separuh dari hati ini, mengucap syukur dan terima kasih untuk menunggu. Menunggu sehingga aku menyelesaikan pelajaran. Kerana jurang kami berbeda, maka aku galakkan dia menaik taraf diri sendiri sehingga saat aku habis belajar nanti. Bukan aku tak cinta dan bukan aku tak sudi, tapi hidup bukan terdiri dengan hanya cinta, tapi tiangnya haruslah keuangan yang kukuh. Ekonomi dizaman ini sangat tinggi sehingga kalau memulakan hidup tanpa perancangan, aku takut jatuh dilanda badai. Dan untuk menunggu selama 9 tahun, hati ini sebenarnya ingin mengucapkan kata-kata yang lebih dari hanya terima kasih. Berkenalan pada usia muda, aku dan dia menghabiskan masa tanpa mencari yang lain.
turn to 27 but my mom said, mcm kepala otak budak agi.. no la ma... im adult now.. yehaa!!!
Tidak bermakna, tidak membalas mesej, bahawa aku sudah ada yang lain disini, tapi sebab aku masih percayakan kata-katanya bahawa aku yang terakhir untuk dia, dia tidak akan cari yang lain, malah pernah berjanji tidak akan kahwin kalau pengantinnya bukan aku. Namun jodoh adalah rahsia Allah, siapa dia dan siapa aku untuk menidakkannya. Bagaimana mahu dikatakan, tidak sedih dan tidak marah, jauh sekali aku merasa kecewa Cuma mungkin terkilan? Ya mungkin terkilan. Kerana kehilangan teman yang pertama bertakhta di hati.

“ Untuk dia yang menunggu selama 9 tahun, aku kirimkan ucapan terima kasih. “

“ Untuk dia yang tidak jemu, aku ucapkan terima kasih”

“ Untuk dia yang berani propose aku 9 tahun yang lalu, aku ucapkan terima kasih”

“ Untuk dia yang selalu mengambil berat, aku ucapkan terima kasih”

“ Untuk dia yang pernah bertakhta dihati, aku sampaikan di angin lalu, semoga berbahgia hendaknya”

 

Nangis? Tidaklah, an iron girl needs an iron man. Hehe. Tabah seperti selalu, moga sentiasa tabah dimasa depan. Amin. Tapi rahsia hati, siapa yang tahu? Moga Allah temukan dengan orang yang benar kali ini. Kita akan dipertemukan dengan orang yang salah sebelum ditemukan dengan orang yang benar untuk kita.

Melalui hari dengan tenang. Tanggal 21 juni, penyumpahan dokter dan diikuti  tanggal 24 Juni , wisuda aku. Nak sedih macam mana di hari bahagia ye tak?

“hidup itu umpama roda, berputar terus, tapi aku memilih masa depan, maka tidak harus ditangisi masa lalu”

Wassalam J


during my penyumpahan day :)
 

 

 


Share

Tuesday, June 18, 2013

dr. muda Nor farhana bt Omar, S. Ked.(wisuda periode Juni, 2013)

teman seagkatan.. go 2009 :)


Alhamdulillah, syukur dipanjat ke hadrat Ilahi.. semalam 17 Juni 2013, telah dilakukan upacara yudisium jam 8 pagi.. apa benda yudisium ni? dalam erti kata pasti I pon x tahu.. hehe.. tp, bahasa kasar Nye, blh da ikut clinical year pulak..

sangkut 1 paper drag die hampir setahun.. tp mungkin ade hikmahnye, semoga lancar dan dipermudahkan lah utk 2 tahun kedepan.. Amin ya rabb..

seramai lebih dari 50 orang yg dianugerahkan sarjana kedokteran (s. ked) semalam dan rata-rata terdiri dr angkatan aku inter dan regular.. masalah yg sama.. 1 paper that make u hard to breath.. tp apabila sarung white coat tu smlm, semua senyum lebar, dgn dialek mereka, akhirnya tamat.. muskulo ini benar-benar.. dan kami yg lain tersenyum tanda memahami maksud si teman td..

mana tidaknya, dgn jumlah yg ramai fail mata kuliah tersebut tatkala resultnye ditahan hampir setahun. dan apabila mengulang buat pertama kali, ternyata nisbah yg lulus diluar jangkaan. kenapa? 7 org saja yg lulus diantara 50 lebih yg mendaftar ulang subject ini.. dan berikutnye diharuskan mengambil kelas panjang, dan terlepas wisuda periode maret kerana kuliah bermula pada akhir maret dan berakhir pada 12 april. dan angin kuat terus membantai kami, dgn undang-undang dr fakultas harus mengikut osce (clinical skill) yg waktu itu dijadwalkan pada awal july, dalam hati kecewa x blh di hitung,andai wajib ikut osce makanye, wisuda juni juga harus dilepaskan..

di atas kerjasama teman-teman yg lain, mereka berusaha meminta pelepasan dan percepatan nilai, akhirnya tanggal 13 mei, sudah ade ura-ura tidak perlu ikut osce bg yg sudah lulus sebelumnya.. Alhamdulillah.. dan dijanjikan tanggal 21 mei akan di cepatkan result ujian musculo.. dan tepat seperti yg dijanji, 21 mei merupakan detik yg aku kire sgt bermakna.. result keluar dan Alhamdulillah lulus dgn jayanya. percaturan Ilahi.. dan bermula saat menguruskan proses utk wisuda..

masukkan berkas (fail yg ade document berkenaan utk graduate), tempah white coat, beli toga (jubah graduate), cari kasut, usha baju (usha je, x beli pon).. hehe.. dan Alhamdulillah, semalam, berakhir 1 fase (wisuda kat sini ade 3 phase) iaitu yudisium, dan tanggal 21 juni merupakan proses penyumpahan, tanggal 24 juni proses wisuda..

apa yg best dgn menda ni? xde ape pon melainkan gelaran dokter muda dan sarjana kedokteran tu, tp tatkala disebut nama hang and ditambah belakang dgn s.ked, kat mata I da terbayang tanggungjawab yg bakal dipikul, terasa berat bahu, tp selagi x habes mcm mne nk balik mlysia.. hehe.. apepon kene lalui.. dan semoga semuanya selamat.. tahniah musculoskeletalist.. :)

afgan, hadiah birthday from su and ekin.. hehe,, tq~
Share

Wednesday, June 12, 2013

Rezeki di bulan Jun



Assalamualaikum WBT,

Lama menyepi dari blog.. erm, hati kembali tenang untuk menulis.. berkongsi rasa, berkongsi cerita.. Apa khabar diri mu disana? J

JUN datang lagi pada 2013 ini.. Alhamdulillah.. hadiah hari lahir dari universitas, akhirnya dapat juga melangkah ke satu fasa yang baru. Lama menanti dan akhirnya membuahkan hasil. Cuma rasa syukur mampu diluahkan tatkala menerima no pin untuk pendaftaran graduasi.. Alhamdulillah, rezeki bulan JUN 2013..
new look :)
 
27 tahun.. Pada usia begini mungkin teman-teman sudah hidup berkeluarga, mungkin sudah di puncak kerjaya. Menikmati ranumnya hasil dari segala usaha. Alhamdulillah.. dan untuk aku? Masih berlari mencari masa hadapan, masih bertukus lumus mengejar impian, masih belum berani mencipta mimpi dan masih disini menanti.
hadiah dr teman.. tq kak ida and fizah :)
 
2 tahun melewati usia Jubli perak, bukanlah suatu perkara yang mudah. Kadang tersungkur dalam keghairahan manusia, bangkit lagi mencari identity diri, tersungkur lagi dalam pergelutan duniawi, merangkak mencari redha Ilahi, menyusur hari-hari yang tidak berubah polanya, kurang menarik dari sudut pandangan mata yang hampir mencecah usia 30 an ini.

Mungkin terlalu penat melewati siang dan malam, tidak ghairah sewaktu usia muda dulu, mampu tersenyum saat teman berseloka. Menikmati hidup sekadarnya. Alangkah rugi bila mengenang masa ini berlalu tanpa jejak, tanpa memori, tanpa kenangan. Tetapi apakan daya, tidak semua kenangan bisa dilukis pada kertas kanvas. Tidak semua cerita dapat ditutur ibarat menyanyi. Tidak semua rahsia dapat diolah menjadi ceritera. Kadang, memori yang dipendam di suatu sudut hati perlu di hapus selamanya.

Merasa memerlukan dan diperlukan, perlu berkongsi hati, berkongsi rasa, bohong kalau tidak pernah terdetik, tetapi takdir menentukan sebaliknya. Siapa diri ini untuk mendustakan qada’ dan qadarNya. Tidak terlalu buruk bersendiri pada usia ini, dikala teman memimpin tangan anak kecil, melayani karenah si manja, aku menjamu mata sambil tangan memegang kantong belanja, di kala teman mendengar tangisan bayi, aku disisir lembut lagu-lagu kegemaran dari corong headphone, dikala teman berhambat meyediakan santapan keluarga, aku goyang kaki sambil menunggu delivery.. hehe..

Tetapi, pada sudut pandangan teman, mungkin aku dikalangan yang rugi. Ketika teman sibuk membesarkan anak, membesarkan keluarga, mungkin di mata mereka, aku masih suka berpoya, masih gadis biasa, belum punya harta, tidak juga punya rasa. Dan selepas ini, melewati usia sendiri mungkin tidak sukar buat aku..

Aku belum punya kekuatan memegang tugas isteri, belum mempunyai bayangan memikul tanggung jawab ibu, Cuma rasa untuk mencintai dan dicintai, tetapi bukan 24 jam di depan mata.. Cuma tiba saat hati terasa sepi, merasakan perlunya seseorang disisi, memerlukan seseorang untuk berkongsi.. Dan dikala ini, Cuma terbayang seseorang di mata, DIA.. yang tidak mampu kuucapkan namanya..

