Saturday, December 3, 2011

Kiranya aku yang tersalah tafsir


Assalamualaikum, Hi there.. hehe.. sekian lama akhirnya dapat juga buat entry baru hari ni.. baru selesai forensic selama sebulan dan kegiataan orientasi yang berjalan 5 minggu insyaAllah akan berakhir minggu depan.. pasal orientasi ni mungkin aku buat entry lain la ye.. hari ini teringat kisah masa dulu-dulu sebab baru lepas tengok cerita Aaron aziz “ kekasih awal dan akhir”. Walaupun aku bagi rating 50% je untuk arahan beliau sendiri, tapi aku bagi tambahan 5% untuk adegan Julia(fauziah gaus) yang kecewa bila Awal (Aaron aziz) pilih Akhiriah(Siti Saleha). Ini yang terus aku dengar lagu Ibnor Reza (mimpi yang tak sudah). Ada seorang teman masa zaman remaja lagi yang sampai la ke hari ini, aku tak pernah lupa.. Kenapa? sebab kami berkawan baik sampai saat terakhir kami di kolej. Namun tamat semester akhir barulah aku dapat cerita yang rupanya ada dari kalangan kawan-kawan aku yang bawa cerita aku dan dia waktu kami amik final exam.. dan dia pun akhirnya marah dengan cerita-cerita yang dari mana datangnya dan entah betul entahkan tidak.. kami berakhir tanpa satu kata, Cuma sms terakhir dari beliau waktu hari terakhir kami di Universiti tu, “ jaga diri baik-baik, mungkin lepas ni kita tak kan jumpa lagi” betul la kami memang tak berjumpa lagi di reality tapi bayangan dia sentiasa di hati..

Sedih tu memang sedih la.. 3 tahun kawan akhirnya berpisah macam tu je.. nak taw masa awal kami? masa semester pertama dia banyak tolong aku time kuliah fizik. Aku memang bengap sangat ngan subjek ni dan menjadikan aku sangat blurr bila lecturer ajar. Dan kebetulan aku baik dengan En. Hilmi (nama lecture yang ajar tu). Jadi selagi aku tak paham selagi tu la En. Hilmi tu akan ulang.. Dan mungkin antara pelajar yang memang pandai fizik, teman aku ni pun mulalah bosan bila lecturer tu asik ulang benda yang sama, sampai dia tawarkan kat aku assignment dia bila kitorg kene buat assignment. Dan aku apalagi menerima dengan hati terbuka, memang lagi la malas aku nak belajar fizik. Jadi bila lecturer tu Tanya faham ke tidak. Dengan yakin aku jawab,”faham, sir” hehe.. sebab ada cikgu malam kang yang aku hire tak bergaji, bagi aku penerangan melalui SMS..

Tu kisah semester pertama, semester kedua kami tak sama kelas, tapi aku pulak yang tolong dia (hurmm ada la benda yang aku tolong, tapi yang pasti bukan pelajaran la, sebab dia budak pandai). Dek benda yang aku tolong dia tu berlarutan la sampai aku semester akhir.. Tu jugak la yang buatkan hampir tiap hari aku SMS dengan dia. Semester tiga aku sekelas balik dengan dia, dan kami rapat sebagai 1 kumpulan. Ada la beberapa teman-teman aku dan dia dalam kumpulan tu. Basicly ada 3 perempuan dan 2 lelaki. Semester 4, kami sekelas lagi, dan kami dicalonkan jadi exco-exco satu organisasi di university tu( tak boleh mention la.. takut kang ada “kawan2” lama yang baca, mesti kang kuar gossip baru, malaslah nak menjadi gossip gegirl.. hehe). Dan pada malam raya pertama(Aidilfitri 2007) yang membuat aku dan teman itu menjadi rapat.. haha, bukan beraya rumah dia, tapi salah SMS dari dia yang buatkan aku dan teman itu jadi rapat.. SMS dari teman itu tulis “mmmuahhh” dan aku pun reply dengan tanda soal”?” maksudnya: apa? hehe.. dan dia jawab” oopss sorry salah anta.. nak anta kat cousin.. cousin setiap malam kalau nak tido kene bagi kiss dulu” aku pun blurr, cuma reply “owh, it is ok.. no big problem” dan dia pun teruskan dengan ucapan selamat hari raya dan…. (the rest is history).. tapi citer yang dia tak tau.. kaget gak tiba-tiba dapat mesej dari orang alim macam dia.. oopss lupa nk bagi taw, dia agak popular sebab dia ala alim-alim orangnya.. muka pun boleh tahan la.. tapi sekarang tak hensem da.. ohooo..

