Sunday, January 8, 2012

Dalam hati ada taman..

Hi there.. Cuti semester telah bermula. baru 2 hari tapi da mula rasa bosan.. Habiskan tengok cerita yang di copy.. erm citer korea la apalagi.. hehe.. tapi ada seseorang yang mula mencuri perhatian.. No Min Woo, actor dan singer korea yang jadi idaman.. hensem boleh tahan, bila nyanyi suara pun sedap.. aku da mula jatuh cinta.. hehe.. (oopss citer die berlakon banyak tapi aku sempat tgk 2 je.. My girlfriend is Gumiho dan MIDAS)..

Saat ini fb aku penuh dgn gambar die.. sape yg upload?? den la, mane ade org lain lagi.. ye tak.. hehe.. bukan senang nak curi perhatian aku ni.. haruslah yang sempurna di mata.. Senyum cantik, nangis pun hensem, bila meninggal pon tetap cool(die meninggal dlm episode akhir MIDAS).. meleleh gak air mata aku.. tap smbil tu senyum sorg2.. mamat n ink mati pon hensem.. hehe.. jahatnya hati ku..



entry kali ni pasal apa? anda semua bingung kan.. hurmm.. Dalam hati ad ataman.. recall perbualan dengan mama beberapa hari yang lalu.. bila soal jodoh ni kene ungkap, dalam hati pun pikir masih ada ke insane diluar sana yang sudi menunggu.. sedih la jugak tapi jodoh da tak de. nak buat mcm mane.. kawan-kawan zaman sekolah dulu ramai da kahwin, anak pun da ada.. aku je yang masih sendiri.. melalui hari-hari mendatang.. chewaah..

Dalam citer MIDAS yang aku tengok ni, 1 ayat die yang membuatkan aku terus nak buat entry ni(citer ni pasal konflik wang dan undang-undang, perebutan hak milik dalam keluarga, kisah keluarga kaya yang terabai.. kisah org yg giler kekayaan..pokoknya citer ni pada aku amat susah di digest oleh otak aku yang memang lembab sikit apabila masuk soal business dan undang-undang)..hehe..anda tgk sendiri laa klu tak percaya.. ok berbalik pada soal tadi, bila last episode actor pujaan I meninggal dunia (min woo dlm ni 2nd actor.. jadi tak bnyk sgt part die..sedih..sedih..), die pesan kat kakak die “noona(panggilan rasmi utk kakak di korea oleh adik lelaki..haha), janji jangan hidup sendiri, carilah teman utk menghabiskan hidup kakak.. kerana bila sendiri, kesepian melanda.. kerana kesepian membuatkan kita tamak.. kerana kesepian juga maka kita fikirkan wang yang boleh membantu..” Ada betulnya skrip actor kesayangan aku ni.. hurmm.. bila dipikirkan balik, aku pun macam tu.. antara lain aku jawab kat mama bile timbul soal jodoh ni “alaa ma tak kahwin pun janji duit ada.. nk beli rumah ke kete ke, bkn jadi hal.. yang penting duit..klu kahwin buat nyusah je pun nak wat ape”.. ayat yg aku jawab tu membuatkan aku pikir betul la kesepian boleh buat kita pikirkan duit..

Ni pandangan peribadi aku.. tak tahulah korg yang lain mcm mane.. terakhir bercakap melalui phone dgn mama, yang aku kata kat mama, “along bukan nak harta ma, rumah, kete along boleh beli.. tapi along nk cari HATI.. bkn hanya lelaki tapi HATI.. sebab along akan bagi hati along ke die, dan sebagai imbalan along nak hati die tak kan berbelah bagi” wajar ke klu aku minta mcm ni.. mane ada dlm dunia ni yang setia.. tambah yang bernama lelaki… bukan pesimis dan prejudice ye.. ade gak pompuan yg begitu tapi mungkin dalam nisbah purata yang sgt kecil dibanding dengan pihak adam.. hehe.. jangan marah..bila aku pikir balik, da termasuk ke aku dalam golongan kesepian ni? hurmm hati jawab da tapi akal masih ragu-ragu.. haha

Kesepian tu bukan satu benda yang kita minta… mungkin bagi sesetengah orang, kesepian tu amat mengerikan.. sebab tu ada yang da bercerai pun masih tak patah semangat mencuba perkahwinan utk kali kedua dan seterusnya.. selain dari masalah ekonomi, kesepian juga boleh di katakan salah satu factor kenapa masih ramai yang ingin mencuba berkahwin semula setelah perkahwinan pertama gagal.. dan utk hati aku, mungkin aku membiarkan lama menyepi.. jadual kuliah yang aku kira sgt padat dan cuti yang hampir 0.5% sepanjang 1 tahun menjadikan aku lalai tentang soal hati.. tu yang mula suka actor tu, penyanyi ni, semata-mata ingin menutup kesepian yang melanda.. tapi sampai bila? sampai sekarang pun masih belum ada jawapan.. mungkin juga da muak dengan yang namanya lelaki.. hehe.. (lelaki Malaysia la.. korea blm muak lagi) J

ok berbalik pada entry dalam hati ada taman ni.. sebenarnya aku bahagia akhir-akhir ini.. badan pun makin bertambah naik.. adoyaii.. sebab si min woo shi (shi-panggilan rasmi utk org lain dlm bahasa korea.. haha)… lagu die yang aku suke dgr TRAP.. sedap..dan lagu ni salah satu OST dlm drama My Girlfriend is Gumiho.. dan suara die merdu je.. ni tanda-tanda aku tgh dilamun cinta.. tapi xpe sbb cuti kan jadi ade masa membuat angan-angan yang memang tau xkan kesampaian.. sebenarnya sakit kepala menulis entry ni.. penangan citer MIDAS yang aku kira jalan cerita yang sangat berat compare dgn cerita Gumiho walau ade sket mengarut tapi senang nak paham..

ok guys.. time to fill ur heart will love.. don’t let the loneliness surround u.. benarlah kata dalam salah satu hadis nabi yang bersabda: “ berkahwinlah.. kerana dengan berkahwin tu akan melengkapkan separuh dari iman kita” dari sisi lain kita boleh pandang sebagai menyelamatkan kita dari terjerumus dalam perjudian, maksiat, pergelutan mainan dunia iaitu ‘wang’ dan banyak lagi.. maka tidak hairanlah dengan perkahwinan yang sah maka kita da melengkapkan separuh dari iman kita.. Mudah-mudahan adalah seseorang yang masih menanti hati ini seperti aku menanti hati dia.. supaya kesepian tidak lagi mengelilingi diri.. amin


Share

1 comments:

zaara said...

shout mix da kene bayar.. so if ade blog walker nk coment sila tinggalkan comment dan link anda disini.. tq for reading :)

Post a Comment

 
Copyright 2009 pinkyellow. Powered by Blogger
Blogger Templates created by Deluxe Templates
Wordpress by Wpthemescreator
This template is brought to you by :AllBlogTools.com All Blog Tools.com
Blogger Showcase