Menjelang pertengahan 2014, genap sedekad aku mencintai dia, genap sedekad aku menunggu dia,genap sedekad dia berada dalam memori. Begitu lama dia di hati, sedar tidak sedar, rupanya aku juga mampu mencintai selama itu, sedang di bibir, selalu aku canang, aku ini orang nya mudah bosan.. tetapi hakikat kadang tidak sama dengan reality.. 

Dan untuk tahun ini, aku berdoa semoga perjalanan menuntut ilmu berjalan lancar, berharap semoga diberi kesihatan akal,hati dan badan, berdoa agar keluarga dibawah lindung rahmatnya, dan berharap dipertemukan pemilik hati ini. Bukan untuk cepat dijodohkan, tetapi utk saat ini, dekat sebagai teman,di cinta sebagai isteri, di manja sebagai kekasih. Hadiah hari lahir buat diri sendiri:

“mula jelas dengan permintaan sang hati, dan tahniah kerana bergelar dr. muda Nor Farhana bt Omar, S.Ked”

HAPPY BIRTHDAY TO ME (12 JUNE 2013)

Wassalam. Ketemu dilain entry.

from my sis :) love u..
Share

Sunday, March 17, 2013

Kejayaan datang dari kegagalan


Kejayaan datang dari Kegagalan

Assalamualaikum.. aku kembali lagi setelah beberapa waktu menyepi.. punya idea untuk menulis tapi tidak punya kekuatan untuk melahirkan rasa buat tatapan diri sendiri..  Sebentar saja kekuatan datang setelah sepi tiba-tiba menjengah hati.

Kejayaan datang dari Kegagalan.. pasti ramai yang membenarkan petikan kata ini.. Setelah kecewa beberapa kali kerana tidak dapat bersama-sama teman-teman yang lain mengikuti  Yudisium (sumpah dokter) dan Wisuda (graduation), akibat tertunda 2 mata kuliah, immunology system yang Berjaya diselesaikan menjelang kuliah pendek November lepas dan Musculoskeletal yang tertunda sekali lagi dan sekarang masih mengikuti kuliah bagi mata pelajaran ini, yang berlangsung hampir 5 minggu bermula 11 march yang lalu dan Insyaallah berakhir pada 12 April akan datang..

Dalam tempoh hampir 8 bulan aku bolak balik menguruskan mata kuliah tertunda, batch pertama yang wisuda pada September tahun lepas hampir menyelesaikan tingkat pertama siklus co-ass.. Kerana 1 markah, aku tertunda hampir setahun lamanya dari teman-teman yang lain. Dan besok, 18 March 2013, bakal menjadi batch ketiga yang yudisium meninggalkan 4 orang student Malaysia termasuk aku.. Tetapi, 3 lagi teman senasib bukanlah kerana gagal, tetapi atas sebab yang sempurna melewatkan kuliah satu semester dan mereka mengulang atas sebab yang sempurna manakala aku berdiri sendiri atas sebab 1 markah untuk lulus.

Penat mendidik hati supaya redha atas segalanya, tetapi mungkin masih tertinggal saki baki air mata yang mendap bersama perasaan yang hancur waktu lalu, menyebabkan aku sedih ketika teman datang berkunjung mengumumkan penantian mereka telah berakhir.. Seperti biasa, dengan senyuman aku mengucapkan tahniah, lalu selesai tamu pulang, aku menitipkan ucapan melalui facebook dan sms pada teman seangkatan yang sudah Berjaya melangkau pada satu fasa baru.. Alhamdulillah, sinar mengunjungi mereka terlebih dahulu, melewatkan aku yang masih tergapai-gapai..

Bibir mengukir senyuman, air mata bertubir, hati yang dalam mengucap syukur atas rezeki Allah pada mereka, tetapi hati yang atas terkilan kerana aku terlewat lagi.. terlewat untuk mengharungi fasa berikutnya bersama-sama.. Tetapi apakan daya, kuliah aku merupakan blok kedua pada semester ini, manakala kuliah mereka bermula sejak februari lagi.. Dan mereka berjuang dengan segenap usaha dan akhirnya diberikan rezeki oleh Allah pada bulan ini..

Kejayaan datang dari Kegagalan.. setelah mengharungi onak ranjau dan ragam khalayak di fakulti, mereka Berjaya menempatkan diri dalam sesi wisuda bulan march ini.. kalau nak dicerita bagaimana nasib teman2 ini, boleh buat kita terduduk sejenak memikirkan betapa putaran nasib itu kadang-kadang tidak sama..membuat kita bertafakur tentang hebatnya percaturan Ilahi terhadap manusia.. Boleh menjadikan aku kagum dengan ketabahan hati teman-teman yang lain..

Dari semalam mengait kelapa,

Kelapa dikait hingga ke pagi,

Saya yang jauh jangan dilupa,

Ada rezeki bersama lagi

 
Sarung sutera hasil tenunan,

Sutera dipakai cantik bergaya,

Masih lama meniti perjalanan,

Moga usaha akan Berjaya

 
Kain sarung kain lama,

Dihantar ke kota dengan perahu,

Niat dihati mahu bersama,

Kuasa Allah siapa yang tahu

 
Saya meneruskan perjalanan dan mereka juga berlumba menghabiskan.. Moga ada manfaatnya walau masih lama lagi meniti perjalanan.. segulung tahniah buat mereka “teman-teman yang tidak jemu menemani” “buat mereka juga yang tidak jemu menitipkan semangat” “buat mereka yang melihat tanpa suara” “buat mereka yang sudah lupa” “dan buat mereka yang masih berjuang”

Semoga bertemu di lain kalam, Alhamdulillah, Hati mula tabah kembali seiring berakhirnya luahan rasa.. rasa ini untuk anda kongsi, untuk anda fahami, untuk anda mengerti… bukan senang untuk menjadi luar biasa kerana yang Berjaya itu ramai tapi yang kekal itu bukan semua.. mereka yang kekal Berjaya adalah mereka yang pernah gagal dan mampu berdiri kembali.. kerana dia tahu erti kegagalan dan mengecapi manisnya kejayaan.. jadi walau sedikit keberhasilan, dia masih mampu mengorak senyum dan meneruskan perjalanan.. kerana bagi dia Kejayaan Datang dari Kegagalan.. wassalam..
Share

Sunday, March 11, 2012

Mr. Right?

Salam.. Hi there.. akhirnya tertarik menulis lagi rasa hati setelah beberapa kali tertangguh dek berkejar dengan masa.. hee..so, how’s ur life? hurm, naik cuti da hampir 2 bulan, ingat time cuti hari tu nak tulis banyak-banyak and then upload at least 1 post every week.. tapi apakan daya, hasrat x sampai.. banyak benda nak wat masa kat rumah, dan akhirnya Berjaya gak i wat entry baru hari ni.. Pasal apa hari ini? how to know your soul mate is him? yup, mcm mane nk taw yang die betul-betul soul mate kita.

oh sebelum tu, I nak gossip sikit pasal new actor (actually da lama kot, cume I yg baru.. sowy).. NAZIM OTHMAN.. haa.. u all pernah dengar tak nama ni? I kenal dia melalui “ cinta kasar dan lembut”.. my friends download cerita tu, and I pon tengok la.. tiba-tiba “eh!, ade mamat hensem laa”.. apalagi terus google la nama dia.. fulamak memang boleh tahan rupa.. no wonder dia boleh jadi model and bekas steward.. (tnx mr. google for the info).. ok, bkn tinggalkan korea ok, but I mula tau “oh! ade lagi lelaki hensem di Malaysia..” Antara ramai-ramai la hero yang keluar di TV, I tak minat sangat la dengan hero Malaya semua tu.. but then, yes I’ve fallen for him.. alaa u all mesti tau kan taste I macam mane.. hurmm, maybe cerita dia yang first I tgk tu, gune OST MY GIRL kowt, yang wat kan I teruja nak tau siapa dia.. so kalau ade sape-sape yang tak kenal dia lagi, boleh la mintak tolong mr google carikan yer… J

Berbalik pada entry nie, korang yang mana da kawen ni, boleh tak kongsi sikit, macam mana korang tau yang pasangan korang tu memang JODOH YANG DATANG DARI ALLAH ( hehe, copy ayat SYURGA CINTA)? meh la kongsi.. sharing is caring.. I wonder how they know that their partner is the MR. RIGHT.. pikir punye pikir, tak dapat gak jawapan nya.. ye la, kalau ikut history I ni, pernah gak la bercinta 2 3 kali.. tu belum masuk lagi, main-main hati, last2 I ke tempat lain, dia ke tempat lain.. oh tak kira lagi dengan cinta tipu.. kalau campur semua cinta-cinta tu, boleh la kot buat e-novel.. haha.. tapi sepanjang I bercinta dulu, tak pernah betul-betul rasa yang dialah orangnya.. kenapa ya?

opps, teringat lak waktu first yang I tau I’m in love.. tak boleh reveal his name atas sebab-sebab tertentu.. masa tu I baru 14 tahun.. tp I taw yg I jatuh cinta ngan dia waktu umur i 18 tahun.. so, boleh la di kira time 14 years old tu cinta yang suci lagi menyucikan.. tak de fikir hensem ke tak, takde tengok kaya ke tak, tak heran education mcm mane, family die ok ke tak,.. tau2 I da suke kat die.. ye la tiap-tiap hari jumpa, dari tak rapat pun jadi kenal sangat.. and that time, I learn how to cooked, sebab dia request nak rasa I masak sayur.. bila dia jamah sayur yg I masak tu, die puji sakan la.. ye la, time tu dia da abis SPM da.. I ni kecik lagi.. so, dia treat I mcm lyn adik dia laa.. tapi, tak reveal la sampai sekarang, atas sebab-sebab tertentu gak (haa, sory guys memang tak boleh reveal.. kang kecoh lak seantero keluarga, sebab semua family kenal.. haha).. tapi tak pe, tu kisah lampau.. Now, dia pun da jadi Mr. engineer, family background pun perfect.. education pun ok.. gaji main puluh ribu je yang I dengar dari sumber yang boleh dipercayai.. and he is married.. Alhamdulillah.. da ada anak da pun.. bila sesekali terjumpa tu, I Nampak mata dia pandang i.. tau dalam hati dia nak cakap apa… tapi, he too mesti tak nak percaya yang dia juga cintakan i.. eh..eh, macam mana I tau ni? haha.. sebab last day yang nk berpisah tu, dia ada cakap something.. yang kalau I reveal kat sini, he will know that I love him too.. haha..

so, macam mana nak kenal ur mr. right? setelah pencarian demi pencarian, akhirnya I mengalah.. biarlah, kan jodoh tu milik Allah, kalau betul dia ada untuk kita, akan dipertemukan suatu hari nanti, tapi bila call my mum, die terus tempelak “memanglah, tapi kene la usaha, tak kan nak tunggu datang bergolek” aduh, kene sebijik.. tapi lepas tengok drama hero Malaya yang I minat tu berlakon dalam di hujung mihrab, 1 ayat dia yang watkan I semakin dekat pada pencipta.. Alhamdulillah.. “apa maknanya cinta pada insan, sekiranya cinta pada Khaliq-Nya belum tercipta.. ye betul, cintakan Allah yang paling utama… sebab hanya cinta itu yang akan kekal sampai bila-bila.. dan bila di renung kembali, I’ve found my self.. what I want.. and what I should do.. dan andai kata I mati dalam tempoh pencarian cinta ini, maknanya I menang dalam pencarian cinta Ilahi walau gagal dalam mencari cinta insani.. insyaAllah..

how to find ur mr. right? petik skrip SYURGA CINTA..