ok sambung balik citer tadi, bila dia kata dia anta kat cousin dia, aku pun pikir “boleh caye ke ni?” tapi sebab dia orang alim, aku pun caye je la.. ye kot die dengan cousin dia memang rapat.. so aku ia kan je la.. tapi sebab malam aidilfitri tu kami melangkah satu lagi fasa atas nama persahabatan.. semester lima dan enam kami sekelas lagi, Dari situ lah kami mula menjalin rasa, mula menjalin rindu, mula bermain kata tapi tak de kata putus dari dia mahupun aku. nak diberi nama hubungan yang baru tu.. jadi kami meneruskan sehingga ke sebelum final exam semester akhir (yang mana aku citer tadi, aku baru dapat tau after 3 hari selesai semester akhir). kalau Tanya aku cintakan dia ke tak, aku sendiri tak tahu nak jawab apa. tapi kalau Tanya aku ingat dia tak? aku akan jawab sentiasa di hati, sentiasa di memori walau kini aku di seberang laut menyambung pelajaran dan dia di tanahair juga menyambung pelajaran. Oh kursus kami berbeza, aku sebagai medical doctor tapi dia sebagai dentist. Susahnya nak padam nama dia dalam diri ini, sehingga hampir 4 tahun aku tak jumpa dia, yang Berjaya aku lakukan adalah menutup mulut aku dari tersebut nama dia.. orang kata kalau kita sebut nama orang tu kita rindu orang tu… jadi tak nak bagi Nampak sangat aku rindu, aku Berjaya tutup mulut aku dari bercerita pasal dia.

apa kene mengena ngan cerita Aaron aziz tu? memang tak de kene mengena.. tapi waktu si Julia (tolong refer balik awal paragraph) ditolak cinta dia, aku rasa sedikit sedih.. mungkin lelaki tak faham isi hati perempuan, tak cakap suka bukan bermakna benci, dan cakap suka bukan bermakna cinta. Apa yang aku dan teman itu jalani mungkinkah tiada sedikit rasa yang berputik di hati.. mungkin kata sayang dari dia tak bermakna apa-apa.. dan mungkin aku yang tersalah tafsir.. dan bila aku tau ada khabar angin yang menjadikan dia sangat marah dengan aku, sampai akhirnya kami berpisah tanpa sebarang kata, aku jadi kecewa, aku terluka.. aku menangis dalam hati sampai la saat ini. awal kami rapat mulai dari dia, kenapa akhirnya tanpa sebarang kata.

Ibnor reza: Mimpi yang tak sudah

apa maknanya impian,

datang dan pergi.

membawa hati menyusuri kembali

jalan-jalan sepi

kau kah disitu,

yang menantiku,

atau jelmaan itu kenangan,

yang bernama pengalaman,

siapakah diantara kita,

dengan rela menjadi pendusta,

siapakah dulu membina harapan,

dan siapa yang memusnahkan impian,

tanpa sebab dan alasan,

kau mainkan perasaan,

bagai taufan tiba-tiba datang

dan menghilang,

kau bayang-bayang masa nan silam,

ada ketika terbawa-bawa,

oleh resah mimpi yang tak sudah.

Betul, segalanya dia yang memulakan.. SMS itu, panggilan itu, kisah itu, semua dari dia.. Yela ikut logic, orang alim macam dia kalau bukan tudung labuh tak yah la cuba nak mengurat. Tapi aku bukan golongan tudung labuh tu, aku biasa je, tudung segi tiga.. dan kalau orang biasa ni tak yah harap dia mereply mesej, mesti harus orang yang berkepentingan. Tapi aku pun bukan termasuk dalam orang yang berkepentingan, jadi tak mungkin lah aku yang nak mulakan semua tu.. Dia yang bagi harapan, kemudian pergi.. Dia yang ucap sayang, dan kalau tak aku pun tak berani. Dia yang mula bicara soal hati, kalau tak aku pun tak kan mula berkongsi.. dan bila ada cerita tak sedap yang keluar, kenapa harus aku seorang yang terbeban, sedangkan yang mula semua tu bukan aku..

Dan berita terakhir, dia da bertunang.. Alhamdulillah.. satu kata yang aku terus ucapkan bila mendengar berita tu dari teman serumah.. junior kami waktu dulu.. Andai la suatu hari nanti kami bertemu, aku akan setenang dulu, tenang macam dia belum kenal aku, tenang macam bila aku tau dia tinggalkan aku.. Tiada rungutan, tiada pandangan yang pilu, tiada juga senyuman manis macam aku bagi dulu-dulu.. bila aku akan berhenti lupakan dia? itu aku sendiri tak de jawapan.. but I guess, he will vanished from my memory same as he easily forget me..

p/s: Insyaallah ketemu di lain entry…

Share

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright 2009 pinkyellow. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
This template is brought to you by :AllBlogTools.com All Blog Tools.com
Blogger Showcase