Sunday, March 11, 2012

Mr. Right?

Salam.. Hi there.. akhirnya tertarik menulis lagi rasa hati setelah beberapa kali tertangguh dek berkejar dengan masa.. hee..so, how’s ur life? hurm, naik cuti da hampir 2 bulan, ingat time cuti hari tu nak tulis banyak-banyak and then upload at least 1 post every week.. tapi apakan daya, hasrat x sampai.. banyak benda nak wat masa kat rumah, dan akhirnya Berjaya gak i wat entry baru hari ni.. Pasal apa hari ini? how to know your soul mate is him? yup, mcm mane nk taw yang die betul-betul soul mate kita.

oh sebelum tu, I nak gossip sikit pasal new actor (actually da lama kot, cume I yg baru.. sowy).. NAZIM OTHMAN.. haa.. u all pernah dengar tak nama ni? I kenal dia melalui “ cinta kasar dan lembut”.. my friends download cerita tu, and I pon tengok la.. tiba-tiba “eh!, ade mamat hensem laa”.. apalagi terus google la nama dia.. fulamak memang boleh tahan rupa.. no wonder dia boleh jadi model and bekas steward.. (tnx mr. google for the info).. ok, bkn tinggalkan korea ok, but I mula tau “oh! ade lagi lelaki hensem di Malaysia..” Antara ramai-ramai la hero yang keluar di TV, I tak minat sangat la dengan hero Malaya semua tu.. but then, yes I’ve fallen for him.. alaa u all mesti tau kan taste I macam mane.. hurmm, maybe cerita dia yang first I tgk tu, gune OST MY GIRL kowt, yang wat kan I teruja nak tau siapa dia.. so kalau ade sape-sape yang tak kenal dia lagi, boleh la mintak tolong mr google carikan yer… J

Berbalik pada entry nie, korang yang mana da kawen ni, boleh tak kongsi sikit, macam mana korang tau yang pasangan korang tu memang JODOH YANG DATANG DARI ALLAH ( hehe, copy ayat SYURGA CINTA)? meh la kongsi.. sharing is caring.. I wonder how they know that their partner is the MR. RIGHT.. pikir punye pikir, tak dapat gak jawapan nya.. ye la, kalau ikut history I ni, pernah gak la bercinta 2 3 kali.. tu belum masuk lagi, main-main hati, last2 I ke tempat lain, dia ke tempat lain.. oh tak kira lagi dengan cinta tipu.. kalau campur semua cinta-cinta tu, boleh la kot buat e-novel.. haha.. tapi sepanjang I bercinta dulu, tak pernah betul-betul rasa yang dialah orangnya.. kenapa ya?

opps, teringat lak waktu first yang I tau I’m in love.. tak boleh reveal his name atas sebab-sebab tertentu.. masa tu I baru 14 tahun.. tp I taw yg I jatuh cinta ngan dia waktu umur i 18 tahun.. so, boleh la di kira time 14 years old tu cinta yang suci lagi menyucikan.. tak de fikir hensem ke tak, takde tengok kaya ke tak, tak heran education mcm mane, family die ok ke tak,.. tau2 I da suke kat die.. ye la tiap-tiap hari jumpa, dari tak rapat pun jadi kenal sangat.. and that time, I learn how to cooked, sebab dia request nak rasa I masak sayur.. bila dia jamah sayur yg I masak tu, die puji sakan la.. ye la, time tu dia da abis SPM da.. I ni kecik lagi.. so, dia treat I mcm lyn adik dia laa.. tapi, tak reveal la sampai sekarang, atas sebab-sebab tertentu gak (haa, sory guys memang tak boleh reveal.. kang kecoh lak seantero keluarga, sebab semua family kenal.. haha).. tapi tak pe, tu kisah lampau.. Now, dia pun da jadi Mr. engineer, family background pun perfect.. education pun ok.. gaji main puluh ribu je yang I dengar dari sumber yang boleh dipercayai.. and he is married.. Alhamdulillah.. da ada anak da pun.. bila sesekali terjumpa tu, I Nampak mata dia pandang i.. tau dalam hati dia nak cakap apa… tapi, he too mesti tak nak percaya yang dia juga cintakan i.. eh..eh, macam mana I tau ni? haha.. sebab last day yang nk berpisah tu, dia ada cakap something.. yang kalau I reveal kat sini, he will know that I love him too.. haha..

so, macam mana nak kenal ur mr. right? setelah pencarian demi pencarian, akhirnya I mengalah.. biarlah, kan jodoh tu milik Allah, kalau betul dia ada untuk kita, akan dipertemukan suatu hari nanti, tapi bila call my mum, die terus tempelak “memanglah, tapi kene la usaha, tak kan nak tunggu datang bergolek” aduh, kene sebijik.. tapi lepas tengok drama hero Malaya yang I minat tu berlakon dalam di hujung mihrab, 1 ayat dia yang watkan I semakin dekat pada pencipta.. Alhamdulillah.. “apa maknanya cinta pada insan, sekiranya cinta pada Khaliq-Nya belum tercipta.. ye betul, cintakan Allah yang paling utama… sebab hanya cinta itu yang akan kekal sampai bila-bila.. dan bila di renung kembali, I’ve found my self.. what I want.. and what I should do.. dan andai kata I mati dalam tempoh pencarian cinta ini, maknanya I menang dalam pencarian cinta Ilahi walau gagal dalam mencari cinta insani.. insyaAllah..

how to find ur mr. right? petik skrip SYURGA CINTA..