“ cinta itu akan datang dalam 3 macam:

1) cinta dari syaitan yang bilamana terselit maksiat antara pasangan, tak kira la kecil ke besar ke..

2) cinta dari jin dimana salah satu pihak menggunakan khidmat bomoh supaya pihak satu lagi menerima cinta.

3) cinta dari Allah, iaitu apabila, dua orang ini bertemu, dan satu pihak menghantar pinangan ke rumah, dan pihak yang lagi satu terus menerima, inilah yang dikatakan SYURGA CINTA..”

haa, fahami baik-baik quote di atas.. maka pikirlah balik, betul ke pasangan anda sekarang adalah yang betul-betul datang dari pencipta kita semua..

“cinta saya hanyalah untuk orang yang ikhlas mengenali saya, bukan untuk dipersendakan”

secara jujur, selama ini, cinta I dipersendakan.. kenapa I cakap macam tu? sebab,

1)ada yang tinggalkan I setelah hampir 8 tahun bercinta.. dia ni sempat amik doa biar I lekat kat dia, tapi mujurlah akhirnya dia pergi sendiri..

2)ada yang jatuh cinta dengan I dengan syarat yang dia tak kan kasihkan I sama macam dia kasih and cintakan kekasih pertama dia dan akhirnya berpisah setelah 6 bulan sebab awek lama die dtg balik. tak tau apa jadi kat mamat ni, terus lost contact.. memang syg sgt ngan awek dia tu.. J

3)ada yang nak rahsiakan percintaan kami, dan pabila ada orang tau, he left me without words.. itupun setelah hampir 2 tahun menjalin kasih..inipun sebab die suke kat kwn die.. die bg taw I, dorg cume kwn tp I rasa die da hati sebab I tau kawan die ade hati ngan die

4)ada juga yang dalam kategori tunangan orang, tapi masih cakap dia cintakan I sampai I dapat tau sendiri rahsia dia. da selamat kahwin and ada anak da pun this guy ni..

5)ada juga yang terus terang cakap dia da jadi suami orang, anak da tiga da pun, tapi masih nak hantar pinangan ke rumah atas sebab die mampu.. yes, pengarah besar memang mampu, Cuma I je yang tak mampu nk patahkan hati family dia.. Tends to be, die ni play boy, biasa la, orang kaya dik.. J

6)ada gak yang minta I pikir untuk terima cinta dia, sebab family dia da pilihkan calon and he want the decision as soon as possible.. masa tu tak boleh la sir, I belajar lagi.. hehe.. cane nak terima, dan Alhamdulillah da ada sorang anak da pon dengan pilihan mak dia.. dia ni lecturer kat tempat I belajar.

7)ada gak status tergantung, yang I ada hati kat dia dari dulu sampai la sekarang.. Cuma mata dia tak Nampak i.. asik Nampak yang pakai skirt pendek je.. haha..

8)ada gak dua orang sahabat baik jatuh cinta kat I, dan atas dasar sahabat gak I tolak cinta dari dorang.. oh nak gaduh sebab I ke? no way man.. sahabat lagi penting dari cinta.. salah sorang jadi ustaz.. alhamdulillah.. tapi yang sorang tu masih menaruh hati, and nak datang masuk meminang, nasib I da cabut ke seberang.. kalau tak 2 sahabat akan bersengketa sebab i.. ecehh..

9)ada gak yang suka kat I, tapi atas sebab kawan I suka kat dia, I tarik diri.. dan sekarang dia pon da nk kawen da.. bkn dengan kawan I, tp dengan orang lain.. dunia..dunia..

pendek kata semua tu bukan jodoh. macam mana pun tak kan sampai ke jinjang pelamin la.. haha.. so, klu tengok scene kat atas tu, mesti da taw or da boleh bezakan mane jodoh yang datang dari anasir merbahaya atau yang datang dari Allah. eh tapi bila renung-renung balik, banyak juga la citer zaman dulu tapi sekarang satu habuk pun tak lekat.. haha

belum jodoh ye tak.. ok korang macam mana? ada scene yg sama dengan I ke? haha.. fikir-fikirkan dan selamat beramal.. petik ayat dari teman di laman social;

“ aku nasihat bukan kerana aku cukup sempurna, tapi aku rasa aku bertanggungjawab untuk berkongsi kearah kebaikan.. andaikata nak tunggu yang sempurna maka, akan semakin sedikitlah orang di dunia untuk menasihati kita yang lalai..”

Mungkin aku da terlambat untuk memburu cinta Ilahi, tapi masih sempat untuk memulakan pencarian cinta yang suci ini.. surat cinta dari Ilahi yang nyata membuatkan aku mencari keredhaan-Nya.. peringatan dan cara hidup dari kekasih Allah yang menjadi peneman sehari-hari..

Last words people:

“APALAH MAKNANYA CINTA PADA INSAN SEKIRANYA CINTA PADA KHALIQ-NYA BELUM LAGI TERCIPTA”

See u in the next entry.. Wassalam.. J

Share

Tuesday, January 10, 2012

AKU WARGA KEMA FK UNHAS

Hi there.. seperti yang dijanjikan beberapa minggu yang lalu nak wat entry pasal orientasi atau dlm bahasa lainnya “pengkaderan”, akhirnya terlaksana juga sebelum pulang bercuti selama hampir 1 bulan di Malaysia. tanggal 30 september if I am not mistaken, kami membuat keputusan utk mengikuti proses orientation yang tertangguh hampir 3 tahun lamanya. Kenapa da nk S.Ked (sarjana kedokteran) baru nak amik orientasi? haha.. akan terjawab dalam perenggan-perenggan berikutnya..

September 2009.

Baru sebulan di Makassar, dikejutkan dengan berita kami harus mengikuti proses orientasi selama hampir 2 bulan lebih lamanya.. mesti anda pelik kan? biasa klu kat tempat kita, orientasi sebelum kuliah di mulai, ni apehal lak da mula kuliah baru nk orientasi, lepas tu 2 bulan lak tu.. haha.. itu lah hakikat yg kami harus akui apabila bergelar mahasiswa kedokteran UNHAS. Pengkaderan ini ada jam credit nya, yang bilamana kite tak ikut proses die, kite tak boleh grad utk masuk Co-as(close up) atau clinical year.. Walaupun 1 jam credit (1 sks) tp bila menentukan soal graduasi pasti hati ini amat risau. Jadi mau tak mau, kami mulai proses Pre-solmate.. berlangsung hampir 2 minggu lamanya.. proses soulmate ni kami kire sgt melelahkan dan juga menakutkan. hurmm.. tiap-tiap masa terluang senior akan masuk kelas kami dan marah-marah.. menengking entah sebab apa.. banyak la hal terjadi sehingga salah satu dari Malaysian student kene baling dengan pen, dan dicaci dengan kata-kata agak menyakitkan hati, menyebabkan kami mengadakan ‘rapat’(meeting) batch tergempar selesai kuliah jam 5 pm.. Dan oleh kerana benda yang berlaku tu it’s over than we expected, atas langkah-langkah keselamatan kami menarik diri.. 1 batch( all 2009 malaysian student tak ikut pengkaderan).Bila kata tak ikut, makanya we gain back our lives.. oopss lupe nk ckp, proses ni berjalan ujung minggu (sabtu dan ahad) tapi terlalu banyak kerja yang agak tak berfaedah (pendapat sy secara individu) yang harus dilakukan sehingga teman-teman Indonesia yang seangkatan lebih mementingkan kerja orientasi dari kerja kuliah.. itulah yang berlaku.. Hasil dari orientasi ada lulus dan gagal, jika gagal harus dimulai dari tahap yg gagal dan pengkaderan ini ada 3 peringkat iaitu SOLMATE (sosialisai almamater), MPMB (masa pembinaan mahasiswa baru) , dan terakhir LK 1(latihan kader 1). Untuk setiap peringkat tu ada pra nye.. contah pre solmate.. Maka tertunda la proses orientasi ini utk pertama kali dlm sejarah mahasiswa Malaysia di UNHAS dan yang pasti rmi la senior-senior (even doctor kat cni pun senior kami ye) marah sebab kami tak ikut pengkaderan..

OKTOBER 2010.

Sekali lagi isu pengkaderan timbul setelah hampir setahun menyepi. dan seperti biasa meeting batch dilakukan utk capai keputusan sepakat nak pergi atau tidak pengkaderan ni. Dan setelah banyak argument2 dilakukan

OPPSS CELAH JAP.. HAHA.. MASA TULIS NI I DGR LAGU, TIBE-TIBE LAGU TRAP(NO MIN WOO) NI MAIN.. HAHA.. HATI TGH MARAH I TERUS SENYUM.. SARANGAE OPPA.. HAHAJ

ok sambung balik.. maaf ye.. dan setelah banyak argument atau pendapat dikeluarkan, dan samai tgh malam bincang akhirnya sepakat 1 batch ikut orientasi (sebab nk tak nak kene lulus bende ni). tp sebab kami agak senior da (masa tu second year), jadi ada sikit kelapangan iaitu kami tak yah ikut proses pre solmate.. hurray.. jadi tibe hari yang yg ditetapkan (sabtu ) kami harus dtg ut proses solmate.. tp jumaat mlm tu punyer la bnyk keje yg die bg.. nmpk simple sbb die suh wat assignment tentang sejarah solmate, sape ajk-ajk orientasi tahun tu.. senangkan? tapi benda ni harus DIKETIK!!!!!! iaitu gune typewriter.. mane typewriter nak carik kt tmpt org ni? klu kat umah aku ada lah benda tu, mama punyer.. ni kite kt tmpt org.. gila x? nasib baik senior kami ada la lbh kurang 7 org yang ada typewriter jadi kami bercadan gune la secara bergilir-gilir.. 2009 malaysian sume ada 46 org.. jadi dibagi-bagi tugasan.. ada yang tukang ketik, ada yg tukang beli barang, da yg tukang siapkan name tag, ada yg tukang jalin tali utk nametag (die nk riben 3 warna jalin utk jadi tali name tag).. harus ada baju biru sempena proses solmate tahun tu.. banyak la remeh temeh die yg diluar jangkaan.. da la kite penat baru habis kuliah kol 5 hari jumaat tu, dan ada meeting utk solmate. setelah maki segala bagai, and die da bg taw apa yg die nak, die lpskan kan kami hampir jam 9 mlm.. mlm tu nk cari barang yang disebutkan di atas, dan lilin, kain merah, baju hujan dan beberapa brg lagi la.. hampir jam 12 kami kembali ke rusun utk memulakan tugas-tugas td.. lelaki perempuan kerjasama wat benda ni.. and pukul 5 pg da harus ada di fakulti.. gile x? ayam pun x bgn lagi time tu.. akhirnya kami x tido wat mende merepek tu.. type write ade 7 biji, yg x leh gunenya tolak la sebijik dua.. dan ada 46 org punye keje yg kite harus siapkan.. akhirnya datang la idea, scan and Photostat.. jam 5 pagi, mandi lbh kurang terus gerak dpn hospital (tmpt berkumpul).. bermula worst day..

Day 1..


berkumpul jam 5, hampir jam 7 baru die bagi kitorg gerak jalan masuk ke fakulti.. oppps die nk 2 biji belon angin warna biru.. rupanya belon tu utk acara perasmian die.. giler x? ko nk rasmikan kenapa suruh peserta yg siapkan… macam-macam hal.. selesai proses perasmian, kami dibenarkan duduk dlm dewan kuliah utk dilanjutkan dengan pemberian materi (bahan kuliah) utk masa solmate.. tp jgn ingat senang ye.. ade je proses maki memaki, marah memarah, baling barang, kene jerit, kene denda sepanjang proses berlangsung.. contoh giler bila kwn kite tg lambat, yg dtg lambat x kene denda, kitorg yg da tercanguk dr jam 5 pg tu yang kene buat push up 100 kali dan sit up 100 kali. tu belum lagi, kwn kite yg tertidur time pemberiaan materi, kite yg kene duduk setengah dalam ruangan sempit mcm kecik sikit dari ruang solat kat airport utk memuatkan peserta yg hampir 230 org… sampai ke mlm tu x yah ckp la, tgk mata, mata cik panda lagi cute laa.. badan memang letih gile.. kepala pening sbb materi die bkn la pasal medic pun, pasal sejarah indo dan proses keberangkatan mahasiswa menentang Negara dan harus terlibat dlm politik (mcm adam adli kt Malaysia tu, sbb tu aku x berkenan dgn cara die.. ko ingt senang ke proses menentang Negara tu.. ko nak jadi mcm org tmpt aku belajar ni.. kitorg yg ikut proses ni nk mkn pun, die suruh mule2 minum air setengah gelas, lps tu mkn nasi dulu, pastu telan la ikan ke ayam ke, pastu makan mee manggi (org sini nasi die ade lt maggi),lps tu baru mkn sayur, kene buat mcm tu dlm masa 3 menit.. ko ingt senang mcm tu hah???????? tercekik kau tau!!! kene constipation aku..).. tu blm lagi cmpur tangan senior, super duper senior yg dtg tibe-tibe time proses tu.. time org tgh bg ceramah, die suruh separuh dr pelajar wat gaya terrorist la, gaya kuda la, gaya bagi tanda hormat la.. bile ingt blik bnde tu, nk mrh rasa..

Day 2..

Solmate ni 2 hari je ye tp ibarat 20 tahun.. ko hilang semangat, telinga kau sakit asik kene maki, hati kau sakit sbb kene perli, bdn ko pnt, 1 hapak habuk, ko x phm, kenapa penting sgt nk melawan Negara walau blm cukup ilmu didada.. ok hari kedua ni msh jam 5 pg kumpul.. proses seperti biasa dgn proses di atas.. dan malam tu bermula 1 hal kenapa kami tunda setahun lagi proses ini. lepas solat maghrib, tibe-tibe kami disuruh mkn vitamin, dan mengenakan baju ujan, dan tutup mata dgn kain merah yg dibawa..selesai pki sume bnde2 tu jam da kol 8 mlm.. biasa proses maki dulu, mrh dulu, lps tu die lepaskan kami by group.. dgn mata terikat die suruh jalan.. hari x ujan pun die suruh pki baju ujan.. die bwk kami ke stesyen dkt sekeliling fakultas dan kabarnya ade proses mencium mayat (cadaver) gile x? mlm kot apehal nk main cium bnde yg da lama meninggal.. hati mule rs x sedap.. peluh mula basah 1 bdn, mana taknye, bkn ujan nk suh pki baju ujan. baju ujan kan tebal.. pns kot..tibe2 selesai 2 stesyen, die suruh kami balik umah.. terkejut gak.. semua lari kumpul kat padang dan die suruh amik beg dan pulang.. arahan dari dekan..sebelum mula bnde tu, rmi diantara kami kene tampar, kene tarik, kene pijak belakang ms tgh buat push up dengan baju ujan dan mata tertutup.. dan bg guys lak, dorg kene minum air ludah.. gile x gile.. ntah ade batuk kering (TB), x ke kite laky g terjangkit.. cari maut namanya.. dan antara kawan-kawan aku 2 org budak kaki terseliuh teruk la, sbb jatuh longkang masa die suruh lari dgn mata tertutup..dan selesai tu malam, kami meeting tergempar.. tentang mslh keselamatan pelajar Malaysia dan sebagainya.. bg kami pelajar luar Negara ni, keselamatan di kedudukan teratas dlm segala hal.. mungkin yg hidup di rantau org phm kot mslh keselamatan ni..

Isnin (selesai solmate)

Dek kerana penat solmate, dan tido hampir jam 2 pg, akhrnya kami skip mata kuliah pertama utk subject cardiovaskuler.. 1 umah tido x sedar alarm bunyi.. aku bgn pagi da pkl 9.. t upon bgn terkejut.. punye la pnt.. tp tengahari tu da gi clas da la.. ptg tu, kami dipanggil selesai kuliah.. sms mengatakan pihak berkenaan nk minta maaf sbb budak kite kene teruk dgn dorg, tp lain lak jadinye.. Malaysia di hina dpn kami..hina dgn perkataan keji yg cukup buat kami tarik diri dr teruskan sesi penutupan solmate yg tertunda ekoran dekan suruh pulang semalam. dan cukup buat kami terguris dengan pihak berkenaan, smpi sekarang bila aku pandang dorg, masih terasa sakit hatinya.. dek kerana peristiwa itu, kami tarik diri dr peringkat pengkaderan seterusnya.. sadisnya..

September 2011..

Seperti biasa, soal pengkaderan timbul balik setelah hampir setahun kisah ini terpendam.. orientasikan tiap-tiap tahun ada..meeting tergempar diadakan, dan rmi yg memang x nk pergi sbb da tahu tahun dulu mslh ini.. dan ada sekelompok dr kami yg decide nk pegy.. dari 46 org tu, 2 org dr pelajar kami merupakan tajaan sendiri (yg lain ada biasiswa masing-masing.. jadi diperkirakan utk mengambil langkah utk perlindungan dr pihak biasiswa dan kedutaan supaya tak ikut benda ni).. 2 org ni harus ikut orientasi sbb klu yg lain ada surat support dr penaja, yg 2 org ni bagaimana pengakhirannya.. dan oleh kerana 2 org ni, kwn2 yg terdekat dengannya pun nk ikut orientasi ni, sbb mcm aku kata awal2 td, orientasi ni kene lulus utk graduasi.. selain dari itu dorg pikirkan kan gak keselamatan 2 org kawan ni.. ye la klu 2 org student Malaysia je yg ikut orientasi, dr pengalaman dulu-dulu, mmg teruk la dorg akan kene..

dan kerana sekelompak teman ni la, akhirnya minggu pertama ada separuh dr 46 org tu yg ikut proses pengkaderan ni, tp da x panggil solmate, tp di ubah suai “katanya” menjadi MPPK ( masa pembinaan mahasiswa dan pelatihan kader) mcm tu la perpanjangan die.. aku pun lupa da.. MPPK berlangsung hampir 3 minggu..dan utk ni tema pink pula.. tp kali ni, lain sikit cara pelayanan pihak panitia terhadap peserta.. boleh aku kata history utk proses pengkaderan seluruh Indonesia agaknya, kami mendapat layanan yg agak manusiawi dibanding dengan yg lain.. ms ni kami da third year, dan adik 1st year naik ke ruang senat berbincang dengan dekan dan rector tentang langkah-langkah proses orientasi ini.. sbb batch 2011 x mhu dilayan mcm budak-budak, mereka bukan haiwan utk di jerit, di maki dan sebagainya.. sebab tu wujud MPPK menggantikan SOLMATE dan MPMB.. konon versi baru yg lbh relevan.. aku akui lebih logic la proses MPPK ni.. syabas pd teman-teman indo yg satu angkatan dgn aku kerana lahirkan idea yg lbh 120% baik la dr pelaksanaan yg lama.. materi tetap sama, Cuma yang beda cara pelaksanaan.. mula jam 7 pg.. burung ayam da bangun gak time ni.. kerja assignment tulis tgn (lagi baik dr kene gune typewriter, sbb 46 org darab dgn sepasang tgn “46*2= 92” jadi ada 92 tgn nk siapkan assignment utk 4 materi tiap-tiap sabtu dan ahad selama 3 minggu.. pnt sebenarnya kerana tiap 1 materi harus 2 page dan garis kecik2 utk buku saiz A4.. tp lagi logic dr typewriter..dan kurang la mrh, maki, jerit, sape buat slh, die yg kene denda.. bkn org x bersalah yg kene.. mkn pun ok je.. die bg 7 menit uk mkn.. dan yg pntg xde campur tgn senior.. itu yg ucap syukur..ALHAMDULILLAH.. balik pun awal kol 5 ptg das uh balik.. xde la aktiviti bodoh nk maki je keje diorg..