“ cinta itu akan datang dalam 3 macam:

1) cinta dari syaitan yang bilamana terselit maksiat antara pasangan, tak kira la kecil ke besar ke..

2) cinta dari jin dimana salah satu pihak menggunakan khidmat bomoh supaya pihak satu lagi menerima cinta.

3) cinta dari Allah, iaitu apabila, dua orang ini bertemu, dan satu pihak menghantar pinangan ke rumah, dan pihak yang lagi satu terus menerima, inilah yang dikatakan SYURGA CINTA..”

haa, fahami baik-baik quote di atas.. maka pikirlah balik, betul ke pasangan anda sekarang adalah yang betul-betul datang dari pencipta kita semua..

“cinta saya hanyalah untuk orang yang ikhlas mengenali saya, bukan untuk dipersendakan”

secara jujur, selama ini, cinta I dipersendakan.. kenapa I cakap macam tu? sebab,

1)ada yang tinggalkan I setelah hampir 8 tahun bercinta.. dia ni sempat amik doa biar I lekat kat dia, tapi mujurlah akhirnya dia pergi sendiri..

2)ada yang jatuh cinta dengan I dengan syarat yang dia tak kan kasihkan I sama macam dia kasih and cintakan kekasih pertama dia dan akhirnya berpisah setelah 6 bulan sebab awek lama die dtg balik. tak tau apa jadi kat mamat ni, terus lost contact.. memang syg sgt ngan awek dia tu.. J

3)ada yang nak rahsiakan percintaan kami, dan pabila ada orang tau, he left me without words.. itupun setelah hampir 2 tahun menjalin kasih..inipun sebab die suke kat kwn die.. die bg taw I, dorg cume kwn tp I rasa die da hati sebab I tau kawan die ade hati ngan die

4)ada juga yang dalam kategori tunangan orang, tapi masih cakap dia cintakan I sampai I dapat tau sendiri rahsia dia. da selamat kahwin and ada anak da pun this guy ni..

5)ada juga yang terus terang cakap dia da jadi suami orang, anak da tiga da pun, tapi masih nak hantar pinangan ke rumah atas sebab die mampu.. yes, pengarah besar memang mampu, Cuma I je yang tak mampu nk patahkan hati family dia.. Tends to be, die ni play boy, biasa la, orang kaya dik.. J

6)ada gak yang minta I pikir untuk terima cinta dia, sebab family dia da pilihkan calon and he want the decision as soon as possible.. masa tu tak boleh la sir, I belajar lagi.. hehe.. cane nak terima, dan Alhamdulillah da ada sorang anak da pon dengan pilihan mak dia.. dia ni lecturer kat tempat I belajar.

7)ada gak status tergantung, yang I ada hati kat dia dari dulu sampai la sekarang.. Cuma mata dia tak Nampak i.. asik Nampak yang pakai skirt pendek je.. haha..

8)ada gak dua orang sahabat baik jatuh cinta kat I, dan atas dasar sahabat gak I tolak cinta dari dorang.. oh nak gaduh sebab I ke? no way man.. sahabat lagi penting dari cinta.. salah sorang jadi ustaz.. alhamdulillah.. tapi yang sorang tu masih menaruh hati, and nak datang masuk meminang, nasib I da cabut ke seberang.. kalau tak 2 sahabat akan bersengketa sebab i.. ecehh..

9)ada gak yang suka kat I, tapi atas sebab kawan I suka kat dia, I tarik diri.. dan sekarang dia pon da nk kawen da.. bkn dengan kawan I, tp dengan orang lain.. dunia..dunia..

pendek kata semua tu bukan jodoh. macam mana pun tak kan sampai ke jinjang pelamin la.. haha.. so, klu tengok scene kat atas tu, mesti da taw or da boleh bezakan mane jodoh yang datang dari anasir merbahaya atau yang datang dari Allah. eh tapi bila renung-renung balik, banyak juga la citer zaman dulu tapi sekarang satu habuk pun tak lekat.. haha

belum jodoh ye tak.. ok korang macam mana? ada scene yg sama dengan I ke? haha.. fikir-fikirkan dan selamat beramal.. petik ayat dari teman di laman social;

“ aku nasihat bukan kerana aku cukup sempurna, tapi aku rasa aku bertanggungjawab untuk berkongsi kearah kebaikan.. andaikata nak tunggu yang sempurna maka, akan semakin sedikitlah orang di dunia untuk menasihati kita yang lalai..”

Mungkin aku da terlambat untuk memburu cinta Ilahi, tapi masih sempat untuk memulakan pencarian cinta yang suci ini.. surat cinta dari Ilahi yang nyata membuatkan aku mencari keredhaan-Nya.. peringatan dan cara hidup dari kekasih Allah yang menjadi peneman sehari-hari..

Last words people:

“APALAH MAKNANYA CINTA PADA INSAN SEKIRANYA CINTA PADA KHALIQ-NYA BELUM LAGI TERCIPTA”

See u in the next entry.. Wassalam.. J

Share
 
Copyright 2009 pinkyellow. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
This template is brought to you by :AllBlogTools.com All Blog Tools.com
Blogger Showcase