Melalui 3 minggu bkn senang ye.. dg nada kuliah seperti biasa.. kerja PBL, CSL seperti biasa.. penat ujung minggu lagi.. selesai MPPK.. dpt pelepasan minggu berikutnya dari ikut PESKIL (pesanteren kilat).. sbb mslh ruangan.. jd hanya junior je yg ikut.. tp kabarnya ok je.. cume dgr kuliah tnpa ada apa2 perkara yg x dikehendaki berlaku.. dan lps tu adaharus ikut 2 minggu utk LK1 (latihan kader 1)

LK 1 dimulai setelah 1 week break.. start 1st week hari ahad, tema dorg merah pekat/merah.. so pki la baju yg ikut tema.. ahad tu ok je, materi, dan diajar cara berdemo.. demonstrasi.. kata yg agak janggal bg kie, student seberang.. tp disini, dorg perlu demo supaya pihak atasan dgr yg dorg x suke dgn cara pemerintahan dorg.. segala perkara yg dorg x sukaatau pun x terima maka harus berdemo.. klu x suke, je demo.. sbb tu je cara dorg kt sini..xde da bincang ke, tulis surat ke ape ke.. nnt la klu ade masa dan rajin, aku wat entry pasal demo ni.. tp x janji.. sbb aku mls klu nk cerita hal yg out of syllabus ni.. hehe.. minggu last kami harus bermalam di tmpt yg ditentukan.. sabtu tu ikut materi mcm biasa.. biasa la ade LDK (latihan dlm kumpulan) utk setiap materi yg kami terima.. dan hari sabtu tu berakhir jam 12:45 mlm..(12:45am) kire da msuk pg ahad la kan.. dan oleh kerana tempat tidur, toilet yg disediakan tu agak ehem ehem.. kami putuskan utk pulang kerumah secara senyap2.. hanya beberapa org je yg terlepas pulang.. haha.. kire lari la..lari dlm ujan cari taxi kol 1 pg.. kasut aku smpi tercabut la tapak die.. punya la buat adegan hindi.. da la kwsn tu bnyk pokok besar mcm utan, kami berlari dlm ujan lebat pkl 1 pg.. tepat 1.30 pgi selamat smpi dirumah.. mandi dg segala dettol dan sabun biore apple flavor.. haha.. sbb rs diri busuk sgt.. dan mlm tu tidur hampi jam 2.30 pg dan bgn balik jam 5 pg.. utk ikut proses akhir LK1.. proses kahir berjalan dengan jayanya.. tepat jam 1 pm x silap kami dipanggil keluar dewan..sebelum tu ada final test utk LK1.. utk setiap materi bermula dari MPPK dan LK1 akan ada test seelum materi dan sesudah materi.. dan utk setipa peringkat akn ade final test.. habis jwb test diorg panggil keluar kata da selesai dan kami pulang dgn senyuman terukir..

UNTUK AKU..

selesai LK1..

rasa hilang beban 3 tahun.. yg tertunda atas alasan yg antaranya aku tulis kat atas tu.. banyak duit habis utk proses orientasi ni. duit tambang, cari buku, cari name tag, cari sampul buku, cari baju nk kene tema.. tp akhirnya…nk nangis kot ms die kata “baiklah LK1 telah selesai, makasih atas kerjasama teman-teman” pulang dgn senyuman smpi pipi.. 3 years and it ends today.. J hujung minggu tu keluar result utk LK1.. sama ada lulus atau remedial.. dan alhamdulilllah, aku LULUS proses itu dan kini AKU BERGELAR WARGA KEMA FK UNHAS..

xde apa pun dengan title ni.. cume boleh la grad lps ni utk msuk clinical year. satu proses yg susah sebenarnya.. bnyk konflik terjadi disebabkan orientasi ni.. sume pikir nk grad.. ms 3rd year ni last kitorg blh ikut sblm msuk clinical year.. jadi bagi setengah teman yg da x peduli dgn kwn yg lain.. buat decision utk ikut orientasi ni.. bkn nk mrh, sbb dorg akhirnya 1 batch ikut proses ni smpi selesai.. ALHAMDULILLAH.. cume ms ni la hang nk tgk sape yg pentingkan diri ( pendapat aku ye.. bg yg terbaca, jgn kecik ati, sbb nye, kerana keputusan yg agak sedikit pentingkan diri itu lah yg wat kan kite lulus dgn jayanya proses pengkaderan ini).. terima kasih sbb pentingkan diri kene pd tempatnya.. haha.. mmg harus ada org mcm ni, klu kne pd tempatnya, dr annoying blh jadi suatu benda yg aku takkan lupa dlm sejarah hidup aku.. sikap yg aku kire, aku blh tolerate la.. yg aku blh accept.. sbb bnde tu wat orientasi yg tertunda hampir 3 tahun akhirnya dapat dilaksanakan jua.. peace no war.. ALHAMDULILLAH sekali lagi.. and terima kasih pd teman-teman yg berjuang utk push sume ikut orientasi.. 1 sks yg mengancam jiwa, 1 sks yg klu xde x blh msuk clinical year… SYUKUR PD MU ILAHI.. AMIN

Share

Sunday, January 8, 2012

Dalam hati ada taman..

Hi there.. Cuti semester telah bermula. baru 2 hari tapi da mula rasa bosan.. Habiskan tengok cerita yang di copy.. erm citer korea la apalagi.. hehe.. tapi ada seseorang yang mula mencuri perhatian.. No Min Woo, actor dan singer korea yang jadi idaman.. hensem boleh tahan, bila nyanyi suara pun sedap.. aku da mula jatuh cinta.. hehe.. (oopss citer die berlakon banyak tapi aku sempat tgk 2 je.. My girlfriend is Gumiho dan MIDAS)..

Saat ini fb aku penuh dgn gambar die.. sape yg upload?? den la, mane ade org lain lagi.. ye tak.. hehe.. bukan senang nak curi perhatian aku ni.. haruslah yang sempurna di mata.. Senyum cantik, nangis pun hensem, bila meninggal pon tetap cool(die meninggal dlm episode akhir MIDAS).. meleleh gak air mata aku.. tap smbil tu senyum sorg2.. mamat n ink mati pon hensem.. hehe.. jahatnya hati ku..



entry kali ni pasal apa? anda semua bingung kan.. hurmm.. Dalam hati ad ataman.. recall perbualan dengan mama beberapa hari yang lalu.. bila soal jodoh ni kene ungkap, dalam hati pun pikir masih ada ke insane diluar sana yang sudi menunggu.. sedih la jugak tapi jodoh da tak de. nak buat mcm mane.. kawan-kawan zaman sekolah dulu ramai da kahwin, anak pun da ada.. aku je yang masih sendiri.. melalui hari-hari mendatang.. chewaah..

Dalam citer MIDAS yang aku tengok ni, 1 ayat die yang membuatkan aku terus nak buat entry ni(citer ni pasal konflik wang dan undang-undang, perebutan hak milik dalam keluarga, kisah keluarga kaya yang terabai.. kisah org yg giler kekayaan..pokoknya citer ni pada aku amat susah di digest oleh otak aku yang memang lembab sikit apabila masuk soal business dan undang-undang)..hehe..anda tgk sendiri laa klu tak percaya.. ok berbalik pada soal tadi, bila last episode actor pujaan I meninggal dunia (min woo dlm ni 2nd actor.. jadi tak bnyk sgt part die..sedih..sedih..), die pesan kat kakak die “noona(panggilan rasmi utk kakak di korea oleh adik lelaki..haha), janji jangan hidup sendiri, carilah teman utk menghabiskan hidup kakak.. kerana bila sendiri, kesepian melanda.. kerana kesepian membuatkan kita tamak.. kerana kesepian juga maka kita fikirkan wang yang boleh membantu..” Ada betulnya skrip actor kesayangan aku ni.. hurmm.. bila dipikirkan balik, aku pun macam tu.. antara lain aku jawab kat mama bile timbul soal jodoh ni “alaa ma tak kahwin pun janji duit ada.. nk beli rumah ke kete ke, bkn jadi hal.. yang penting duit..klu kahwin buat nyusah je pun nak wat ape”.. ayat yg aku jawab tu membuatkan aku pikir betul la kesepian boleh buat kita pikirkan duit..

Ni pandangan peribadi aku.. tak tahulah korg yang lain mcm mane.. terakhir bercakap melalui phone dgn mama, yang aku kata kat mama, “along bukan nak harta ma, rumah, kete along boleh beli.. tapi along nk cari HATI.. bkn hanya lelaki tapi HATI.. sebab along akan bagi hati along ke die, dan sebagai imbalan along nak hati die tak kan berbelah bagi” wajar ke klu aku minta mcm ni.. mane ada dlm dunia ni yang setia.. tambah yang bernama lelaki… bukan pesimis dan prejudice ye.. ade gak pompuan yg begitu tapi mungkin dalam nisbah purata yang sgt kecil dibanding dengan pihak adam.. hehe.. jangan marah..bila aku pikir balik, da termasuk ke aku dalam golongan kesepian ni? hurmm hati jawab da tapi akal masih ragu-ragu.. haha

Kesepian tu bukan satu benda yang kita minta… mungkin bagi sesetengah orang, kesepian tu amat mengerikan.. sebab tu ada yang da bercerai pun masih tak patah semangat mencuba perkahwinan utk kali kedua dan seterusnya.. selain dari masalah ekonomi, kesepian juga boleh di katakan salah satu factor kenapa masih ramai yang ingin mencuba berkahwin semula setelah perkahwinan pertama gagal.. dan utk hati aku, mungkin aku membiarkan lama menyepi.. jadual kuliah yang aku kira sgt padat dan cuti yang hampir 0.5% sepanjang 1 tahun menjadikan aku lalai tentang soal hati.. tu yang mula suka actor tu, penyanyi ni, semata-mata ingin menutup kesepian yang melanda.. tapi sampai bila? sampai sekarang pun masih belum ada jawapan.. mungkin juga da muak dengan yang namanya lelaki.. hehe.. (lelaki Malaysia la.. korea blm muak lagi) J

ok berbalik pada entry dalam hati ada taman ni.. sebenarnya aku bahagia akhir-akhir ini.. badan pun makin bertambah naik.. adoyaii.. sebab si min woo shi (shi-panggilan rasmi utk org lain dlm bahasa korea.. haha)… lagu die yang aku suke dgr TRAP.. sedap..dan lagu ni salah satu OST dlm drama My Girlfriend is Gumiho.. dan suara die merdu je.. ni tanda-tanda aku tgh dilamun cinta.. tapi xpe sbb cuti kan jadi ade masa membuat angan-angan yang memang tau xkan kesampaian.. sebenarnya sakit kepala menulis entry ni.. penangan citer MIDAS yang aku kira jalan cerita yang sangat berat compare dgn cerita Gumiho walau ade sket mengarut tapi senang nak paham..

ok guys.. time to fill ur heart will love.. don’t let the loneliness surround u.. benarlah kata dalam salah satu hadis nabi yang bersabda: “ berkahwinlah.. kerana dengan berkahwin tu akan melengkapkan separuh dari iman kita” dari sisi lain kita boleh pandang sebagai menyelamatkan kita dari terjerumus dalam perjudian, maksiat, pergelutan mainan dunia iaitu ‘wang’ dan banyak lagi.. maka tidak hairanlah dengan perkahwinan yang sah maka kita da melengkapkan separuh dari iman kita.. Mudah-mudahan adalah seseorang yang masih menanti hati ini seperti aku menanti hati dia.. supaya kesepian tidak lagi mengelilingi diri.. amin


Share

Sunday, January 1, 2012

Sayonara 2011, Welcome 2012

Setahun berlalu dengan pelbagai pancaroba.. dugaan silih berganti.. air mata tak kering juga di pipi.. Namun disebalik kekecewaan terselit moment kebahagiaan. Alhamdulillah berakhir semester 4 dan semester 5 pada tahun 2011 ini.. Syukur ke Hadrat Ilahi, dengan berjalannya waktu meniti hari-hari sepanjang 2011 ini, akhirnya ketemu jua penghujungnya.. Bakal melangkah ke tahun baru masihi ini, mungkin bagi ramai insan-insan yang mula memikirkan azam tahun baru. Namun, pada usia yang akan melangkah 26 tahun, aku belum terfikir azam yang sesuai.. Mungkin sewaktu melewati saat terakhir pada 2011 ini, banyak argument-argument yang masih belum selesai..

Persiapan tahun baru? erm, TIDAK ADA.. haha.. hanya mendengar pesta kembang api yang tidak surut iramanya dari jam 6.00 pm tadi.. bagaimana aku meraikannya? menghabiskan cerita jepun yg baru saja dibeli petang kemarin.. apapun, cukup bahagia kerana bersederhana dalam penyambutan tahun baru ini.

<2011>

Satu perjalanan yang aku kira agak melelahkan.. satu peristiwa yang mungkin baru kutempuh, satu pengalaman yang tidak mungkin didapatkan.. Alhamdulillah. satu kata yang wajar diucapkan, apabila beberapa perkara dpt diselesaikan antaranya masalah orientasi (aku da janji nk buat entry pasal ni, tp masih belum berkesempatan lagi, insyaAllah bakal menyusul). Selain dari itu, pengalaman menjadi class representative utk blok Special sense juga banyak memberi pengalaman yang mungkin berharga di kemudian hari. Berakhir juga tugas sebagai exco Hubungan Luar dan Komunikasi walau pun mungkin banyak perkara yang tidak semudah disangka.. Tetapi mungkin yang masih belum berakhir adalah masalah hati.. hehe.. ini memang sulit nk diselesaikan.. dan mungkin peak 2011 bg aku adalah perpisahan secara rasmi dengan sidia menjelang syawal. namun tetap gembira melewati syawal di Malaysia.. SAYANORA 2011

<2012>

Persimpangan yang masih diawangan. Masih kabur bagaimana pengakhirannya. Masih menanti dengan hati yang berdebar-debar.. Perjalanan yang belum tahu liku nya. satu lagi perjalanan yang panjang dari 1 januari 2012 sehingga 31 disember 2012.. melangkah usia 26 tahun, kukira cukup matang dalam usia 20-an ini, tetapi masih ada beberapa perkara yang memerlukan bantuan dan nasihat dari keluarga tercinta..

Tidak banyak ku pohon sempena tahun baru ini..

hapuslah kenanganku pada memori duka,

terangi perjalananku dengan segenap cahaya,

usirlah awan mendung yang mengekori,

tenangkan lah hati yang satu ini,

bantulah dikala diri tidak berdaya,

dampinglah ketika aku menyendiri,

tingkatkan ketakwaan dlm diri..

Moga 2012 yang bermula, akan lebih baik dari yang sebelumnya.. Pergilah sedih, datanglah gembira. Pergilah kegagalan, datangkan kejayaan.. Pergilahlah duka, datangkan bahagia.. semoga tidak ada air mata yang tumpah lagi kerana hal yang tak sepatutnya..

Welcome 2012, Sayonara 2011..

1 Januari 2012 (12.07a.m)

Share

Sunday, December 4, 2011

a new experienced
Share

Saturday, December 3, 2011

Kiranya aku yang tersalah tafsir


Assalamualaikum, Hi there.. hehe.. sekian lama akhirnya dapat juga buat entry baru hari ni.. baru selesai forensic selama sebulan dan kegiataan orientasi yang berjalan 5 minggu insyaAllah akan berakhir minggu depan.. pasal orientasi ni mungkin aku buat entry lain la ye.. hari ini teringat kisah masa dulu-dulu sebab baru lepas tengok cerita Aaron aziz “ kekasih awal dan akhir”. Walaupun aku bagi rating 50% je untuk arahan beliau sendiri, tapi aku bagi tambahan 5% untuk adegan Julia(fauziah gaus) yang kecewa bila Awal (Aaron aziz) pilih Akhiriah(Siti Saleha). Ini yang terus aku dengar lagu Ibnor Reza (mimpi yang tak sudah). Ada seorang teman masa zaman remaja lagi yang sampai la ke hari ini, aku tak pernah lupa.. Kenapa? sebab kami berkawan baik sampai saat terakhir kami di kolej. Namun tamat semester akhir barulah aku dapat cerita yang rupanya ada dari kalangan kawan-kawan aku yang bawa cerita aku dan dia waktu kami amik final exam.. dan dia pun akhirnya marah dengan cerita-cerita yang dari mana datangnya dan entah betul entahkan tidak.. kami berakhir tanpa satu kata, Cuma sms terakhir dari beliau waktu hari terakhir kami di Universiti tu, “ jaga diri baik-baik, mungkin lepas ni kita tak kan jumpa lagi” betul la kami memang tak berjumpa lagi di reality tapi bayangan dia sentiasa di hati..

Sedih tu memang sedih la.. 3 tahun kawan akhirnya berpisah macam tu je.. nak taw masa awal kami? masa semester pertama dia banyak tolong aku time kuliah fizik. Aku memang bengap sangat ngan subjek ni dan menjadikan aku sangat blurr bila lecturer ajar. Dan kebetulan aku baik dengan En. Hilmi (nama lecture yang ajar tu). Jadi selagi aku tak paham selagi tu la En. Hilmi tu akan ulang.. Dan mungkin antara pelajar yang memang pandai fizik, teman aku ni pun mulalah bosan bila lecturer tu asik ulang benda yang sama, sampai dia tawarkan kat aku assignment dia bila kitorg kene buat assignment. Dan aku apalagi menerima dengan hati terbuka, memang lagi la malas aku nak belajar fizik. Jadi bila lecturer tu Tanya faham ke tidak. Dengan yakin aku jawab,”faham, sir” hehe.. sebab ada cikgu malam kang yang aku hire tak bergaji, bagi aku penerangan melalui SMS..

Tu kisah semester pertama, semester kedua kami tak sama kelas, tapi aku pulak yang tolong dia (hurmm ada la benda yang aku tolong, tapi yang pasti bukan pelajaran la, sebab dia budak pandai). Dek benda yang aku tolong dia tu berlarutan la sampai aku semester akhir.. Tu jugak la yang buatkan hampir tiap hari aku SMS dengan dia. Semester tiga aku sekelas balik dengan dia, dan kami rapat sebagai 1 kumpulan. Ada la beberapa teman-teman aku dan dia dalam kumpulan tu. Basicly ada 3 perempuan dan 2 lelaki. Semester 4, kami sekelas lagi, dan kami dicalonkan jadi exco-exco satu organisasi di university tu( tak boleh mention la.. takut kang ada “kawan2” lama yang baca, mesti kang kuar gossip baru, malaslah nak menjadi gossip gegirl.. hehe). Dan pada malam raya pertama(Aidilfitri 2007) yang membuat aku dan teman itu menjadi rapat.. haha, bukan beraya rumah dia, tapi salah SMS dari dia yang buatkan aku dan teman itu jadi rapat.. SMS dari teman itu tulis “mmmuahhh” dan aku pun reply dengan tanda soal”?” maksudnya: apa? hehe.. dan dia jawab” oopss sorry salah anta.. nak anta kat cousin.. cousin setiap malam kalau nak tido kene bagi kiss dulu” aku pun blurr, cuma reply “owh, it is ok.. no big problem” dan dia pun teruskan dengan ucapan selamat hari raya dan…. (the rest is history).. tapi citer yang dia tak tau.. kaget gak tiba-tiba dapat mesej dari orang alim macam dia.. oopss lupa nk bagi taw, dia agak popular sebab dia ala alim-alim orangnya.. muka pun boleh tahan la.. tapi sekarang tak hensem da.. ohooo..

ok sambung balik citer tadi, bila dia kata dia anta kat cousin dia, aku pun pikir “boleh caye ke ni?” tapi sebab dia orang alim, aku pun caye je la.. ye kot die dengan cousin dia memang rapat.. so aku ia kan je la.. tapi sebab malam aidilfitri tu kami melangkah satu lagi fasa atas nama persahabatan.. semester lima dan enam kami sekelas lagi, Dari situ lah kami mula menjalin rasa, mula menjalin rindu, mula bermain kata tapi tak de kata putus dari dia mahupun aku. nak diberi nama hubungan yang baru tu.. jadi kami meneruskan sehingga ke sebelum final exam semester akhir (yang mana aku citer tadi, aku baru dapat tau after 3 hari selesai semester akhir). kalau Tanya aku cintakan dia ke tak, aku sendiri tak tahu nak jawab apa. tapi kalau Tanya aku ingat dia tak? aku akan jawab sentiasa di hati, sentiasa di memori walau kini aku di seberang laut menyambung pelajaran dan dia di tanahair juga menyambung pelajaran. Oh kursus kami berbeza, aku sebagai medical doctor tapi dia sebagai dentist. Susahnya nak padam nama dia dalam diri ini, sehingga hampir 4 tahun aku tak jumpa dia, yang Berjaya aku lakukan adalah menutup mulut aku dari tersebut nama dia.. orang kata kalau kita sebut nama orang tu kita rindu orang tu… jadi tak nak bagi Nampak sangat aku rindu, aku Berjaya tutup mulut aku dari bercerita pasal dia.

apa kene mengena ngan cerita Aaron aziz tu? memang tak de kene mengena.. tapi waktu si Julia (tolong refer balik awal paragraph) ditolak cinta dia, aku rasa sedikit sedih.. mungkin lelaki tak faham isi hati perempuan, tak cakap suka bukan bermakna benci, dan cakap suka bukan bermakna cinta. Apa yang aku dan teman itu jalani mungkinkah tiada sedikit rasa yang berputik di hati.. mungkin kata sayang dari dia tak bermakna apa-apa.. dan mungkin aku yang tersalah tafsir.. dan bila aku tau ada khabar angin yang menjadikan dia sangat marah dengan aku, sampai akhirnya kami berpisah tanpa sebarang kata, aku jadi kecewa, aku terluka.. aku menangis dalam hati sampai la saat ini. awal kami rapat mulai dari dia, kenapa akhirnya tanpa sebarang kata.

Ibnor reza: Mimpi yang tak sudah

apa maknanya impian,

datang dan pergi.

membawa hati menyusuri kembali

jalan-jalan sepi

kau kah disitu,

yang menantiku,

atau jelmaan itu kenangan,

yang bernama pengalaman,

siapakah diantara kita,

dengan rela menjadi pendusta,

siapakah dulu membina harapan,

dan siapa yang memusnahkan impian,

tanpa sebab dan alasan,

kau mainkan perasaan,

bagai taufan tiba-tiba datang

dan menghilang,

kau bayang-bayang masa nan silam,

ada ketika terbawa-bawa,

oleh resah mimpi yang tak sudah.

Betul, segalanya dia yang memulakan.. SMS itu, panggilan itu, kisah itu, semua dari dia.. Yela ikut logic, orang alim macam dia kalau bukan tudung labuh tak yah la cuba nak mengurat. Tapi aku bukan golongan tudung labuh tu, aku biasa je, tudung segi tiga.. dan kalau orang biasa ni tak yah harap dia mereply mesej, mesti harus orang yang berkepentingan. Tapi aku pun bukan termasuk dalam orang yang berkepentingan, jadi tak mungkin lah aku yang nak mulakan semua tu.. Dia yang bagi harapan, kemudian pergi.. Dia yang ucap sayang, dan kalau tak aku pun tak berani. Dia yang mula bicara soal hati, kalau tak aku pun tak kan mula berkongsi.. dan bila ada cerita tak sedap yang keluar, kenapa harus aku seorang yang terbeban, sedangkan yang mula semua tu bukan aku..

Dan berita terakhir, dia da bertunang.. Alhamdulillah.. satu kata yang aku terus ucapkan bila mendengar berita tu dari teman serumah.. junior kami waktu dulu.. Andai la suatu hari nanti kami bertemu, aku akan setenang dulu, tenang macam dia belum kenal aku, tenang macam bila aku tau dia tinggalkan aku.. Tiada rungutan, tiada pandangan yang pilu, tiada juga senyuman manis macam aku bagi dulu-dulu.. bila aku akan berhenti lupakan dia? itu aku sendiri tak de jawapan.. but I guess, he will vanished from my memory same as he easily forget me..

p/s: Insyaallah ketemu di lain entry…

Share

Sunday, October 16, 2011

CINTA itukan ANUGERAH

versi: Calon suami/pilihan hati

Hi there.. harap semua sihat selalu..kembali update entry setelah agak lama menyepi.. kesibukan melanda diri dan juga idea untuk menulis bercampur baur…

Tajuk hari ni calon suami atau pilihan hati.. sebenarnya sama je, calon suami pastilah pilihan hati kita.. Tapi macam mana pula dengan yang marriage arrangement.. zaman lapuk? eh… masih ada lagi sekarang, tapi sekarang tak paksa.. orang tua bertugas memperkenalkan pasangan kemudian terserah pasangan itu sendiri nak teruskan atau pon tak..

opss.. bukan nak membebel soal mendirikan masjid ni.. Cuma kebelakangan ini, boleh ke kalau aku kata aku sepi.. sunyi menyelubungi diri.. disebalik jadual yang sangat padat, hati kubiarkan sepi, kutinggalkan tanpa menjawab sebarang soalan.. seperti entry aku sebelum ni, Finaly he left me, aku biarkan hatiku tidak berjawab.. aku biarkan hatiku menerima, aku biarkan hati aku memahami, aku biarkan hati aku sendiri..

Tapi, disebalik jadual yang padat, tambah-tambah lagi aku jadi ketua kelas.. yang terpaksa bertanggungjawab di atas 152 orang pelajar, agak letih sebenarnya.. bukan kerana tugas tapi remeh temeh doctor yang mengajar dan teman-teman yang request jadual berubah, atau request group mane nak masuk dulu bila time CSL (clinical skill lab) dan Practicum..

Dan untuk blok special sense, awal lagi mendapat berita dari Malaysia, ayah ku kemalangan. patah kaki dan bahu kanan, tulang rusuk retak, dan ketika aku menulis entry ni sudah 3 minggu sejak kemalangan ayah.. dan Alhamdulillah ayah semakin pulih walau belum sembuh sepenuhnya. Ketika itu juga, adik bongsu disahkan tonsillitis selepas dia mengadu tekak beliau sakit ketika menelan dan mama bawa ke klinik untuk rawatan lanjut.. itu pun Alhamdulillah, adik sekarang da ok.. dan masa ayah aku masih dirawat di hospital, rumah kami didatangai pencuri, tapi mujur tidak masuk ke dalam rumah, tapi habis la segala periuk belanga, kuali, dan baju-baju yang mama sidai di beranda.. bulan unluck kami ke? mungkin juga.. opps lupa, adik yg ketiga pula tidak sihat.. memandangkan sekarang beliau sedang practical nursing di hospital. Department dia sekarang adalah di bahagian ICU (penyakit kronik) dan dikabarkan setiap hari hampir 3 – 4 orang pesakit yang meninggal.. mungkin dia belum biasa menghadap dan menguruskan jenazah menyebabkan dia terperanjat dan penat.. Tapi, InsyaAllah apa yang berlaku ini menjadi pengajaran bagi kami sekeluarga juga InsyaAllah ada keberkatanNya..

ok berbalik pada inti entry ini, soal pilihan hidup, aku masih lagi mencari walau pun ada masa aku rasa aku taknak kawin. Tapi kadang-kadang, bila fikir balik, CINTA itu kan ANUGERAH.. satu rasa yang diciptakan untuk semua benda hidup.. mana mungkin aku sangkal kehadiran rasa cinta dalam dunia tambah-tambah lagi untuk manusia. Cinta kepada yang Maha Esa, Cinta kepada ibu bapa dan sebagainya… tapi cinta apa yang aku inginkan.. pada awalnya aku suka lelaki yang ego tinggi, lelaki yang susah nak dapat la senang kata..tapi berlainan pula dengan sekarang, setelah banyak perkara yang berlaku dalam hidup aku tahun ni, aku mulai suka lelaki yang senang mempamerkan dia suka ke tak pada aku..

Bukan langsung cakap “ I LOVE U” tapi, dari cara dia tatap wajah aku, dari cara dia cakap dengan aku, dari cara dia jaga aku, dengan cara dia ambil berat dengan aku.. walaupun umur mungkin 25 tahun, dan kerjaya sebagi doctor menuntut aku menjadi orang yang serius, tapi ada masa aku perlukan teman untuk bermain, walaupun kerjaya menuntut aku alert dengan keadaan manusia, tapi ada ketika aku mahu orang lain alert dengan keadaan aku, tahu mood aku, bila aku marah, bila aku merajuk, bila aku suka.. tak payah nak cakap kat dia aku merajuk, dari nada suara aku, aku nak dia tahu aku merajuk atau pun aku tengah sedih…walaupun terikat dengan etika kedokteran, yang aku harus rapi dalam segala benda, aku nak dia tahu, aku juga boleh jadi ceroboh bila-bila masa.. aku nak dia tengok aku sekali sekala memakai T-shirt spongebob atau doraeman, atau pun dengan selipar tandas sekali pun..walaupun dalam kerjaya aku menuntut menjadi orang yang sabar melayan karenah pesakit, aku nak tunjukkan perasaan aku bila aku marah atau bila aku tak suka dengan apa yang dia buat..

Memang sebelum ni aku ajar hati dan diri aku, andai dia ada orang lain di hati, akan aku lepaskan tanpa rasa sangsi.. kerana, cinta dia sudah tidak ada pada aku, untuk apa lagi pertahankan bunga yang gugur.. Tapi disebalik aku senyum bila dia usulkan agar kami berpisah, aku nak tunjukkan perasaan aku yang kecewa, aku nak tunjukkan yang aku masih perlukan dia disisi.. tapi kerjaya sekali lagi menuntut agar doctor harus melatih diri tidak sedih dengan pemergian seseorang, tabah bila pesakit kita dijemput Ilahi.. kerana masih ada keluarga simati disisi kita.. yang memerlukan sokongan dari kita, yang perlu mendengar kata-kata semangat dari kita.. Aku nak dia dengar luahan aku kenapa perpisahan terjadi.. aku nak dia juga cakap kenapa memilih untuk mengundurkan diri.. tapi apa yang kau lakukan, hanyalah senyum dan melepaskan dia pergi..

JIWANG? lelaki yang romantic… aku suka lelaki yang gaya seperti lelaki.. macam mana nak terangkan ya.. yang bila aku sedih, dia pinjamkan bahu, yang bila aku menangis terus memeluk dan usap perlahan belakang aku, yang bila aku gembira, dia akan bawa aku untuk meraikan kegembiraan bersama, tidak perlu kek atau hadiah, Cuma ke suatu tempat yang tenang, dan mendengar celoteh aku. yang bila aku diam, dia menatap aku dengan mata dia yang berkaca-kaca(opps aku suka lelaki yang mata jernih), meneliti aku tanpa kata dan aku nak dia Tanya” kenapa ni, diam je”.. hehe… yang bila pergi makan luar, dia iniasiatif bayar bil makan (bukan aku tak boleh bayar, tapi aku suka lelaki dengan gaya lelaki).. yang bila pergi shopping, dia akan beri pendapat baju tu sesuai tak dengan aku, warna die ok ke x, aku nak pendapat dia (aku agak sukar membuat pilihan time shopping). Dan bila pergi mana-mana, walaupun aku ada lesen dan mampu membawa kereta dengan baik, aku nak dia yang drive..baru macho.. and no smoking please… aku tak suka lelaki yang merokok.. merokok bukan macho.. tu silent killer.. so pokoknya lelaki yang seperti lelaki..

yang menjadi persoalan ni sekarang, kat mana nak cari lelaki seperti ciri-ciri di atas? ada ke yang macam tu kat Malaysia. hehe.. was-was sekejap.. ditenung-tenung, dipikir-pikir, mungkin lelaki di Malaysia tak ada yang masuk standard piawaian aku.. ada yang akan kata, ni standard hero kat TV la.. mana ada yang macam ni kat dunia..betul, ni standard piawai yang aku kumpul ketika tonton drama korea.. hehe.. aku da putuskan lelaki idaman aku macam diorang.. perlu ke aku ke korea untuk pencarian CINTA ni? yang aku bagi kat atas tu sempurna sangat kan.. tapi aku juga nak sekali sekala kami argue tentang satu perkara, aku nak kami berbincang jika ada masalah, yang akan tunjukkan dia marah bila aku buat salah, yang akan kongsi dengan aku kalau dia ada masalah, yang akan cerita dengan aku bila dia sedih,.. tapi harus dicari dulu calon suami atau pilihan hati ini.. kat mana dikau berada? isk isk isk

kat mana pun dia berada, aku harap dia sihat sejahtera.. yang penting bila berjumpa, first impression dia sangat penting, pandangan mata dia yang pertama, yang bisa buat hati aku sentap kejap.. dan aku nak sangat change bow dengan dia.. bila aku anggukkan kepala, dia pun akan anggukkan kepala sambil senyum segaris.. dan bila kami da jadi kawan, aku nak bila aku makan, dia duduk sebelah sambil tenung muka aku, tenungan yang aku tahu dia tengah pikir soal hati dia.. “jatuh hatikah aku pada dia?” hehe.. aku nak lelaki yang bukan mudah ucap I LOVE U.. tapi yang akan kata I CAN’T FORGET YOUR LOVE.. tiap hari aku nak dia rasa cinta aku semakin mekar untuknya.. dan aku nak dia ucap 3 kata tu, bila dia buat keputusan untuk hidup dengan aku selama-lamanya.. no turning back.. huhu garangnya..

erm banyak lagi sebenarnya ciri-ciri yang aku nak, tapi masa untuk menulis semakin suntuk.. aku perlu belajar sedikit sebelum tidur.. tapi ciri-ciri apa yang aku ada untuk si dia.. dengan ketinggian 158 cm, aku tak layak jadi model (sebab tu tukar bidang, dulu nk jadi pramugari, x lepas baru amik medic), hehe.. kulit kuning langsat, jadi sangat susah nak cari warna yang membuat aku tampak comel.. hehe.. pilihan kuning, gold, coklat, dan hitam, sesuai buat aku.. walaupun aku pakai warna hijau atau biru, mesti diselit sikit dengan gold dan hitam, untuk naikkan seri aku sebagai wanita yang bakal bergelar doctor.. InsyaAllah.. aku senang berkaca mata, dengan -5.25 dan silau yang tinggi.. tapi aku pakai je contact lens kalau majlis formal..oh ya, sekarang aku selesa berkasut kerana kerjaya juga yang menuntut untuk meggunakan kasut dari sandal. sekarang agak berisi, tapi berat ideal aku 49 kg.. kene usaha sikitla untuk turunkan.. puasa 2 bulan ke.. hehe.. aku jenis yang kemas dan well mannered (etika kot), makan di majlis rasmi, cara duduk, cara berjalan, cara makan, cara berpakaian, I am educated well about those formalities… ada subject khusus untuk itu.. hehe..dan aku bukan yang jenis banyak cakap dengan orang yang aku tak biasa, tapi aku suka buat lawak bila dengan family.. sebab tu aku nak rapat dulu sebagai kawan, supaya aku tak tunjuk perangai serius aku.. aku tak garang, tapi agak tegas terutama dalam soal keewangan, education, dan aku marah sikit bila rumah bersepah, sebab aku suka tengok rumah bersih setiap masa, bila aku da kemas jangan menyepah ye.. hehe.. aku tak suka masak, tapi aku pandai memasak.. lauk kampong ke, western ke, boleh je aku buat.. Cuma aku kurang sikit part buat kek dan kuih muih.. boleh je buat Cuma masa takde.. hurm style aku? modern kontemporari.. aku suka hiasan konsep tu. tak jemu mata memandang.. aku sebenarnya romantic juga kalau kene cara la.. dengan menjadi anak sulung daripada 4 beradik, aku dilatih untuk menjadi ketua.. jadi kalau tengok certificate aku dari zaman sekolah dulu, penuhlah dengan ketua class ke, presiden club ke.. sampai la ke university aku jadi presiden untuk acara ke ape ke.. banyak la yang penting.. background education agak kukuh, dan kalau tengok jawatan, maknanya aku boleh bertanggungjawab dan mampu memikul beban. mampu melalui saat sukar dan dengan menjadi ketua dan doctor, aku mampu memberi cadangan, aku mampu buat keputusan, aku mampu mendengar, aku boleh diajak berbincang.. aku boleh menjadi teman untuk menangis (doctor kan kene dengar luahan orang).. mata agak coklat, dan rambut pon dengan warna yang sama.. agak ikal sikit rambut aku.. tap aku bertudung ye.. untuk Islamic education lak, aku tamat sekolah darjah khas (kat jb je ade) disekolah agama aku dengan pangkat 1.. khatam al-quran masa sekolah rendah lagi, boleh berzanji tapi tak la pandai sangat.ok family background lak, ayah engineer (specialist bahagian enjin kapal laut) dan mama dulu hampir jadi cikgu tapi sebab kahwin dia tarik diri.. hehe.. aku (anak sulung) masih menuntut di bidang perubatan.. sama macam adik no 2, medical doctor gak.. adik no 3, menuntut sebagai nurse di SEGI college.. yang bongsu, baru darjah 5.. bongsu je lelaki, yang lain perempuan..soal hubungan lak, aku tak banyak permintaan.. (hehe ye ke x banyak), maksudnya aku bukan jenis yang meminta, nak hadiah ke nak apa ke.. tapi biasa la perempuan, kalau ada tu pasti aku lebih gembira…

mungkin banyak lagi benda yang lain, tapi itu harus diexplore sendiri dengan pengalaman.. begin the journey with me.. hehe..apa pun diri aku dan kamu, yang penting ada satu rasa iaitu CINTA. akhir kalam cinta itu anugerah, tapi aku nak anugerah kali ini akan lebih terjaga adabnya, walaupun ada benda aku minta kat atas tu tak layak di buat untuk unmarried person.. tapi aku nk begin the journey bila atas ijab dan Kabul, aku sah sebagai isteri dia, aku nak tunjukkan my true character.. dan bila dia jatuh cinta pada aku, dan bila dia pikir untuk habiskan masa-masa tua bersama then only he can say I LOVE U.. semoga dapat ketemu dalam coretan yang mendatang.. salam ukhwah..

Share
 
Copyright 2009 pinkyellow. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
This template is brought to you by :AllBlogTools.com All Blog Tools.com
Blogger Showcase